Sebagaimana telah dibincangkan, bahawa tujuan
utama diadakan konvensyen, dicadangkan pada 22 Jun 2016 (Sempena Hari Ilmu
Bangi diisytiharkan pada 22 Jun 2008 oleh Dato` Menteri Besar Selangor) adalah
bagi membincangkan Masjid Al-Umm menjadi
Pusat Pengajian Tinggi Islam sebagaimana masjid juga mempunyai cadangan perancangan
pengajian pada peringkat rendah, pengajian di masjid, tahfiz dan pengajian ala pondok.
Sebagaimana telah disebutkan, bahawa Masjid Al-Umm seharusnya bukan bersifat
masjid biasa sebagai tempat solat dan adanya sedikit pengajian. Adalah
dihasratkan Masjid Al-Umm menjadi Pusat Kecemerlangan Ilmu, khususnya keilmuan
Islam. Konvensyen membincangkan tentang kewajaran lokasi dan infra-struktur
yang ada padanya dengan tambahan-tambahan yang diperlukan. Memanfaatkan
tenaga-tenaga akademik dan ulama` yang ada di Bandar Baru Bangi memberi
sumbangan keilmuan di Masjid Al-Umm yang mungkin dinamakan `Jami`ah Al-Umm`
(Al-Umm University), selain dari tenaga pengajar ialah membincangkan
bidang-bidang keilmuan yang menjadi keutamaan dalam pengajian, tahap-tahap
pengajian yang mungkin bermula dari diploma, ijazah pertama, sarjana dan doktor
falsafah, juga mengenai pengambilan pelajar dan terpenting bagaimana mendapat
dana bagi menggerakkan pengajian di
Jami`ah Al-Umm tersebut.
Gagasan bagi mendirikan Jami`ah Al-Umm adalah
perkara besar dan memerlukan perbincangan berperingkat-peringkat dan memakan
masa yang panjang sebelum ianya dapat dimulakan. Adalah dihasratkan bahawa
Jami`ah Al-Umm yang berorientasikan masjid berkembang sebagaimana berkembangnya
Masjid Qayrawan dan Masjid Al-Azhar kepada tahap Jami`ah - universiti. Tetapi
pengajian di Jami`ah Al-Umm hendaklah mempunyai ciri-ciri dan identiti
tersendiri.
Adalah dicadangkan perbincangan pada peringkat
permulaan diadakan dua peringkat, iaitu peringkat dalaman dan diikuti pada
peringkat terbuka.
Konvensyen (Pertama) yang bersifat dalaman ini
hendaklah dengan kertas-kertaskerja yang dibentangkan oleh kalangan AJK
Pembinaan Dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang mereka sebenarnya terdiri dari
profesor, profesor madya, engineer, ahli akademik, arkitek, para profesional
dan tokoh-tokoh berpengalaman. Walau bagaimana peserta-peserta luar terdiri
dari kalangan akademik, professional dan berbagai bidang dijemput sama hadir untuk
mendapat input, pandangan dan saranan daripada mereka. Hasil dari Konvensyen
peringkat pertama dirumus dan dibawa kepada Konvensyen Peringkat kedua yang
mungkin diadakan pada akhir tahun 2016. Di dalam konvensyen kedua ini tenaga
akademik dan pakar-pakar luar dijemput membentang kertaskerja bersama
tokoh-tokoh dalaman. Di dalam konvensyen ini dibincangkan tentang
perkara-perkara lebih detail. Misalnya penentuan bidang tenaga akademik menurut
kepakaran dan cadangan kursus-kursus yang releven sebagai pengajian di Jami`ah
Al-Umm dan perkara-perkara yang lain yang ada hubungannya dengan sebuah
pengajian tinggi. Peserta-peserta akademik dan professional juga dijemput
menyertai sidang. Adalah dijangka dengan dua konvensyen ini pihak penganjur,
iaitu Masjid Al-Umm mendapat pandangan, cadangan dan saranan yang memungkinkan
pihak Jami`ah Al-Umm bergerak memulakan pengajian pada tahap tinggi berindukkan
Masjid Al-Umm.
Konvensyen pertama dicadangkan penyediaan
kertaskerja dari kalangan AJK Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, ialah
kerana kertas-kertaskerja melibatkan pengalaman yang dilalui oleh AJK di dalam
membina dan mengimarahkan Masjid tersebut. Kertas-kertaskerja ini akan dihimpun
dan diterbitkan dalam penerbitan dalam bentuk buku yang secara langsung merakamkan
maklumat dan sejarah yang berhubung dengan pembinaan dan pengimarahan Masjis
Al-Umm di samping mendapat pandangan dan visi mereka terhadap masa depan Masjid
Al-Umm yang dihasratkan menjadi Pengajian Tinggi yang membawa kecemerlangan
ilmu.
Adalah kertas-kertas kerja bagi Konvensyen
Pengajian di Masjid Al-Umm ialah:
Ucapan Dasar (bertulis) oleh Penaung dan
Penasihat Masjid al-Umm yang juga merasamikan pembukaan konvensyen.
Kertas Utama: Ke Arah Meningkatkan_Masjid Al-Umm Ke Tahap
Pengajian Tinggi – Pengerusi AJK
Kertas Dua: Fokus Pengajian Tinggi di Masjid
Al-Umm Oleh Dr. Sabri
Kertas Tiga: Kerjasama Jami`ah Al-Umm dengan Pengajian
Luar – Dr. Tajul
Kertas Empat: Pentadbiran Jami`ah Al-Umm – Tuan Haji Suib
Kertas Lima: Menjana Modal Insan dan Pekerja di Jami`ah
Al-Umm (Hj. Mohd Kalok)
Kertaskerja Enam: Pembangunan Fizikal
Jami`ah Al-Umm ( Ir. Tuan Haji Ishak)
Kertaskerja Tujuh: Menjana Dana Bagi Jami`ah Al-Umm (Tuan Haji
Mohd Nor)
Kertaskerja Lapan : Projek Mendirikan
Kompleks Ilmu: Cabaran (Ir. Tuan Haji Ghazali Husin)
Kertaskerja Sembilan: Menyediakan
Penginapan dan Asrama (Hj. Abdul Rahma)
Kertaskerja Sepuluh: Tenaga Muslimat Dalam
Pengajian di Jami`ah Al-Umm (Dr. Saudah).
Kertaskerja Sebelas: Melengkapkan
Perpustakaan di Jami`ah Al-Umm (Hj. Ghazali Abbas)
Kertaskerja Duabelas: Aspek Kebajikan di Jami`ah Al-Umm (Hj. Husin
Yunos).
Kertas Tiga Belas: Meningkatkan Status
Surau-Surau Dalam Kampus Terbuka Jami`ah Al-Umm (Ustaz Ahmad)
Dengan penghasilan kertaskerja berkenaan
secara meluas dan menyeluruh dapat merakamkan pengalaman yang dilalui oleh AJK
dalam kerja-kerja yang mereka laksanakan selama ini dan visi dan misi mereka
bagi Jami`ah Al-Umm.
Apa yang disusun di atas adalah merupakan
cadangan dan terbuka bagi pembaikan.
Dengan gagasan Masjid Al-Umm sebagai
pengajian di kampus terbuka, melengkapkan cadangan-cadangan yang dirangka bagi
Masjid Al-Umm yang bukan saja sebagai tempat ibadat, tetapi sebagai pusat
pengajian tinggi – Jami`ah Al-Umm yang mendukung aspirasi Islam, khususnya di
dalam bidang keilmuan dan pendidikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment