August 31, 2009
PENGAMPUNAN DAN KEMERDEKAAN API NERAKA
August 28, 2009
Kudus Mesra Ramadhan Memupuk Cinta dan Kasih Sayang
Kemeriahan Ramadhan amat terasa pada setiap kunjungan ADUN ke surau dan masjid sebagaimana dijadualkan. Surau dan masjid penuh dengan jamaah, lelaki perempuan dan anak-anak. Salawat menggemai surau dan masjid mengiringi sembahyang tarawih, kemudian diikuti moreh beramai-ramai dan tadarrus dari halaqah anak-anak muda dan orang tua. Gotong royung memasak seperti bubur lambuk dilakukan sejak siang, terutama pada hari minggu sebagai juadah berbuka di surau atau masjid itu sendiri, di samping mengagihkannya kepada ahli kariah setempat. Setengah surau dan masjid sebelum tiba Ramadhan mengadakan pertemuan dan gotong royong membersihkan kawasan surau dan masjid seminggu atau lebih awal. Membersih kawasan bertujuan menyambut tamu istimewa, iaitu Ramadhan !
Gambar: ADUN menghadiri petemuan penduduk Seksyen 8 , Fasa 2 pada malam 14 Ogos dan melancarkan program bertempat di River View yang keesokan hari diadakan gotong royong terutama di Sekitar Surau Al-Rahim.
Sesungguhnya aktiviti Ramadhan adalah aktiviti tahunan yang penting bagi ADUN. Sejumlah peruntukan dikhaskan bagi Ramadhan. Kabinet mini Kebajikan dan Kabinet mengenai Masjid dan Surau menyusun program sebulan Ramadhan seperti pengagihan peruntukan kepada surau dan masjid, penyampaian bantuan kepada fakir miskin, ziarah hospital, klinik dan rumah anak yatim untuk menyampaikan bantuan kepada pesakit-pesakit dan mengatur jadual ADUN menziarahi surau masjid berjamaah menyampaikan peruntukan dan bantuan.
August 27, 2009
August 26, 2009
Syarahan Alumni UKM & Pelancaran Buletin
Sekali lagi pihak pentadbir Alumni UKM (Perhubungan Pelajar) menjemput ADUN Bangi selaku Alumni hadir ke Majlis Syarahan Alumni UKM sebagai penghargaan dua tokoh alumni dibanggakan. Pertama YB Dato` Sri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan Malaysia. Kedua ialah YBhg. Datuk Seri Wong Chun Wai Ketua Pengarang Kumpulan The Star. Turut hadir bersama ADUN ialah YB Dr Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga adalah Alumni UKM.
YB Dato` Sri Liow bercakap mengenai pengalamannya semasa berada di UKM dan berbangga dengan pencapaian dan prestasi UKM yang dahulu berada pada ranking agak bawah, tetapi kini berstatus sebagai universiti penyelidikan dan antara universiti terkehadapan di Negara Malaysia dan Asia. Beliau juga bercakap tentang wabak HINI yang sedang mengancam Negara dan dunia dan langkah-langkah yang sedang diambil. Sebarang pertanda dijangkiti, tindakan awal perlu segera diambil dan jangan menunggu peringkat kritikal baru hendak diambil tindakan.
Beliau kemudian melancarkan Buletin 20 halaman Berita Alumni UKM yang diberi nama SENADI seiras dengan nama Buletin Pentadbiran UKM yang bernama SENADA.
SENADI sulung memuatkan tentang penubuhan Alumni UKM luar Negara, iaitu di Indonesia, Editorial berhubung dengan alumni, pelancaran sistem maklumat alumni, gambar-gambar nostalgia dan pencapaian alumni terkenal di dalam kerjaya mereka yang mengharumkan nama UKM .
Tokoh dibanggakan kedua diperkenalkan oleh Prof. Dato` Dr Mohamad Abdul Razak. Menurutnya Datuk Seri Wong Chun Wei dilahirkan di Pulau Pinang pada 25 Mei 1961. Bersekolah rendah dan menengah di St. Xavier dan menyambung pengajian di UKM dalam bidang Sains Politik dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1984. Beliau meminati penulisan dan giat menulis sejak di universiti. Sebaik menamatkan pengajian beliau menjadi wartawan di The Star dan meningkat kepada Ketua Pengarang Kumpulan The Star. Beliau telah dinamakan sebagai Jurnalis terbaik bagi penulisan berita dan features. Beliau dinamakan oleh Asia Inc.antara 50 Movers and Shakers 2004 dan Majalah Men`s Review menempatkan beliau antara 12 jurnalis terkenal di Malaysia..
Datuk Seri Wong Chun Wai yang diberi penghormatan menyampaikan syarahan Alumni memilih tajuk: ``New Malaysia: The Changing Political and Media Landscape``
Menurut Datuk Seri Wong, melalui media baru semua orang boleh jadi pemberita, bahkan editor melalui penggunaan blog. Berlaku aliran media secara bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan BN terpukul teruk dengan terlepas kawalan terhadap lima buah negeri.
Beliau juga menyentuh konsep satu Malaysia, rampasan kuasa di Perak, perlembagaan Negara, civil society, press freedom. Di dalam mengutarakan kebebasan dan pembaharuan selaras dengan kehendak masyarakat, beliau sedar beliau terikat dengan pemilik dan boss The Star dari MCA, di dalam hal inilah keadaan menuntut kebijaksanaan antara bergerak dengan perubahan dan kekuasaan.
Pencapaian kedua alumni Y.B. Dato` Sri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan Malaysia dan Y Bhg. Datuk Seri Wong Chun Wai Ketua Pengarang, Kumpulan The Star, bukan atas kelulusan mereka semata-mata yang dibanggakan oleh UKM, kerana ramai yang lulus seperti mereka, tetapi tidak menonjol, tetapi kejayaan bergantung pada kegigihan masing-masing di dalam berpolitik dan kepakaran di dalam pengendalian media hingga membawa kejayaan kepada mereka.
Sekian.
August 25, 2009
Hak rakyat Kelantan, media perdana menafikannya
Rakyat Kelantan berhak menerima royalti bila petroleum ditemui dan mengeluarkan hasil dari perairan Kelantan sejak 2003 lagi.Demikian dijelaskan oleh Datuk Paduka Husam Musa dalam satu majlis hi-tea pemimpin bersama rakyat di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Dalam ekspedisi yang turut disertai oleh juruukur professional mendapati bahawa wujud 12 telaga minyak beroperasi termasuk Bergading yang berada dalam perairan Kelantan. Sehubungan dengan itu Kelantan akan menuntut hak royalti yang dianggarkan berjumlah 1 billion ringgit setahun.
Dalam majlis yang sama turut dilancarkan NGO baru Prime-Care dengan tujuan mendapat dana membantu pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian. Tokoh yang dijemput untuk berceramah pada petang itu ialah Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden Pas, Datuk Paduka Husam Musa Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Puan Hasrina Ketua Muslimat negeri Selangor. Mereka bercakap tentang isu-isu semasa. ADUN Bangi berucap mengalu-ngalukan kehadiran tokoh-tokoh jemputan dan berterima kasih kepada hadirin dan semua pihak yang menjayakan program Hi-tea berkenaan.
August 24, 2009
PAS, DAP, PP DAN MPKj GOTONG ROYONG
Seri Tanjung: Ahad 25 Sya`ban=16 Ogos.
Gotong royong perdana diadakan oleh Persatuan Penduduk dengan kerjasama pihak MPKj. Tamu yang hadir antaranya YB Cik Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi, Tuan Haji Arshad dari MPKj dan Encik Mohd Yusof Bachek Ahli MPKj. Antara acara ialah pembersihan dan penanaman pokok. En. Omar Amri Bin Adnan YDP penduduk mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat.
August 21, 2009
QIAMULAIL REMAJA
BERSAMA AMAL SERDANG
TARIKH: 29 Ogos 2009 (SABTU)
TEMPAT: SURAU JUBLI PERAK, SEKSYEN 4 BBB.
SEMUA REMAJA SEKITAR/BERDEKATAN DIJEMPUT BERSAMA
TENTATIF: 10.00 MLM- (BERKUMPUL DAN PENDAFTARN)
11.00 MLM- TIDUR
4.00 PAGI- QIAMULAI BERJEMAAH
5.00 PAGI- SAHUR
6.00 PAGI- SOLAT SUBOH DAN TAZKIRAH
7.30 PAGI- BERSURAI
ANJURAN: JABATAN AMAL SERDANG
SEBARANG PERTANYAAN: AZMAN (0133631820)
Bengkel Dan Pelancaran Tadarrus al-Qur`an
Meru, Ahad: 25 Sya`ban = 16 Ogos:
Sebagai persiapan menyambut Ramadhan al-Mubarak pihak Bakawanis
Dengan kerjasama bahagian Dakwah JAIS telah menganjurkan `Bengkel dan Tadarrus al-Qur`an bertempat di Masjid Al-Sharif di Pekan Meru, Kelang. Menurut Ustazah Tahirah yang merupakan Pengarah bagi bengkel dan Tadarrus majlis diwakili peserta yang kesemuanya muslimat datang dari berbagai kawasan dari negeri Selangor. Peserta berjumlah lebih seratus orang. ADUN Bangi selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu diberi penghormatan merasmikan Bengkel dan Pelancaran Tadarrus al-Qur`an. Melalui bengkel dan kaedah bersistematik ini dapat meningkat kualiti pembacaan al-Qur`an dan meningkatkan minat bertadarrus al-Qur`an.
MEDAN USAHAWAN BANGI
Sempena menyambut kehadiran Ramadhan 1430 H ini Portfolio Bangi Bandar Ilmu, Mini Kabinet ADUN Bangi dengan kerjasama MPP Zon 22 dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah merangka berbagai program keilmuan sebagai pengisian.
Pada 16 Ogos 2009 bertempat di Dataran Usahawan Bangi telah diadakan majlis pelancaran program tersebut. Ustad Zulkifli Ahmad seorang penceramah bebas telah diberi penghormatan untuk memulakan program tersebut dengan memberi tazkirah mengenai persediaan awal ramadahan.
Sebelum itu dalam ucapan perasmian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berterusan mengadakan program keilmuan di Bangi bandar ilmu.
"Agenda merakyatkan ilmu akan berterusan sebagai pengisian Bangi sebagai bandar ilmu. Sebelum ini kita telah mengadakan beberapa siri kuliah ilmu terbuka di pasar dan dengan penstrukturan semula kawasan ini yang kini dikenali sebagai Medan Usahawan Bangi, kita telah mempunyai tempat yang lebih selesa untuk program-program rakyat. Harapan saya semoga lebih banyak program diatur untuk menghidupkan semula medan ini."
Medan Usahawan Bangi yang dulu dikenali sebagai kawasan medan selera terbiar hampir sepuloh tahun kini berubah menempatkan usahawan-usahawan dari berbagai bidang. Masalah longokkan sampah bersebelahan kawasan ini telah dapat diatasi dan dengan setiap unit dicat dengan warna baru diharap dapat mengembalikan kegemilangannya sebelum ini.
August 20, 2009
Kem Remaja Soleh 2009
Sebagai persiapan bagi menjalani ibadat puasa Ramadhan dan menghadapi pepereksaan SPM bakal menjelang, pejabat ADUN di bawah Kabinet Mini, kelolaan bahagian Pendidikan, Latihan dan Doktrinasi dengan kerjasama PAKSI sekali lagi menganjurkan Kem Remaja Saleh 2009 bertempat di atas. Kem Remaja dirasmikan oleh ADUN Bangi – Dr. Shafie Abu Bakar. Seramai 60 belia dibawa berkampung di D`Congkak Forest selama seharian. Mereka dibimbing oleh Cikgu Arbaisyah, Cikgu Sakinah dan Cikgu Nada. Mereka dibekal dengan persediaan ibadat puasa, sembahyang, adab-adab pergaulan, persiapan menghadapi peperiksaan, beriadah dan berkreasi. Mereka dimotivasi dan ditanam dengan azam, kecekalan mental dan jiwa bagi menghadapi peperiksaan. ADUN Bangi mengharapkan remaja yang dibimbing secara bersiri itu kelak bukan saja berjaya di dalam pelajaran, tetapi menjadi bakal pewaris generasi yang saleh di bumi Baldah Tayyibah.
August 19, 2009
Perwakilan Serdang Ke Penamaan Calon
Permatang Pasir, 26 Sya`ban = 17 Ogos: Perwakilan dari Serdang turut sama mengiringi calon PR dari PAS Haji Mohd Salleh bin Man ke Pusat penamaan calon di Kompleks Belia di sini. Perwakilan diketuai YDP PAS Serdang yang juga ADUN Bangi disertai sama Sdr. Azmi Ahmad, Sdr. Syukur Atan dan Sdr. Azizi. Turut sama datang dengan kenderaan lain ialah Ungku Faizal bersama sahabatnya dari Bukit Mahkota. Perwakilan yang bertolak seawall 1.30 pagi tiba menjelang subuh di Permatang Pauh. Selepas bersembahyang Subuh di Masjid di situ, terus bertolak ke tempat penamaan calon. ADUN berkesempatan menyambut dan bersalam dengan calon di samping bertemu dengan beberapa pemimpin seperti YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor YB Dato` Seri Nizar dan pimpinan-pimpinan yang lain.
