Salah satu dari bidang tiga serangkai keilmuan
Islam ialah akidah, bidang akidah yang dikenali dengan usuluddin, ilmu tauhid
dan ilmu al-Kalam adalah merupakan bidang falsafah utama di dalam Islam. Kajian
utama hendaklah berdasarkan prinsip akidah yang ada di dalam ayat-ayat
Al-Qur`an dan juga Al-Hadith. Namun kursus juga mengkaji tentang sejarah yang
melahirkan pendekatan akidah sebagaimana tumbuh dan berkembang akibat konflik
di kalangan umat Islam terutama pada zaman Kerajaan Umawiyyah.
Di dalam konflik yang berlaku di antara
kepimpinan Sayyiduna Ali dengan Mu`awiyah, melahirkan pendapat-pendapat yang
melibatkan akidah, seperti antara golongan Ash`ari dengan pendukung Khawarij
yang melahirkan Qadariyyah, Murjiyah, Jabariyyah dan Mu`tazilah, manakala di
satu pihak melahirkan golongan yang dikenali dengan Shi`ah.
Pendekatan Ash`ari-Maturidi dan Al-Tahawi dikira sebagai golongan Ahlu al-Sunnah wa
al-Jama`ah golongan dan aliran utama yang dipegang ummah, manakala Shiah
didukung oleh puak-puak Shi`ah terutama di Iran. Jadi membicarakan tentang
aqidah yang berkembang di kalangan umat Islam tidak boleh lari dari elemen
sejarah yang melahirkan aliran-aliran sebagaimana disebutkan yang kesannya
sehingga kini.
Dari satu segi mengkaji tentang aqidah umat,
hendaklah termasuk tentang pengangan akidah di kalangan umat Islam di Alam
Melayu. Pegangan umat Islam di Alam Melayu pada keseluruhannya adalah berpegang
pada mazhab Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Dari sudut pegangan akidah di kalangan
umat Melayu, masyarakat umat terhutang budi terhadap ulama-ulama yang melalui
institusi pengajian tradisi memperkembangkan agama Islam dan menghasilkan
kitab-kitab yang dikenali dengan kitab jawi, khususnya di dalam bidang akidah.
Jadi pengajian melibatkan kajian terhadap
kandungan Al-Qur`an dan al-Hadith terutama terhadap ayat-ayat yang mengandungi
elemen akidah dan huraian-huraian terhadapnya. Kajian juga dilakukan terhadap
sumber-sumber sejarah dan penghasilan tulisan yang berhubung dengan akidah dan
seterusnya kelahiran bahan-bahan pengajaran akidah di dalam bahasa Melayu,
khususnya ulama dari Aceh, Patani, Kedah, Kelantan yang mereka menghasilkan
kitab-kitab yang berhubung dengan akidah.
Dari satu segi di dalam pendekatan dan bahasan
akidah, khususnya yang melibatkan ilmu al-kalam turut digunakan elemen-elemen
logik, misalnya konsep rukun akal, logik, dalil dan burhan. Ini mempunyai
perkaitan dengan pengaruh logic Aristotlian di dalam membahaskan sesuatu
persoalan dengan menggunakan kaedah logik. Jadi dari satu segi yang lain
prinsip-prinsip ilmu logik digunakan dan perlu dipelajari dari segi asal usul
dan bagaimana diaplikasikan di dalam mengolah dan menghujahkan bukti-bukti
kebenaran dengan kaedah logik.
Sumber buku-buku adalah:
·
Afzalur Rahman, Islam – Ideology
And The Way of Life, A.S Noordin, Kuala Lumpur, 1995.
·
Ahmadie Thaha, Ibn Taimiah, PT. Bina Ilmu, Surabaya, 1982.
·
Al-Juwayni, Al-Imam al-Haramayni,
Al-Shamil Fi Usul al-Din, Al-Ma`arif, Al-Iskandariyyah, 1969.
·
Bernard Berofsky, Free Will And
Determinism, Harper & Row, London, 1966.
