BBB, 28 Safar 1437 = 10 Disember 2015
(Khamis):
Agenda terakhir bagi pertemuan antara Ahli
Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dengan para jemputan
ialah perbincangan dengan para Imam, guru, muslimat dan tenaga-tenaga sukarela
yang mau memberi khidmat kepada Masjid Al-Umm. Tetapi sebelum perbincangan di
mulakan Pengerusi Pembangunan dan
Pengimarahan mohon kepastian:
1) Komitmen Imam
Tuan Nazir Masjid Al-Hasanah Hj. Napiah
Shahrani yang juga selaku imam sebagai mewakili para imam yang hadir memberi
komitmen untuk memberi tenaga kepada Masjid Al-Umm menurut giliran yang diatur
secara bersesuaian, bahkan mereka juga sanggup mengisi waktu bagi mengajar
antara waktu-waktu solat seperti antara waktu Maghrib dan Isya` dan sebagainya.
Insya Allah jadual akan diatur.
2) Bank Maklumat Guru
Turut hadir mereka yang layak mengajar di
masjid, walau bagaimana ramai lagi guru yang terkenal dan berkelayakan mengajar
tidak dapat hadir. Maklumat tentang guru-guru akan dikumpul dan disimpan di
dalam bank maklumat masjid. Mereka yang berkenaan akan dihubungi dan ditawarkan
untuk mengajar di Masjid Al-Umm menurut giliran, masa bersesuaian dan menurut
bidang keilmuan dan kepakaran guru-guru berkenaan.
3. Bilal dan Siak
Sebagaimana imam, mereka juga dijemput
menyampaikan azan menurut masa yang bersesuaian dan siak datang berkhidmat.
Bagi yang berkelayakan dan yang berminat selepas berkhidmat dalam tempoh
tertentu akan ditawarkan sebagai bilal dan juga siak.
4. Juru Teknik, Kerani dan Keselamatan
Akan dinilai dari kepakaran dan kebolehan.
Interview akan diadakan bagi memilih mana yang bersesuaian – termasuk bagi yang
menawarkan khidmat percuma. Adapun bahagian keselamatan, jika tiada yang
berkelayakan, maka akan diurus melalui syarikat keselamatan yang berdaftar.
5. Wakil Muslimat
Seramai 10 orang muslimat hadir di dalam mesyuarat.
Pengerusi mengingatkan pihak AJK Masjid memerlukan kerjasama muslimat di dalam
mengimarahkan masjid, khususnya kegiatan yang berhubung dengan muslimat.
Beberapa daripada mereka akan mewakili dalam mesyuarat AJK Induk
Pembangunan dan Pengimarahan Masjid,
bila ada agenda yang berhubung dengan mereka. Tiga orang telah ditunjuk dari
kalangan mereka yang akan mewakili muslimat dalam mesyuarat Induk. Mereka ialah
1) Dr. Hajah Saudah bt. Haji Hassan
2) Puan Hajah Hidayah Muhammad
3) Puan Hajah Mu`minah bt. Yusoff
Mereka dikehendaki mengadakan mesyuarat dengan
ahli-ahli yang hadir dan yang lain bagi merangka kegiatan muslimat di Masjid
Al-Umm dan melaporkannya kepada AJK Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm
untuk dimesyuaratkan pada peringkat induk.
Semasa perbincangan ada beberapa perkara
ditimbulkan oleh hadirin sebagai cadangan, iaitu:
·
Menyediakan tabung pertanyaan bagi
kalangan muda dan bagi para jamaah. Persoalan dan kemusykilan mereka perlu
dijawab dengan cara terbaik.
·
Diadakan Tabung Kebajikan bagi
membantu mereka yang layak menerima.
·
Diadakan kelas atau slot
pengajaran berhubung dengan `Tafaqquh fi al-Din`
·
Menyediakan ruang dan kegiatan
yang dapat menarik minat anak-anak sekolah dan kalangan belia datang ke masjid.
Antaranya membuka ruang perpustakaan untuk kegunaan mereka. & perlu tubuh
Kelab Remaja Masjid.
·
Tilawah Al-Qur`an beramai-ramai
sebagaimana diatur Al-Qur`an di atas rihal pada bahagian hadapan saf pertama untuk
dibaca oleh jamaah, khusnya selepas zohor dan masa-masa yang lain yang
bersesuaian.
·
Setiap selepas subuh ada tafsiran
Al-Qur`an serta tadabbur dan Hadith secara bergilir-gilir
·
Perlu mengadakan kelas Tahfiz.
Majlis pertemuan berakhir pada jam 12.00
tengahari
Kepada mereka yang pertama kali datang dan
belum melihat bangunan masjid, terutama dari dalam. Mereka terutama kalangan
muslimat yang pertama kali datang, termasuk sebahagian kaum muslimin dibawa
melihat bangunan masjid, mulai dari aras satu (tingkat tiga) ke tingkat utama
(dua) dan ke tingkat bawah tanah (satu). Selepas itu mereka berpisah.
Objektif mengadakan pertemuan pertama dengan mengadakan
pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi Surau dan Masjid atau wakil-wakil mereka (17
November 2015) dan pertemuan dengan bakal imam, guru, muslimat dan mereka yang mohon berkhidmat adalah
mencapai objektif:
Melalui pertemuan Pengerusi-Pengerusi Surau
dapat dijalinkan hubungan antara pihak masjid dengan surau. Melalui mereka
banyak maklumat yang didapati dan juga mendapat maklumat tentang pegawai-pegawai
masjid, guru-guru dan tenaga-tenaga yang diperlukan dan adalah diharapkan
kerjasama akan berterusan.
Melalui pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi Surau
dan Masjid atau Wakil-Wakil, Masjid Al-Umm
mendapat maklumat tentang imam-imam dan guru-guru yang dapat memberi khidmat
mengajar. Begitu juga dari pertemuan kita mendapat beberapa tawaran dari
beberapa orang yang menawarkan diri untuk menginfakkan tenaga bagi kebaikan dan
perjalanan masjid. Kita menerima tawaran dan mengucapkan terima kasih.
Paling penting jika selama ini pihak muslimat
belum ada perwakilan di masjid, maka pada kali ini 10 orang daripada mereka
hadir. Mereka menununjukkan wakil mereka dan diharap pihak muslimat akan
bermesyuarat bagi merangka perkhidmatan yang paling sesuai bagi mereka
mengadakan kegiatan di Masjid Al-Umm. Diharap mereka dapat menarik ramai
muslimat menyertai kegiatan di masjid khususnya bagi kegiatan yang dianjur oleh
muslimat. Adapun pihak belia, dijangkan mendapat kerjasama dari pihak ABIM.
Semua pertemuan yang diadakan ini adalah
sebagai persediaan untuk diisi bagi mengimarahkan Masjid Al-Umm sebagaimana
diharapkan bahawa Masjid Al-Umm menjadi tempat yang selesa bagi kemudahan
beribadat. Masjid juga diharap menjadi pusat pengajian keilmuan-keilmuan Islam.
Di samping itu diharap masjid juga menjadi tempat bagi kegiatan kemasyarakatan.
Masjid Al-Umm adalah milik semua, kita semua seharusnya
sama mengimarahkannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment