Untuk menyampaikan pengajaran bagi satu
matapelajaran dan lebih bagi satu pengajian untuk satu semester atau tempoh
tertentu perlu kepada rangka dan ruanglingkup keilmuan yang hendak disampaikan
dengan disertakan sama buku-buku bacaan. Bagi sebuah pengajian yang mempunyai
beberapa pelajaran atau bagi sebuah jabatan yang menawarkan berbagai kursus
untuk tempoh satu semester bagi tahun tertentu, demikian juga pada peringkat
fakulti, seharusnya mempunyai rangka setiap kursus yang hendak disampaikan yang
dihimpunkan dalam sebuah buku `Perspektif Kursus Pengajian` biasanya lengkap
dengan berbagai kursus yang boleh dipilih hingga kepada jumlah tahun yang melayakkan
seseorang pelajar mengikuti kursus-kursus berkenaan secara bertahap (biasanya
tiga tahun = 6 semester). Pengambilan biasanya dihadkan kepada jumlah unit bagi
satu semester dengan kombinasi kursus yang diambil hinggalah kepada tahun
ketiga. Apabila pelajar berkenaaan memenuhi syarat dan lulus serta mencukupi
dari kombinasi unit kepada contoh 120
yunit ( 3 unit bagi satu kursus + Ko-Kurikulum) bagi tahun melayakkannya untuk
menerima ijazah sarjanamuda. Penerangan dan keperluan syarat sedemikian juga
berlaku bagi semua peringkat dari Diploma hingga peringkat ijazah-ijazah yang
lain. Sebab itu bagi setiap pelajar yang datang mendaftar dibekalkan dengan
Buku Perspektif Pengajian untuk dipilih dan menjadi panduan baginya di dalam
mengikuti kursus atau pengajian. Keperluan sedemikian wajar menjadi amalan,
bukan saja bagi pengajian formal yang lama, tetapi juga bagi satu-satu kursus
dan pengajian yang hendak diikuti, termasuklah pengajiamn di masjid bagi
sebarang pengajaran keilmuan yang hendak disampaikan
Bagi pengajian di Jami`ah Al-Umm, maka sudah
tentulah bila pengajian bermula dan pengajaran hendak disampaikan perlu ada
buku perspektif kursus atau pengajian yang dianjurkan. Tiap pensyarah yang
kursusnya disenaraikan seharusnya sebelum dari itu merangka kandungan kursus
yang mau diajarkan, iaitu dengan menyediakan keterangan bagi kursus, kandungan
dan bahan bacaan. Pensyarah juga seharusnya menyediakan bahan kuliah
berdasarkan rangka kursus yang disediakan, umpamanya untuk sepuluh minggu bagi
satu semester. Sebelum rangka kursus ini diterima untuk dimuat dalam buku
panduan, ianya seharusnya dibincangkan pada peringkat jabatan dan fakulti
berhubung dengan nilai kandungan dan
buku rujukan sama ada sesuai, standard atau tidak. Jika tidak diterima, kerana
tidak sampai standard yang sepatutnya, maka pensyarah berkenaan seharusnya
memperbaikinya sehingga ianya sesuai dan dapat diterima. Bahasa bagi pengajian
di Jami`ah Al-Umm ialah bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.
Bagi Jami`ah Al-Umm, selain ada pengajian
diploma dengan cara bekerja sama dengan pengajian luar, maka jika mau
diwujudkan pengajian bagi ijazah pertama bagi tahun pertama, maka peringkat
permulaan mungkin dapat dianjur pengajian
bersifat jabatan. Jabatan boleh dipecahkan kepada dua jenis ijazah,
iaitu: yang mungkin boleh dinamakan:
Type A:
Ilmu-Ilmu Teras Keislaman (Al-`Ulum
al-Asasiyyah al-Islamiyyah).
