Membicara tentang latar sebuah cerita biasa,
khususnya yang bersifat kreatif, ia mungkin
latar real berlaku cerita pada tempat dan masa tertentu dan mungkin
ianya bersifat imaginasi pengarang yang sesuai berlaku di mana-mana atau tiada
di mana dan bersifat imaginasi semata-mata.
Membicarakan tentang Kisah Nabi Musa dan
latar, bukan saja terhad kepada latar dalam cerita, tetapi boleh meluas kepada
Nabi Musa dan turunan Bani Israil dan kewujudan kaum tersebut sebagai entiti
dan identiti sebuah kaum dan bangsa. Jika membicarakan tentang latar tempat
berlakunya cerita Nabi Musa dengan Fir`aun sudah tentulah berlatartempatkan di
Mesir, lantaran kosep Fir`aun tiada di negara-negara lain. Dan ianya identik
dengan Negara Mesir. Hubungan Bani Israil dengan Mesir, bukan setakat Nabi
Musa, tetapi kepada Nabi Ya`kub dan Nabi Yusuf. Bagaimanakah mereka boleh
bertapak di Mesir, bahkan pada waktu tertentu bertapak sebagai pemerintah di
negeri Mesir ?
Bani Israil, bahkan Yahudi adalah merupakan
salah satu turunan Semetik yang populasinya tersebar di Asia Barat –
Semenanjung Arab dan termasuklah di Habasyah. Baik Arab maupun Yahudi Bani
Israil sama mendakwa bahawa mereka adalah turunan Nabi Ibrahim a. s. Kalau diihat
kepada turunan Bani Israil ini, mereka tidak dari awal menetap dan identik
dengan tempat tertentu, sebaliknya berpindah-pindah. Mereka wujud sejak zaman
Nabi Ibrahim, pada zaman Babilon dan bertempat di negeri bernama `Mada`in`,
bahkan dikatakan kaum Bani Israil ini telah ditawan dan 10,000 daripada mereka dibawa
ke Babilon dan diperhambakan oleh Bangsa Babilon.
Pada zaman Nabi Ya`kub, anak Nabi Ishaq,
mereka berkediaman di bumi Mada`in. Peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf
a.s. dalam mana dia ditinggalkan oleh saudara-saudaranya di perigi gelap adalah
berlaku semasa mereka menetap di Mada`in. Nabi Yusuf yang dijadikan `bahan
dagangan` dijual yang membawa dirinya ke Mesir. Nabi Yusuf menjadi anak angkat
kepada pembesar Mesir `Al-Aziz` dan isterinya Zulaikha. Berikut dari tuduhan
palsu terhadap Nabi Yusuf mengenai hubungannya dengan Zulaikha, Nabi Yusuf
sanggup memencilkan dirinya di penjara, semasa di penjara beliau diketahui
mahir menta`bir mimpi. Beliau menta`bir mimpi Raja Mesir yang menyelamatkan
negeri itu dari kemarau. Nabi Yusuf dilantik menjadi Pembesar Mesir. Kedatangan
saudara-saudara Nabi Yusuf untuk membeli makanan – termasuk gandum
mempertemukan Nabi Yusuf dengan keluarganya dan bapanya Ya`kub. Ini membawa
Nabi Ya`kub dan keluarganya tinggal di Masir.
Dalam sejarah kegemilangan pemerintahan turunan
Bani Israil berlaku pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman bertempat di Baitul
Maqdis. Pada zaman Nabi Musa, beliau yang menyelamatkan diri dari Mesir pergi
ke Mada`in dan berkahwin dengan anak Nabi Shu`ayb dan pergi semula ke Mesir
menentang Fir`aun dan Tukang-Tukang Sihir yang kemudian mengikutinya
menyeberang Laut Merah dan dikejar oleh Fir`aun dan tentera-tenteranya yang
teggelam di dalam Laut berkenaan. Selama 40 tahun pengikut-pengikut Nabi Musa
berada di kawasan Sinai, sebelum mereka bergerak ke Baitul Maqdis. Bani Israil,
walaupun beberapa kali bertempat di Baitul Maqdis, tetapi mereka tidak dapat
menetap kekal mendirikan negara, bahkan mereka bersifat sementara sebagaimana
Baitul Maqdis pernah ditawan oleh Kerajaan Rum dan Kemudian Parsi. Bila Islam
muncul Baitul Maqdis di bawah pemerintahan Islam, kemudian pernah ditawan oleh
Kristian diketuai Raja Richard, tetapi di tawan kembali oleh Salahuddin
al-Ayubi.
