July 8, 2018

MENYAMBUT EIDUL FITRI DALAM KEADAAN LEGA



BBB, 23 Syawal 1439H. = 07 Julai 2018M. (Sabtu):
Sudah lebih dari setengah tahun Masjid Al-Umm digunakan (mula digunakan pada 16.12.2017). Penggunaan permulaan ialah bagi menyambut Maulid al-Rasul (Sabtu 27 Rabi`ul-Awwal 1439H.).
Sambutan  yang merupakan permulaan penggunaan Masjid Al-Umm adalah dalam keadaan tidak tenteram, lantaran pada petang sebelumnya,  pihak masjid menerima arahan agar dibatalkan sambutan, walaupun dua hari sebelumnya  pihak masjid menerima CPC (14.12.2017), kebimbangan pihak berkuasa datang mengarahkan memberhentikan  majlis yang sedang berjalan berlegar di kepala. Namun pihak kita berijtihad dan bertawakkal setelah berikhtiar, bahawa tindakan kita adalah betul. Ternyata Allah bersama kita setelah  lebih setengah tahun menggunakan Masjid Al-Umm tidak ada masalah yang timbul, khususnya dari segi keselamatan bangunan. Sehingga ke masa ini kita masih patuh tidak melaksanakan solat Juma`at, kerana tidak melayakkan  masjid untuk memohon keizinan mendirikan Juma`at, walaupun sebenarnya tidak ada masalah dari segi mendirikan Juma`at. Kita serahkanm kepada Allah menentukan kedudukan persoalan.


Pagi esok insya Allah akan diadakan sambutan Hariraya Eidul Fitri 1439H. setelah sebelumnya  program bulan Ramadhan yang juga pertama kali berlangsung di Masjid Al-Umm berlangsung dengan jayanya. Sebagai kelangsungan, maka pada pagi esol diadakan sambutan Eidul Fitri  insya Allah secara sederhana. Yang penting mengadakan sambutan Raya Eidul Fitri kali pertama, sebagaimana kami juga mengadakan solat Hariraya Eidul Fitri pertama pada Juma`at 15 Jun 2018 (01 Syawal 1439H.). Solat Eidul Fitri adalah berlangsung dengan baik dan kehadiran jama`ah memenuhi ruang solat – pada bahagian lelaki dan perempuan.
Sambutan `Eidul Fitri pada pagi esok bagi kali pertama, kami merasa lebih lega, kerana halangan utama bagi medapat CCC telah dapat diatasi, iaitu pemeriksaan Bomba pada 3 Julai 2018 berlangsung dengan baik dan lulus dengan baik Al-Hamdulillah. Kini yang tinggal ptoses mendapat dokumen rasmi yang melayakkan kami memohon dari pihak JAIS kebenaran mendirikan solat Juma`at dan proses-proses yang lain seterusnya.
Sambutan Hariraya Eidul Fitri pada kali ini insya Allah akan berlangsung secara sederhana. Perancangan menyambutnya telah dibincangkan di dalam beberapa mesyuarat sebelumnya. Kita menjemput tetamu dari PAID, YB ADUN Sungai Ramal, Penaung bagi Masjid Al-Umm, pengerusi-pengerusi surau-surau dan penduduk setempat. Persediaan juadah hariraya juga sederhana dengan jamuan asas disediakan oleh Masjid terdiri dari lemang, nasi impit berkuah kacang, sate, meehom. Soto dan buah-buahan beserta dengan makanan tambahan yang dibawa oleh penduduk. Persiapan akhir diadakan pada pagi 7 Julai, iaitu dengan mengadakan gotong royong membersihkan ruang legar, tempat serba guna di Masjid Al-Umm yang menjadi tempat berlangsungnya sambutan Majlis Eidul Fitri. Masa berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.


Kesederhanaan yang disambut, kerana berhubung dengan bajet yang agak terhad, iaitu dengan meminjam lebihan dana yang didapati pada bulan Ramdhan yang lepas dan berjanji dana ini akan dipulang selepas mendapat sumbangan dari orang ramai.
Sebenarnya kemeriahan sambutan dapat dilakukan dengan menentukan surau-surau keliling masjid menyediakan menu yang ditentukan bagi setiap surau. Procedure ini pernah dilakukan semasa Penulis menjadi ADUN Kajang dan Bangi dengan menentukan setiap cawangan menyediakan menu tertentu dan setiap cawangan menghantar tenaga pekerja-pekerja sukarela masing-masing. Cara sedemikian memeriahkan sambutan  dan menjadi ringan dengan kerja dilakukan secara gotong royong. Cara sedemikan belum dapat dilakukan, oleh kerana Masjid Al-Umm tidak didaftarkan secara rasmi dan belum ditentukan secara rasmi jumlah surau-surau yang sepatutnya berada di bawah Masjid Al-Umm. Masjid Al-Umm merasa segan untuk meminta surau-surau keliling masjid mengambil bahagian, oleh kerana Masjid tidak berhak meklakukan sedemikian, lagi pula setiap surau mempunyai program sambutan hariraya Eidul Fitri masing-masing, namun jemptan bagi sambuitan Eidul Fitri di Masjid Al-Umm adalah bersifat terbuka dan menjemput penduduk sekitar termasuk penduduk di bawah berbagai surau di sekeliling Masjid Al-Umm.
Insya Allah Jawatankuasa akan datang akan mengatur program lebih besar, apabila Masjid Al-Umm berdaftar secara rasmi dan menjalankan kegiatan secara lebih teratur dan lebih meriah – Insya Allah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment