August 12, 2009

Agihan Zakat 2009

Bangi, 20 Sya`ban = 11 Ogos (Selasa)

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, tahun 2009 Lembaga Zakat Selangor mengagihkan zakat kepada fakir/miskin sebagai persediaan puasa dan raya. Pada tahun ini Lembaga Zakat Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2,459,710 untuk diagihkan kepada fakir/miskin yang berjumlah 3,262 orang. Pengagihan dilakukan sejak 6 Ogos dan berterusan hingga 25 Ogos meliputi semua kawasan di negeri Selangor.
Untuk kawasan DUN Bangi pengagihan dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar pada 11 Ogos bertempat di Masjid Jami` al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Seramai 285 fakir/miskin menerima agihan Zakat dengan peruntukan sebanyak RM222,680.00. Tiap seorang menerima antara RM550.00 hingga RM1,000.00. Diharap penerima-penerima menggunakan peruntukan yang diberi sebaik mungkin bagi kesempurnaan ibadat puasa dan sambutan hari raya.

No comments:

Post a Comment