BBB, 07
Rabiul Awal 1437 = 19 Disember 2015
(Sabtu):
Bagi sebarang pengajian, maka guru dan
pengajian atau pelajaran yang hendak disampaikan adalah keperluan yang penting,
apa lagi pada peringkat pengajian tinggi, khususnya bagi Masjid Al-Umm yang
dihasratkan untuk ditingkatkan kepada `Jami` al-Umm` yang menjadi pemangkin
bagi Bangi Bandar Ilmu.
Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa
Ta`ala dengan keistimewaan Bangi dengan keilmuan. Dalam satu seksyen daripada
Bandar Bangi yang mempunyai 20 seksyen itu ada antaranya terdapat berpuluh
profesor dan lulusan Ph. D yang sebahagian daripada mereka telah bersara.
Mereka ini dari berbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka boleh dirunding bagi
mendapatkan khidmat mereka di dalam bidang akademik. Sementara itu di Bangi
terdapat juga ramai pentadbir universiti dari Nain Canselor, Timbalan Naib
Canselor, Rektor, Pendaftar dan
berbagai-bagai pegawai dan kakitangan akademik yang sebahagian daripada mereka
sudah bersara.
Di dalam bidang akademik terdapat mereka yang
berkelulusan dan mengajar di dalam bidang pengajian Islam, sains, perubatan,
ekonomi, perundangan, perdagangan, komunikasi dan kemanusiaan. Pendek kata dari
segi tenaga pengajar mencukupi di dalam berbagai-bagai bidang. Mereka ini
merupakan tokoh-tokoh akademik yang berpengalaman dan menghasilkan
penerbitan-penerbitan yang menandakan kepakaran di dalam bidang masing-masing.
Cuma tenaga-tenaga akademik ini mendapat
pengajian di berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar
negara di dalam berbagai-bagai bidang, sedang pengajian di Masjid Al-Umm
sebagai `Jami`ah al-Umm` seharusnya mendukung keilmuan, nilai, pendekatan
bersepadu yang berpaksikan Islam. Di dalam hal ini mungkin ada tidak keselarian
dari segi perspektif dan arah pembawaan tenaga-tenaga akademik ini yang
berlainan tempat menimba keilmuan dan berlainan tempat berkhidmat, walaupun
sama menghuni di Bangi Bandar Ilmu.
Di dalam hal ini masa setengah tahun atau
lebih selepas mengadakan konvensyen
pertama Jami`ah Al-Umm dapat digunakan bagi berwacana akademik tentang keilmuan
- sejauhmanakah perdekatan selama ini
bersesuaian sebagai pendekatan keilmuan berintegrasikan Islam. Dengan
cara ini Masjid Al-Umm baik secara langsung atau tidak langsung bergiat dalam wacana ilmiah bernilai
Islam.
Ada beberapa peringkat yang harus dilalui:
Peringkat pertama pihak Jami`ah Al-Umm
mengadakan seminar:
Konsep keilmuan dalam Islam atau Keilmuan dari
Perspektif Islam, atau Falsafah dan
integrasi ilmu dalam Islam atau Ilmu mengkuhkan tauhid atau sebarang judul yang
memperlihatkan kesatuan ilmu dalam Islam dan berperanan mengangkatkan martabat
insan sebagai khalifah Allah bagi memakmurkan bumi dan alam.
Seminar yang sedemikian hendaklah diadakan
secara bersiri dengan judul yang berlainan tetapi menurut perspektif Islam.
Selepas Seminar Mengenai Konsep Keilmuan Islam
diadakan seminar yang lebih spesifik di dalam berbagai-bagai ilmu .
Bagi bidang pengajian Islam dan berbagai
keilmuan di dalamnya, tentulah lebih jelas dan mudah lantaran keilmuan yang
dibincangkan sememangnya bidang-bidang keilmuan Islam. Tetapi bidang ini juga
perlu kepada perbincangan dari segi approach, pembaharuan dan perkembangan
keilmuan-keilmuan berkenaan agar tidak bersifat mengulang-mengulang dan tidak
membawa perubahan dari segi kajian, penyelidikan dan sumbangan baru dalam
bidang berkenaan. Pendek kata bidang ini juga perlu diwacanakan agar kaedah,
pendekatan dan sumbangan dari segi keilmuan tidak ketinggalan dari
bidang-bidang yang lain.
Yang lebih mencabar ialah bidang yang
berhubung dengan sains yang mempunyai berbagai-bagai jenis bidang keilmuan.
Sudah tentulah bidang yang sesuai bagi peringkat permulaan pengajian sains di
Jami`ah Al-Umm ialah bidang-bidang yang terpilih dan bersesuaian sebelum ianya
dikembangkan kepada bidang-bidang yang lebih luas. Di dalam hal ini pakar
tenaga akademik diminta membentangkan pendekatan keilmuan mereka dari
perspektif Islam berdasarkan rumusan yang telah dibincangkan tentang konsep
keilmuan di dalam Islam itu. Kertas berkenaan dibahaskan oleh mereka yang pakar
dalam bidang berkenaan yang dilihat dari perspektif keislaman. Demikianlah
perbincagan dilakukan dari minggu ke minggu di dalam bidang-bidang sains yang
berlainan sehingga melengkapi semua bidang sains yang diperlukan. Semua kertas
dan pendapat disatukan, dihimpun dan diterbitkan sebagai panduan bagi merangka
kursus atau disiplin di dalam mana-mana keilmuan sains berkenaan dan juga yang
lain
Kaedah sedemikian juga dilakukan bagi
bidang-bedang keilmuan yang lain seperti ekonomi, komunikasi, perundangan dan
kemanusiaan. Segala kertaskerja dan dapatan dari wacana ilmiah ini dirumus dan
disatu di dalam bidang-bidang berkenaan yang kelak menjadi panduan bagi
perluasan keilmuan-keilmuan berkenaan dari perspektif keislaman.
Peringkat selanjutnya ialah menyusun kurikulum
bagi setiap bidang keilmuan yang diwacanakan untuk dibawa ke dalam konvensyen
peringkat kedua. Tapi sebelum semua bidang keilmuan berkenaan dirumus dan
disatukan sebagai satu kesepaduan kurikulum yang menjadi panduan pengajaran dan
pembelajaran, pihak Jami`ah Al-Umm hendaklah mengadakan lawatan-lawatan ke
universiti-universiti yang menamakan universiti masing-masing dengan nama Islam
seperti Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Seri Putera, Bangi,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Universiti Islam Antarabangsa,
Malaysia (UIAM) di Gombak dan Kuantan dan beberapa pengajian tinggi yang
namanya dikaitkan dengan Islam.
Pihak Jami`ah Al-Umm, seharusnya tidak terikat
dengan pendekatan yang diambil oleh
mana-mana pengajian Tinggi Islam yang dilawati, tetapi cuba memahami dan
meneliti imej dan identiti yang dibawa pengajian-pengajian tinggi berkenaan. Semua
dapatan dan rumusan yang dicapai akan dibawa kedalam Konvensyen Kedua Jami`ah
Al-Umm.
Pihak Jami`ah Al-Umm hendaklah menyesuaikan dirinya
dengan kemampuan yang ada dan dengan suasana sekitaran kelilingan, tetapi cuba mencari pendekatan terbaik di
dalam menyebarkan ilmu menurut perspektif Islam dan cuba mewujudkan sebuah
pengajian tinggi yang unik dan beridentiti tersendiri.
Sekian.
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
ReplyDeletePERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA
INI KISAH NYAT Atau KLIK TOGEL AKURAT 88