BBB, 14
Dzul-Hijjah 1438H. = 05 September 2017M. (Selasa):
Abu `Ali al-Jauzujani bernama lengkapnya
ialah Al-Hasan bin `Ali, salah seorang sufi besar di Khurasan. Dia mempunyai
beberapa karangan terkenal. Bercakap tentang
kekejian, al-riyadhiyyat dan mujahadat.
Dan turut bercakap tentang ilmu-ilmu ma`rifat dan hikam.
Abu `Ali bersahabat dengan Muhammad bin
`Ali al-Tirmidzi dan Muhammad bin al-Fadhl yang mereka bersamaan umur.
Berkata (Al-Sulami), aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba
`Ali al-Jauzujani berkata, ``Tiga
perkara simpulan tauhid,
iaitu takut , raja` dan mahabbah.
Maka bertambah takut daripada banyak dosa kerana melihat balasan
kesalahan dan bertambah raja` daripada usaha kebajikan kerana melihat janji-janji baik dan bertambah daripada banyak
dzikir lantaran bertambah keintiman, maka yang takut tidak tenterm dari dosa,
dan yang raja` tidak rehat daripada memohon dan yang mahabbah tidak rehat
daripada dzikir kepada yang dikasihi.
Maka yang takut api menyala,dan yang raja cahaya bercahaya dan yang mahabbah
cahaya segala cahaya.``
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammads bin
`Abdullah bin `Abdul Rahman al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Jauzujani
berkata: tentang b-kh-l (bakhil) iaitu tiga huruf, maka
al-ba` ialah bala,, dan kha` ialah khusran (rugi) dan lam,ia ialah laum (cela).
Maka bakhil ialah bala pada dirinya, dan
rugi pada usahanya dan cela ialah pada amalannya.``
Dengan
sanad yang sama aku mendengar Aba `Ali berkata, ``Al-Sabiqun mereka adalah orang yang dekat dengan kurniaan, dan
diangkat dari segi maqamat, mereka `ulama` Allah dari pilihan kejadian, ia
mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan, mereka menyembahnya dengan
seikhlas ibadat, mereka melihatnya secara shauq dan mahabbah. Mereka ialah yang
dimaksudkan dengan firman AllahTa`ala:
``Dan sesungguhnya mereka itu daripada
hamba-hamba yang terpilih dan terbaik.`` (S*ad: 47).
Dengan sanad ini aku mendengar Aba `Ali
berkata,
``Daripada alamat kebahagiaan seorang hamba
mudah baginya melakukan ketaatan dan muwafakat dengan Sunnah pada perbuatannya,
dia bersahabat dengan orang-orang s`alah (buat kebaikan), elok akhlak bersama
kawan-kawan, menunjukkan kepada kebaikan makhluk, ambil berat kepentingan orang
Islam dan menjaga waktu-waktunya.``
Dengan sanad yang sama aku mendengar Aba
`Ali berkata,
``Orang celaka menzahirkan apa yang
disembunyi Allah daripada maksiat-maksiat yang dilakukan.``
Dengan sanad yang sama dia disoal oleh
sahabat-sahabatnya, ``Bagaimanakah jalan kepada Allah. Katanya, ``Jalan
kepadaNya adalah banyak, ``Sebaik jalan ialah mengamal dan menurut al-Sunnah,,
baik dari segi kata dan perbuatan, azam, aqad dan niyyah. Kerana Allah Ta`ala
berfirman bermaksud:
``Dan jika kamu taatkanNya kamu mendapat
hidayah.`` (Al-Nur: 54).
Maka dia ditanya, ``Bagaimana jalan bagi
mengikuti Sunnah ?``
Maka katanya, ``Dengan menjauhi bid`ah dan
mengikuti apa yang diijma` terhadapnya pada peringkat permulaan oleh `ulama` Islam. Dan menjauhi dari majlis
al-kalam dan ahlinya dan melazimkan jalan yang betul dan mengikutinya sebagaimana disuruh oleh
Nabi s.a.w. kerana firman Allah bermaksuid:
``Kemudian Kami mewahyukan kepada engkau
agar mengikut millah Ibrahim yang hanif.`` (Al-Nahl: 123).
Dan dengan sanad sama aku mendengar Aba `Ali
disoal tentang Abu Yazid al-Bist*ami, Ini lafaz* yang dihikayat daripadanya,
katanya, ``Dirahmat Allah, baginya halnya, dan apa yang dicakap, semoga dia
bercakap dengan halnya di atas had dia di dalam keadaan `ghalabah` atau hal
keadaan mabuk, kalamnya baginya, dan siapa yang bercakap tentangnya dan tidak
sebagaimana orang yang menghikayat tentangnya.`` Maka lazimkan bagi engkau
wahai saudara, pertama mujahadah Abi Yazid dan muamalahnya, dan jangan cerca
dengan apa yang dia sampai selepas mujahadahnya, jika sampai dengan sesuatu
yang demikian, maka hikayatkan jika ia kalamnya, tidaklah orang berakal
yang menghilangkan apa yang dicapai
daripada maqamat atau apa yang didakwa lebih dari itu.`
Dan dengan sanad yang sama aku mendengar
Aba `Ali berkata,
``Manusia keseluruhannya di dalam
medan-medan kelalaian, mereka bergerak, mereka menjangka mereka berpegang
secara betul, mereka menjangka bercakap tentang hakikat an bercakap tentang
mukashafah.
Pendapat Abu `Ali terakhir ini diulas lebih
lanjut oleh al-Hujwiri, bahawa kalangan yang dianggap sufi, adalah angan-angan
kosong, Mereka konon berbicara tentang
kebenaran dan wahyu Tuhan. Mereka mendakwa mempunyai kebenaran dan membangga
diri, bahkan antara mereka yang mendakwa berada di padang kewalian. Sebenarnya
mereka adalah dalam angan-angan dan menyangka sebagai keyakinan (kepastian).
Mereka sebenarnya menurut Abu `Ali, ada
yang bercakap tentang wahyu yang pada hakikatnya adalah menurut hawa nafsu.
Dalam kata
lain, Abu `Ali mengingatkan, jangan
terpedaya dengan dakwaan-dakwaan yang disifatkan sebagai sufi palsu ynng
membuat berbagai dawaan yang tidak lain sebagai palsu. Yang berakal ialah yang
tahu menilai antara kaca dan intan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment