BBB, 16
Rabiul Awwal 1437 = 28 Disember 2015 (Isnin):
Adalah bidang yang paling luas diperkatakan di
dalam keilmuan Islam, lantaran ianya melibatkan kehidupan lahiri umat dalam
hubungannya dengan Allah, manusia dan alam keliling. Semuanya ada syariat aturan
ditentukan. Sebagai perundangan Islam, maka ia adalah bersumberkan Kitab Allah
– Al-Qur`an dan Hadtth Nabi s.a.w dan juga bersumberkan ijama` `Ulama` dan
Qiyas.
Bidang Perundangan Islam atau Fiqh al-Islami,
walaupun berasal dari sumber yang sama, namun bidang ini adalah bidang yang
dinamik dan hidup sebagaimana dinamiknya hidup dan terus berubah, maka
persoalan-persoalan furu` berdepan dengan perbedaan pendapat. Lantaran
sedemikian melahirkan mazhab-mazhab yang terkenal seperti Maliki, Shafie,
Hanbali dan Hanafi.
Pengajian pada peringkat yang lebih tinggi
seharusnya tidak saja menurut apa yang diperturunkan pendapat-pendapat oleh
tokoh-tokoh mazhab, tetapi mempelajari kaedah-kaedah mengistinbatkan
hukum-hukum menurut kaedah fiqhiyyah yang teratur, tetapi membincangkan
faktor-faktor dan sebab-sebab yang menjurus kepada kelainan pendapat dan
ciri-ciri perbezaan. Juga bagaimana konsep mazhab terbina dan siapakan
pendukung-pendukung yang mengukuhkan sesuatu mazhab, khususnya Mazhab yang
dipegang oleh umat Islam di Asia Tenggara atau di alam Melayu. Mungkin
dibincangkan juga solusi menyatukannya. Misalnya dengan penyatuan fatwa dan
tidak menggalakkan memberi pendapat secara peribadi mengenai aspek-aspek hukum,
khususnya melibatkan permasalahan khilafiyyah.
Secara perbandingan wajar diperlihatkan
perbezaan undang-undang shariah dengan undang-undang sivil. Wajar juga
digalurkan perkembangan fiqh shariat bermazhab Shafie di alam Melayu. Institusi-institusi yang
mendukungnya dan tokoh-tokoh ulama Melayu Nusantara yang memperluaskan
pengajaran Mazhab Shafie ini serta kitab-kitab karangan mereka.
Antara kitab-kitab terkenal di dalam bahasa Arab
yang menjadi sumber bidang fiqh, khusus bermazhab Shafie seperti:
·
Abdullah bin Muhammad Ali, Lata`if
al-Isharat ila Sharh ila Tashil al-Turuqat li Nazmi al-Waraqat, Mustafa
al-Babiyy al-Halabiyy wa awladuh, Misr, 13121H.
·
Abdul Karim al-Matari al-Dimyati,
Hashiah `ala Sharh al-Shihab al-Ramli `ala al-Sittin, Matba`at Dar Ihya` al-Kutub al-`Arabiyyah, Misr, 1344H.
·
Abu Ishaq Ibrahim bin Ali –
Al-Shirazi, Kitab Al-Muhadhdhab, 2 jiulid. Dar al-Kutub al-`Arabiyyat al-Kubra,
Misr, tt.
·
Abu Yahya Zakariyya al-Ansar, Fath al-Wahhab bi Sharh Minhaj al-Tullab, 2
Jilid., Keluaran ?, tanpa tempat\, tt.
·
Ashmad bin Abdul Latif al-Khatib,
Hashiat `ala Sharh al-Waraqat, Dar al-Kutub al-`Arabiyyat al-Kubra, Misr, tt.
·
Ahmad bin al-Husayn (Abu Shuja`),
Fath al-Qarib al-Mujib, Matba`at Sulayman Mar`i wa shurakah, Surabaya, tt.
·
Ahmad ibn Muhammad
al-Dimyati, Hashiyat `ala Sharh
al-Waraqat, Matba`at Mustafa al-Babiyy al-Halabiyy wa Awladuh, Misr, 1342H.
·
Ibn Hajar al-Haytami, Al-Zawajir `an Iqtiraf al-Kaba`ir, Keluaran
?, Tempat ?, tt.
·
Ibrahim al-Bajuri, Hashiah `ala
Sharh al-`Allamat Ibn Qasim al-Ghuzza, Al-Matba`at al-Maymaniyyat, Misr, 1309H.
·
Muhammad al-Sharbini
al-Khatib, Al-Iqna` fi Halli Al-Faz Abi
Shuja`. Al-Matba`at al-Khayriyyat, Misr, tt.