Perarakan mengiringi calon oleh penyokong-penyokong Pas berjumlah 5,000 orang, bermula dari jam 9.00 pagi disulami dengan takbir, manakala pengiring bagi calon UMNO Rohaizat bin Othman dikatakan tidak sampai satu ribu orang. Pengumuman penerimaan calon PAS dan UMNO dibuat jam 11.30 yang berikutnya perhimpunan di luar pintu masuk pun bersurai. Rombongan bertolak ke rumah gerakan kempen Pas bertempat di Lorong Petani, Indera Muda, Permatang Pasir. Terdapat empat buah rumah disewakan untuk pasukan dari Selangor, termasuk bagi muslimat. Pada sebelah petang YB Dato` Dr. Hassan Ali PJ & Exco negeri Selangor sempat datang menziarah dan memberi taklimat. Kami bertolak pulang pada sebelah petang. Tahniah kepada Sdr. Azizi, jurugambar dan pemandu yang berjaya mengemudikan kenderaan tanpa tidur.
MEMANASKAN BADAN SEBELUM PUASA
Penganjur terpaksa menolak beberapa permohonan dari pasukan lain kerana kesuntukan masa. Dalam kejohanan tersebut pasukan dari Cheras Perdana (CCP) telah muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 800 bersama pingat setelah mengalahkan pasukan dari UKM ATTOP dengan jaringan 2-0. Hadiah pemain terbaik perlawanan turut dimenangi dari pasukan yang sama. Pemain dari UKM dan Bukit Mahkota berkongsi kemenangan sebagai penjaring terbanyak bila masing-masing menjaring sebanyak 10 gol.
ADUN Bangi Dr. Shafie sempat meluangkan waktu untuk merasmikan kejohanan tersebut disamping berkenalan dengan para pemain sebelum bergegas ke Meru dan perlu pulang semula ke Bangi sebelum petang untuk program hi-tea. Hadiah disampaikan oleh Sdr. Anuar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Serdang.
August 18, 2009
ZAKAT ; ADUAN DARI RAKYAT
Pihak ADUN Bangi menerima panggilan talipon untuk mengesahkan berita bahawa bayaran zakat pada tahun ini dinaikkan kepada RM 7.00. Dr. Shafie terus menghubungi pihak JAIS untuk mengetahui kebenarannya. Benar seperti apa yang dilaporkan bahawa bayaran zakat akan dinaikkan. Dr. Shafie turut menyatakan kesalannya memandangkan keadaaan ekonomi yang masih belum pulih dari kegawatan. Keputusan itu agak membebankan rakyat pada ketika ini.
Sehubungan dengan demikian Dr. Shafie berjanji akan membawa pekara ini kepada mesyuarat bersama JAIS dalm tempoh terdekat.
Menjelang Ramadhan
Kunjunganmu
Adalah bahtera
Kecintaan pulang
Ke teluk rindu
Noktah penantian.
Betapa bulan-bulan berlalu
Kala usia bersisa
menyelinap bimbang
Kiranya fana
Mendahului bertandang.
Kini di ufuk syahdu
Kudus wajahmu menyerlah
Ramadhan rapat ke pangkalan
rindu mendakapmu ke pangkuan.
Ramadhan
Hadirmu setahun rindu berguguran
Kembali perkukuh setia janji berterusan
Namun pertemuan ini
Mungkin pamitan terakhir
Dari seorang hamba di lembayung senja
Lantaran merahnya cahaya di kaki langit
Perlahan tenggelam bersama pamitan
Di waktu begini apa lagi lebih bererti
Dari memanjatkan doa harapan
Biarlah dengan kunjungan Ramadhan
Cinta mesra lebih mendamba
Amal ibadat lebih berganda
Dari jiwa tulus kudus
memapar jalan lurus.
Shafie Abu Bakar
Bangi.
27 Sya`ban 1430
18 Ogos 2009.
Bantuan Kerusi Meja Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Pekan Bangi: 22 Sya`ban = 13 Ogos: ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar telah menyerahkan sumbangan sebanyak 7 set kerusi dan 14 Meja berharga RM2,240/= kepada sekolah di atas melalui Pengerusi PIBG sekolah tersebut En. Suma Sundram untuk digunakan oleh murid-murid. Turut hadir di majlis penyerahan ialah Penolong Guru Besar Puan K. Dewi Pillai dan Encik Kumaran dan Wakil Ketua Kampung Bahagia En. Sanusi. Sekolah yang didirikan pada tahun 1963 ini menampung murid-murid dari Pekan Bangi, Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota. Sekolah ini mempunyai 153 murid dengan 18 orang guru. Sekolah ini sedang berusaha untuk mendapat pemilikan tetap bagi tanah tapak sekolah sekarang dan mengharapkan pihak kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.275 juta sebagaimana telah dijanjikan.