Kempen penyusuan ibu peringkat Hulu Langat berlangsung selama seminggu bermula dari 1 hingga 8 Ogos. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi di Dewan MPKj, Kajang. Kempen sempena Hari Susu Ibu Sedunia memberi kesedaran pada para ibu akan kepentingan susu ibu berbanding susu lain dalam apa jua keadaan.
Susu ibu adalah yang terbaik anugerah Allah kepada hambaNya. Amalan menyusu adalah merangkumi menjaga, mendidik dan menyempurnakan pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka. Susu ibu adalah lebih selamat dan tidak tercemar.
Dr. Shafie semasa merasmikan kempen tersebut berkata,’’ Jika masyarakat faham akan hikmah penyusuan ibu sudah pasti ianya menjadi pilihan utama. Bagi menghasilkan susu yang baik para ibu perlu mendapat pemakanan yang berzat, berkhasiat dan yang penting sekali ialah halal sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nahl : 114, Makanan yang baik dan halal memberi kesan yang besar kepada perkembangan anak-anak.’’
Tambah beliau lagi dengan memberi bayi susu kita dapat mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kanser yang begitu digeruni terutama oleh kaum wanita. Semoga kempen yang dijalankan dapat mendidik bukan sahaja dari segi fizikal bahkan mental para ibu sekalian agar dapat melahirkan umat yang terbaik yang menjadi sandaran kepada agama dan negara.

No comments:
Post a Comment