August 5, 2009

GIGIH KENARI




Kenari selain terkenal dengan kemerduan suaranya juga lincah bergerak. Barangkali disitu asal nama Taman Kenari di Sungai Ramal. Persatuan penduduk disini begitu aktif menjalankan program-program kemasyarakatan bertujuan mengeratkan silaturahim dikalangan penghuni. Baru-baru ini mereka telah mengadakan program Jumble Sale Amal bertujuan mengutip dana bagi menjalankan aktiviti. Turut memeriahkan program ialah acara sukaneka dari tadika berdekatan.
Apa yang menarik ialah program ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari semua pihak seperti polis , MPKj, Rela dan rukun tetangga. ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar diberi penghormatan untuk merasmikan program tersebut. Beliau turut menggunakan kesempatan itu untuk meninjau kawasan dan melihat permasalahan penduduk dan sempat merasmikan pusat operasi Persatuan Penduduk Taman Seri Kenari.
Tersentuh hati bila berjumpa dengan dua orang kanak-kanak berkerusi roda. Keceriaan terpancar diraut wajah mereka menyembunyikan derita ditanggung. Kenari terus bersuara merdu menghiburkan sesiapa yang mendengarnya.

No comments:

Post a Comment