Latar kisah Nabi Musa adalah satu episod dari
perpindahan Bani Israil yang tidak mantap dan menetap pada sesuatu tempat.
Sebagaimana Nabi Yusuf berhijrah bersama keluarganya Nabi Ya`kub ke negeri
Mesir yang dari keluarga ini berkembangnya komuniti Yahudi di Mesir, maka
demikianlah juga kedatangan Nabi Musa
dan pengikut-pengikutnya, tetapi sebagai mereka yang mendatang dan tidak
bertapak dari segi kedudukan, bahkan berkonfrantasi dengan Fir`aun yang
menyebabkan Nabi Musa dan pengikut-penguikutnya keluar ke Sinai. Pun tidak
berkekalan.
Apa yang hendak ditunjukkan bahawa, meskipun
Bani Israil bangsa pilihan yang banyak diberi keistimewaan oleh Tuhan, misalnya
ramai dari rasul-rasul dibangkitkan dari kalangan Bani Israil, mereka bijak
dari segi perniagaan, tetapi kerana keangkuhan, maka Bani Israil merupakan kaum
yang disumpah Tuhan dan hilang keberkatan.
Sejarah mengulangi dirinya dengan
peristiwa-peristiwa yang hampir mengikut pola-pola yang sama. Misalnya Israil
pernah dihalau oleh Kerajaan Babilon dan 10,000 daripada mereka dibawa ke
Babilon menjadi hamba dan buruh paksa. Mereka juga dihalau oleh pihak Rum semasa
kerajaan berkenaan berkuasa, tetapi mereka dihantar semula ke Palestin oleh
pihak Parsi yang mengalahkan Rum dan kemudian dikalahkan pula oleh tentera
Islam.
Dalam arus sejarah yang berlalu, maka Bani
Israil yang dalam sejarah tidak pernah mempunyai tanah kediaman yang tetap jauh
dari bernegara tetap itu, terpaksa mengungsi dan berpindah randah ke
berbagai-bagai tempat. Pada zaman dahulu
mereka berpindah sepert ke Mesir, Madinah, Habsyah. Pada zaman moden mereka
berpindah seperti ke German, Amerika, Britain, Amerika Selatan dan ke berbagai
negara yang lain.
Namun sikap Israil yang angkuh, sombong dan
tidak mematuhi norma dan etika antarabangsa menyebabkan mereka tidak disenangi.
Tindak tanduk mereka kadang-kadang membawa bencana dan ancaman bersifat
antarabangsa dan antara negara. Demikianlah di dalam peperangan dunia Kedua
mereka mengkhianati kerajaan dan keselamatan negara German, zaman Adolf Hitler
hingga berlaku peristiwa `Hollowcouse` yang membawa kepada peristiwa pembunuhan
Yahudi beramai-ramai di German.
Namun dari sikap tidak setia dan menyokong pihak musuh yang
bagi mereka mempunyai kepentingan, mengenangkan pembelotan Yahudi yang memberi
faedah kepada kuasa Barat dan Amerika, maka sejarah mengulangi kembali pola
yang pernah berlaku, maka bagi mengenang `budi` Israil yang menolong Barat baik
dari segi kewangan dan sokongan, maka sekali lagi Yahudi-Zionis berpeluang
menduduki Tanah Palestin melalui Perjanjian Balfor sejak 1948. Peluang ini
diambil kesempatan oleh Yahudi dengan bantuan dan sokongan Barat misalnya
meluaskan tanah rampasan melalui perang 1967 dan berbagai-bagai tindakan
provokatif bagi melemahkan penduduk asal Palestin dan juga Arab. Ini tentulah
bersifat sementara sementara putaran sejarah kembali dengan pola yang pernah
dialami sebelumnya.
Nabi Musa dan beberapa Nabi yang lain dari
kalangan Bani Israil dibangkitkan bagi memperbaiki sifat mereka yang angkuh, menentang
nab-nabi yang diutuskan kepada mereka, bahkan antaranya mereka bunuh.
Sungguhnya banyak nabi dibangkitkan di kalangan mereka, namun tabiat dan sifat
mereka tidak berubah
Dalam sejarahnya Bani Israil tidak bernegara,
peristiwa-peristiwa yang terjadi di kalangan mereka dan nabi-nabi mereka berlaku di berbagai tempat yang bersifat
sementara, contohnya di Mesir merupakan tempat latar kegiatan Nabi Musa sebelum
bergerak ke negeri-negeri yang lain pula.
Sekian.
No comments:
Post a Comment