Asal bermula
Akta dicipta penjajah
Mengekang penderhaka
Komunis maharajalela.
Kini kita merdeka
Akta lapuk itu masih diguna
Bukan lagi kepada komunis
Tetapi kepada siapa saja
Kononnya dianggap bahaya
Berapa dari mereka yang teraniaya
Diseret dan dihumban dalam tahanan
Tanpa pembicaraan
Bertahun mereka dikurung
Bertahun anak isteri murung
putus kasih sayang
Tanpa pembelaan.
Setengah abad akta zalim
Sudah cukup mencengkam
Hari ini rakyat bangkit
Keluar dijalanan
Mempamer kebencian
Meluah kemarahan
Hapuskan ISA
Lepaskan tahanan.
Mansuhkan bangunan.
Hari ini ironi
Kuala Lumpur di ISAkan
Semua jalan masuk disekat
Kuala Lumpur menjadi sesak
Ruang udara diintip helikopter
Polis merata liar bergerak
Namun kami mampu menyelinap
Bersesak-sesak dalam komuter
Antara Masjid Negara – Bank Negara
Medan Tuanku - Masjid India
Kami bergerak meluah rasa
Membela Negara
Membela manusia
Membela hak bersuara.
Tiba-tiba di simpang-simpang
Muncul lori dan soldadu merah
Menyekat mara perjalanan
Menyekat undur ke belakang
Usaha mendapat ruang kedataran
Mendengar amanat pimpinan
Terbentur dikekang soldadu
Tiba-tiba gema takbir jalanan
Disulami garang muzik tembakan
Memutih pecah kepulan menyesakkan
Nafas dan mata kepedihan
Berlaku larian bersesakan spontan
Dan mereka dengan ganas
Memancut dari `Water Canon`
Ke arah mereka yang bertempiaran
Dan aku kuyup pedih mata dan badan
Disekat dari depan
Dihadang dari belakang
Di kiri bukit curam
Di kanan benteng dalam
Di tengah asakan tiada pilihan
Nekad kuterjun dari puncak benteng
Lebih dua belas kaki dalam
Jika kakiku patah adalah munasabah
Syukur Tuhan beriku keselamatan
Berlindung di bangunan Selangor Club
Sambil menghubungi kawan-kawan
Hilang sesama mencari perlindungan
Dalam menunggu redanya sekatan
Lori-lori hitam mengangkut tangkapan
Mendekati enam ratus bilangan
Mereka ditangkap dari berbagai lokasi
Sogo, Jalan dan Medan Tuanku.
Masjid India, Raja Laut, Padang Merbuk
Masjid Negara, Bank Negara
Di bawah jejambat dan jalanraya
Hingga petang longgar kepungan
Kami menyelinap melalui bangunan
Melepas diri dari kepungan
Pulang dengan pakaian berchemical
Hangit peluru berbaur peluh
Tidak menyenang penumpang
Bergayut berdiri sesak keletihan..
Mengapa turun ke Jalanan ?
Kami desak ISA dimansuhkan
Akta rimba draconian
Lama sudah tuntutan dibuat
Tiada tindakan dilaksanakan
Demonstrasi dianggap haram
ISA lebih haram segi kemanusiaan
Perarakan menyusahkan rakyat
ISA lebih menyusahkan jagat
Mansuhkan ISA akta zalim
Kerananya kami turun
Terlalu kecil pengorbanan
Demi demokrasi
Demi hak asasi
Demi generasi.
Shafie Abu Bakar
1 Ogos 2009
sapa Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ni? betul ke dia no ahli PAS????
ReplyDeletemcm mana ahli PAS mcm ni? jadi anjing penjilat taik2 BN?
ReplyDelete