·
Deborah L. Black, Logic And
Aristotle`s Rhetoric And Poetics In Medieval Arabic Philosophy, E.J Brill,
Leiden, 1990.
·
Hamidah Abdulhamid, Perngantar
Logik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
·
A.Hanafi M.A. Pengantar Theology
Islam, Djayamurni, Djakarta, 1967.
·
A.Hanafi M.A. Theology Islam (Ilmu
Kalam), Bulan Bintang, Jakarta 1974.
·
Hashiah Shaykh Ibrahim Al-Bayjuri, Tuhfat
al-Tauhid `ala Jauharat al-Tauhid, Matba`at Dar al-Kutub al-Arabiyyah Isa al-Babiyy
al-Halabiyy wa shurakah, Misr, tt. 130 hlm.
·
Hourani, G.E. Reason And Tradition
In Islamic Ethics, Cambridge University Press, London, 1985.
·
H.M.Rasjidi, Filsafat Agama, Bulan
Bintang, Jakarta, 1975.
·
M.M. Sharif, A History of Muslim
Philosophy, Vol. I & II, Otto Harrassowitz, Wiesbaden, 1963.
·
Muhammad Baisar, Dr, Fi Falsafah
Ibn Rushd, Al-Wujud wa al-Khulud, Dar al-Kitab al-Lubnani wa Maktabat
al-Madrasah, Beirut, 1973.
·
Sakinah Ariff Johor (Penyelenggara),
Syurga dan Neraka, Karya Bestari Sdn. Bhd., Shah Alam, 2008.
·
W. Montgomery, Watt, The Formative
Period of Islamic Thought, University Press Edinburgh, Edinburgh, 1973.
·
Zakaria Stapa & Mohamed Asin
Dollah, Islam Akidah Dan Kerohanian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 2001.
Demikianlah sebahagian daripada buku-buku yang
dicadangkan untuk dijadikan bahan rujukan.
Manakala bagi kitab-kitab Turath di dalam
bidang tauhid yang dihasilkan oleh ulama`-`ulama Melayu Nusantara ialah
seperti:
·
Abdul Samad bin Muhammad Salih
al-Kelantani,, Manhat al-Qarib, Matba`at al-Kamaliyyah, Kota Bharu, Kelantan,
1354H.
·
Ahmad bin Muhammad Zain Musatafa
al-Fatani, Faridat al-Fara`id, Matba`at al-Ahliyah, Kota Bharu, Kelantan, tt.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani,
Al-Durr al-Thamin, Matba`at Dar Ihya` al-Kutub al-`Arabiyyah al-Kubra, Misr,
1337H.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani,
Al-Bahjah al-Saniyyah, Matbaat al-Miriyyah al-Ka`inat, Makkah, 1276H.
·
Hussein Nasir bin Muhammad Taib
al-Mas`udi al-Banjari, Bidayat al-Talibin, Al-Matba`at al-Zainiyyah, Perak,
1348H.
·
Ibrahim al-Liqani, Sharh Bagi Matn
Jauharat al-Tauhid, Matba`at Dar Ihya` al-Kutub al-`Arabiyyah, Misr,
1339H/1921.
·
Muhammad Ali bin Abdul Ghafur Kutan,
Kelantan, Zahrat al-Murid, Matba`at al-Kamaliyyah, Kelantan, 1356H.
·
Muhammad Zain bin Al-Faqih
Jalaluddin, Bidayat al-Hidayah, Matba`at al-Taraqqa al-Majidiyyah,, Makkah,
1329H.
Demikianlah sebahagian daripada buku-buku dan
kitab-kitan yang boleh dijadikan rujukan dan kajian.
Dari segi pengajaran antara kitab-kitab di
atas boleh dijadikan teks pengajaran yang boleh diikuti oleh ahli jamaah yang
datang berjamaah dan mengikuti pengajian secara terbuka. Bagi pelajar-pelajar
mereka juga hadir secara berdaftar sebagai salah satu kursus bagi pengajian
bagi peringkat Ijazah pertama.
Sekian.
·
Penulia bercuti beberapa hari –
akhir tahun.
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
ReplyDeletePERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88