·
Muhammad ibn `umar ibn `Arabi
al-Jawi, Fath al-Samad, Al-Matba`at
al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah, 1306H.
·
Shihab al-Din al-Qalyubi, Hashiat
`ala Sharh al-Minhaj al-Talib, Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah,
1305H.
·
Sulayman al-Bujayrimiyy, Tuhfat
al-Habib Hashiah `ala Sharh
al-Khatib.Yahya ibn Sharaf al-Nawawi, Kitab al-Azkar, Al-Matba`at
al-Maymaniyyah, Misr, 1310H.
·
Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi, Kitab al-Azkar, Al-Matba`at al-Maymaniyyah,
Misr, 1319H.
·
Zainuddin Ibn Al-Aziz
al-Malibari, Fath al-Mu`in bi Sharh Qurrat
al-`Ayn, Matba`at Wadi al-Nil, Misr,
1290H.
(Terdapat cetakan
lebih baharu bagi terbitan kitab-kitab di atas yang terdapat di pasaran).
Di atas merupakan sebahagian daripada
kitab-kitab fiqh yang menjadi sumber pengajian pada zaman tradisi yang
mendukung mazhab Shafie. Kajian juga perlu dibuat tentang pengaruh kitab-kitab
di atas dan yang lain-lain terhasil pada zaman tradisi terhadap ulama`-`ulama
Melayu yang menghasilkan kitab-kitab fiqh di dalam tulisan jawi yang menjadi
sumber pengajian pada zaman tradisi juga dimana mereka menghasilkan.
Kitab-Kitab fiqh di dalam bahasa Melayu
terpenting adalah:
·
Abdul Rashid Banjar, Kitab
Perukunan, al-Matba`at al-Islamiyyah, Singapura, tt.
·
Abdul Samad bin Muhammad Salleh
Tabal, Bidayat Ta`lim al -`Awami, Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah.
1328H.
·
Abdul Samad bin Muhammad Salleh,
Kifyat al-`Awwam, , al-Matba`at al-Kamaliyyat, Kota Bharu. Kelantan, tt.
·
Ahmad bin Muhammad Zayn bin
Mustafa al-Fatani, Kitab al-Fatawa, Kelantan Printing Co., Kota Bharu, 1331H.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani, Furu` al-Masa`il, al-Matba`at al-Miriyyat
al-Ka`inat, Makkah, 1300H.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani,
Ghayat al-Taqrib, Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah, 1312H.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani, Idah
al-Bab, , Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah, 1315H.
·
Daud bin Abdullah al-Fatani,
Munyat al-Musalli, Al-Matba`at al-Khariyy al-Islamiyy, Misr, 1313H.
·
Muhammad Arshad al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, , Matba`ah Nur al-Thaqafat
al-Islamiyyat, Jakarta, tt.
·
Muhammad bin Ismail Daud
al-Fatani, Al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Safi, al-Matba`at al-Sharqiyyat,
Jeddah,, 1349H.
·
Muhammad bin Ismail Daud
al_Fatani, Matla` al-Badrayn wa Majma` al-Bahrayn, Matba`at Dar al-Tiba`at al-Misriyyat al-Kubra, Singapura, tt.
·
Muhammad bin Ismail Daud
al-Fatani, Washah al-Afrah wa Asbah al-Falah,, Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah 1310H.
·
Muhammad Nur bin Muhammad bin
Ismail al-Fatani, Kifayat al-Mubtadi,
Al-Matba`at al-`Amirat al-Sharqiyyat, Jeddah, 1353H.
·
Muhammad Zainuddin bin Muhammad
al-Badawi al-Sumbawani, Minhaj al-Salam, Matba`at Mustafa al-Babiyy
al-Halabiyy, Misr, 1345H.
·
Sayyid Ahmad bin Muhammad bin
Husayn al`Idrusi, Tanbih al-Ikhwan, Al-Matba`at al-Miriyyat al-Ka`inat, Makkah,
1333H.
Dengan mengkaji sumber-sumber fiqh dari
kitab-kitab di dalam bahasa Arab yang menjadi bahan pengajian dan rujukan bagi
ulama Melayu yang menghasilkan kitab-kitab di dalam bahasa Melayu bertulisan
jawi membuka ruang kefahaman tentang sumber hukum syara yang diterima umat dan
diamalkan di dalam kehidupan masyarakat umat di Alam Melayu. Kajian dapat
diperluaskan dengan kajian kini dan hasil-hasil karangan fiqh terkini bagi
lebih meluaskan lagi kefahaman dan
memperkayakan keilmuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment