UKM: Jumaat, 16 Syaban = 7 Ogos.
Entah macam mana, inilah kali pertama atas nama alumni ADUN Bangi dijemput ke UKM bagi menghadiri Majlis Ucapan Meraikan Alumni UKM berjaya. Tokoh yang diraikan ialah Tan Sri Dato` Alimuddin Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengingatkan Tan Sri adalah kawan baik ADUN dan biliknya berdepan dengan bilik saya di asrama semasa UKM di Lembah Pantai dan pernah bersama menunjuk perasaan ! ADUN membuat keputusan hadir ke Bilik Majlis UKM untuk berjumpa dengan kawan lama dan mengembalikan manisnya nostalgia silam !. Sangkaan ADUN majlis adalah dikelolakan oleh Alumni, tetapi tidak, ianya dikendalikan oleh Pejabat Perhubungan Alumni. Sepatutnya majlis sedemikian dikendalikan oleh Persatuan Alumni dengan tokoh-tokoh universiti sebagai tetamu jemputan istimewa. Walaupun pemimpin persatuan dijemput tidak satu acara diberi ruang. Adakah ini bermakna Persatuan Alumni lemah dan tidak diberi penghormatan !
Majlis pagi itu dimulai dengan Ucapan Perasmi oleh Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato` Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang berbangga dengan pencapaian lulusan UKM seperti Tan Sri Alimuddin dan sepatutnya menjadi contoh tauladan bagi alumni dan pelajar-pelajar UKM, sebelumnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Prof. Dato` Dr. Mohamad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM. Pendeknya majlis sepenuhnya oleh universiti bukannya Alumni !
Tokoh yang diraikan Tan Sri Alumuddin di dalam ucaputamanya menyusuri sejarah UKM, pengalaman semasa belajar dan kegiatan-kegiatan berpersatuan. Menurut Tan Sri semasa belajar sebagai anak muda yang bersemangat, sememangnya pada kebiasaannya bersikap anti astablishment, tetapi bila berkhidmat dengan pemerintah tentulah berlainan, katanya. Beliau juga menceritakan pengalamannya semasa menjadi guru dan pengetua. Antara sekolah yang beliau pernah mengajar ialah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau juga menyingkap pengalamannya sebagai pentadbir di Kementerian Pelajar sehingga meningkat kepada `Director General` jawatan yang di sandang kini. Pada bahagian akhir ucapannya beliau menerangkan permasalahan dari segi perlaksnaan PPSMI yang rata-rata prestasi pencapaian adalah menurun pada semua peringkat lebihkurang 30%. Langkah yang diambil kerajaan adalah tepat bagi memulihkan pencapaian pelajar di dalam kedua-dua mata pelajaran dan meningkatkan prestasi pembelajaran, sekaligus memperkasakan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

No comments:
Post a Comment