KUIS: Jumaat 9 Sya`ban = 31 Julai malam: ADUN Bangi dijemput merasmikan karnival masjid yang bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS anjuran ahli Kelab Masjid dan Masjid al-Azhar sendiri. Tujuan diadakan karnival ialah bagi menarik warga kampus mengimarahkan masjid yang berada di tengah-tengah bangunan dan kawasan kampus, khususnya menjelang dan tibanya Bulan Ramadhan. Berbagai-bagai kegiatan diadakan sepanjang karnival yang berlangsung selama seminggu (31 Julai- 7 Ogos). Antara kegiatan ialah kuliah agama, ceramah perdana, munajat, zikir, bacaan ma`thurat, bicara siswa, diskusi ilmiah HAWA, bicara ad-din, sukan dalaman, perlawanan bola sepak, pertandingan nasyid dan kesenian Islam.
Dalam majlis perasmian yang dihadiri lebih kurang 50 pelajar itu ADUN mencadangkan masjid seharusnya bersifat terbuka. Contoh sebahagian pengajaran yang bersesuaian hendaklah dilakukan di masjid, tokoh-tokoh ilmuan dan pensyarah dari luar hendaklah dijemput untuk menyampaikan ilmu, ruang bagi orang ramai dari luar kampus hendaklah dibuka bagi mereka ingin turut hadir. Jika perlu pelajar-pelajar hendaklah wajib hadir berjamaah setiap waktu solat fardu.

No comments:
Post a Comment