September 12, 2017

ABU BAKAR AL-WASIT*I : ANTARA PENDAPATNYA SUKAR


BBB, 20 Dzul-Hijjah 1438H. = 11 September 2017M. (Isnin):
Abu Bakar al-Was*iti, nama lengkapnya ialah Muhammad bin Musa, Dia berasal daripada Farghanah, lantaran itu beliau juga dikenali sebagai Ibn al-Farghanah. Beliau adalah salah seorang dari kalangan murid awal Al-Junayd. Antaranya bersahabat dengan Abu Husain al-Nuri. Dia dikenali sebagai pemimpin shaykh kaum. Dia juga terkenal sebagai tokoh theosophic. Dia juga mendalam dalam bidang tasawuf, bahkan menurut Al-Sulami, tiada seorang yang bercakap tentang tasawuf sebagaimana dicakapkan oleh Al-Wasit*i. Selain dari mendalam bidang usul dan thesophic, beliau juga alim dengan ilmu-ilmu zahir.
Dia masuk ke Khurasan dan menetap di Kurah, Marwi. Dan meninggal di sana pada tahun 320H. Kegiatannya ketara di Kurah, Khurasan dan menurut Al-Sulami, tiada  kesannya di `Iraq, kerana waktu ia behijrah dari `Iraq beliau masih muda.
Menurut Al-Hujwiri, ``Kata-kata Al-Wasiti, dianggap sukar difahami.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Wa`iz*, berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Musa Ibn al-Farghani al-Wasit*i berkata:
``Shahid yang engkau menyaksi kebenaran kepada engkau, dan engkau tidak menyaksinya dengan mushahadah engkau baginya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Dibalakan  dengan zaman yang tidak ada padanya adab-adab Islam dan padanya adab-adab jahiliyyah dan tiada padanya muru`ah.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Yang kena tawan ada beberapa cara.
Yang ditawan oleh nafsu dan syahwatnya. Dan ditawan oleh syaitan dan hawa nafsunya, dan ditawan oleh yang tidak memberi makna baginya, secara lafaz*nya atau secara lahz*ah, iaitu orang-orang fasiq. Selama bagi penyaksian ada kesan. Dimaksud bagi hati ialah lintasan (khat*ar). Dia  terlindung dan jauh dari dari`ayn hakikat dan tidak dibahagi oleh pembahagi-pembahagi, dan tidak zahid oleh yang berzahid melainmkan bagi besarnya sifat-sifat yang datang di dalam rahsia-rahsia mereka itu. Siapa yang berpaling darinya secara beradab, atau membahagikan secara sebahagian, maka dia adalah yang benar dari segi kewarakan,. Dan bijaksana dari segi adabnya.``
Katanya, dia berkata, ``Yang paling faqir di kalangan fuqara` ialah orang yang menutup kebenaran, hakikat haknya daripadanya.
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Cinta mewajibkan shauq, dan shauq mewajibkan uns. Siapa yang hilang shauq dan uns, maka ketahuilah dia bukan orang yang bercinta.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Bagaimana dilihat kelebihan itu kelebihan oleh orang yang tidak aman dari tipu daya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Orang yang mengesakan tidak melihat berterusan RububiyyahNya, dengan rasa `ubudiyyah semata-mata, padanya berlaku  berbagai taqdir dan berbagai pengajaran yang berpelbagaian.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Takut dan harap dua tali kekang yang mengawal daripada adab yang keji.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Wasit*i berkata,
``Takut adalah hijab antara hamba dengan Allah Ta`ala, dan takut adalah membimbangkan. Dalam raja` ada semacam ketamakan, kalau takut ada semacam kejauhan dan jika engkau mengharap ada semacam kemungkinan mendapat.``
Katanya berkata Al-Wasit*i, ``Siapa  yang berkeadaan dengan hal, dia bergerak dengan keyakinan tauhid, siapa yang terputus dia adalah terputus, siapa yang sampai dialah yang sampai. Dan pada hakikatnya tidak ada pemutusan dan penyampaian, sebab itu dikatakan:
Tidak ada yang terputus dari kita
Tetapi  menetap dan menghalang masa.
Mendengar `Abdul Wahid bin `Ali al-Naisaburi berkata, aku mendengar al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``aku mendengar Ab Bakr al-Wasit*i berkata,
`` Kejadian berlaku dengan sebab-sebab tertentu, dan waktu-waktu dimaklumi, mendepaninya adalah rahsia-rahsia terpelihara.``
Aku mendengar al-Shaykh Aba  `Abdillah al-Hadhrami  al-Faqih berkata, aku mendengar  Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Wasit*i berkata,
``Mereka yang berdzikir dengan dzikirnya lebih lalai daripada orang yang pelupa bagi dzikirnya, kerana dzikirnya bersamaan.``
Aku mendengar Aba Ahmad al-Hasnuwai berkata, berkata Abu Bakar al-Wasit*i:
Manusia tiga lapisan,
Lapisan pertama, mereka yang dikurnia Allah nur hidayah, mereka terpelihara daripada kufur, syirik dan nifaq.
Lapisan kedua, mereka yang dikurnia Allah dengan cahaya `inayah, mereka  terpelihara dari  halangan kecil dan besar.
Dan lapisan ketiga, orang dikurniai  Allah dengan kifayah, mereka terpelihara dari lintasan yang merosakkan dan dari kelalaian.
Demikinlah pendapat Al-Wasit*i   yang antaranya agak sukar difahami.

Sekian.

No comments:

Post a Comment