Type B
Sarjana Muda Islam Integrasi
Klursus-Kursus yang dianjurkan – Contoh bagi
semester pertama bernilai (boleh pilih 12 - 15 unit + ko-kurikulum) seperti:
Type A: Sarjana Muda Teras Keislaman
1) Falsafah dan Hakikat Ilmu (kursus wajib diikuti semua pelajar semua
jabatan dari semua fakulti dan wajib lulus
2) Kursus bahasa (Wajib)
3) Aqidah – Ahlu al-Sunnah wa Jamaah
4) Sumber Fiqh Islamiyy
5) Pendekatan Ilmu Tafsir
6) Hadith Sumber Kedua Hukum
7) Sirah
8) Al-Adabiyyah Al-Islamiyyah
9) Pertumbuhan Ilmu Al-Tasawwuf
Type B
Pelajar mesti memilih:
1) Falsafah Dan Hakikat Ilmu
2) Kursus Bahasa
Baki separuh (jumlah unit) dari Type A dan
separuh dari Type B, iaitu:
A) Sains Asas
B) Ekonomi
C) Perdagangan
D) Komunikasi
E) Sains Politik
F) Perundangan
(Dalam perkembangan lanjut, setiap kursus bagi
type A dan B boleh berdiri sebagai
sebuah jabatan)
Pelajar boleh memilih kursus di atas maksimum
15 unit bagi satu semester. Unit-unit tambahan ditentukan dari kegiatan ko-kurikulum
yang ditentukan. Misalnya dari kegiatan sukan, khidmat masyarakat, kelas
bimbingan dan sebagainya. Bagi pelajar yang tidak berkesempatan memilih kursus
yang diminatinya, boleh mengambilnya pada semester yang lain apabila
ditawarkan. Bagi semester yang kursus-kursus yang lain ditawarkan atau
peningkatan dari kursus asas pada semester pertama dan seterusnya bagi semester
tiga dan empat dan kelima dan enam yang memakan masa biasa tiga tahun. Bagi
pelajar-pelajar yang tidak dapat melengkapkan unit kursus sejumlah 120 unit
dalam masa tiga tahun, dia boleh meneruskan pengajian melebihi tiga tahun
sehingga dia lulus.
Sebagai contoh keterangan bagi kursus wajib
Falsafah dan Hakikat Ilmu (tidak guna istilah `Teori Ilmu` lantaran istilah
teori tidak melambangkan kejituan keilmuan).
Kod 101 – Falsafah Dan Hakikat Ilmu
Asas bagi memahami apa itu ilmu dari segi
Falsafah dan Hakikat. Pandangan Islam tentang Ilmu bersumberkan Al-Qur`an.
Bagaimana Ilmu tumbuh dan berkembang.
Elemen-elemen dalam diri manusia dan faktor luaran memperkembangkan Ilmu.
Pendapat tokoh-tokoh mengenai Ilmu. Kategori, pecahan dan ciri-ciri Ilmu. Ilmu
adalak kekuatan dan berperanan memperkasakan tamadun dan peradaban. Penerokaan
Ilmu dan kemungkinan-kemungkinan mendatang.
Buku-buku cadangan
1) Ahmad Mohamad Said & Khadijah Salikan, Pembangunan Insan: Aspirasi
Dan Realiti, Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang, 2007.
2) Ahmad Mohamed Said & Mohd Nasir Mohd Tap, Pembudayaan Ilmu: Membina
Jati Diri Katamadunan, Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, 2009.
3) Franz Rosenthal, Keagungan Ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1992.
4) Hairuddin Harun,Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1992.
5) Hasan Langgulung, Pendidikan Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1979.
6) Hikmat Nagib Abdul Rahman, Dirasat fi Tarikh al-`Ulum `Ind al-`Arab,
Jami`ah al-Musil, Musil, 1985.
7) Jujun S.Suriasumantri, Filsafat Ilmu: Sebuah Pengantar Popular, Sinar
Harapan, Jakarta, 1984.
8) Jujun S.Suriasumantri, Ilmu Dalam Perspektif, Yayasan Obor Indonesia,
Jakarta, 1983.
9) Modal Insan, Pusat Kurikulum, Universiti Putra Malaysia, 2009.
10) Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan Dan Pembangunan: Satu Perspektif
Bersepadu, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1988.
11) Omar Nakib, Malik Bennabi`s Approach to the Educational Problem in the
Muslim World, Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi, Selangor, 2006.
12) Robert C. Solomon, Introducing Philosophy, Oxford University Press, New
York, 2001.
13) Seyyed Hossein Nasr, Science And Civilization In Islam, Dewan Pustaka
Fajar, Shah Alam, Selangor, 1984.
14) Sulaiman Nordin, Sains Menurut Perspektif Islam, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1995.
15) Wan Mohd. Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1997.
Demikianlah perspektif dari satu kursus, iaitu
101 Falsafah Dan Hakikat Ilmu,
Kursus-kursus lain hendaklah mempunyai keterangan dan bahan rujukan bagi
kursus-kursus yang ditawarkan, dinilaikan dan kemudian diterbitkan di dalam buku
perspektif bagi peringkat, Jabatan dan Fakulti.
Dengan adanya buku perspektif, antaranya
menjadi panduan bagi pensyarah mengajar dan pelajar mengetahui ruang lingkup
kursus. Ianya juga menjadi panduan untuk penilaian.
Sekian.
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
ReplyDeletePERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88