August 10, 2009

PERPECAHAN DALAM BN MEDIA PERDANA ALIH PERHATIAN



Jika ada pihak yang ingin mendapatkan laba dari kontrovesi yang sengaja diperbesarkan oleh media perdana maka mereka perlu melihat gerak kerja dasar diperingkat bawah bagi menilainya. Kerja-kerja memberi khidmat kepada rakyat melibatkan kerjasama semua kompenen Pakatan Rakyat berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Terbaru satu program dialog bersama antara YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi(PAS) bersama YB Teo Nie Ching ahli parlimen Serdang (DAP) bersama Persatuan Penduduk Taman Seri Langat, Jalan Reko, Kajang. Masalah utama yang dihadapi mereka ialah banjir akibat dari limpahan air dari Sungai Langat yang berdekatan. Masalah ini telah dihadapi sejak tahun 80'an akibat dari kegiatan mencuri pasir yang tidak berlesen dan pembangunan kawasan berhampiran sungai yang tidak dikawal.

Menurut Dr. Shafie masalah ini insya Allah dapat diselesaikan dalam sedikit masa. Kerja-kerja menaik taraf Sungai Reko dan Sungai Bangi telah siap dengan kos hampir 4 juta ringgit.

"Bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai hal tersebut boleh dilihat melalui blog adun bangi drshafie.blogspot.com atau berhubung terus dengan pejabat adun.'' tambah beliau.

Ahli Parlimen Serdang mencadangkan agar persatuan penduduk sentiasa berhubung dengan pejabat wakil rakyat agar semua maklumat yang tepat dapat disalurkan. Sebagai ahli parlimen Pakatan Rakyat beliau diperuntukkan sebanyak RM 100,000.00 untuk 3 DUN iaitu Bangi, Seri Kembangan dan Balakong.

Apa yang nyata kontrovesi Pakatan Rakyat hanya picisan berita yang diperbesarkan media perdana barangkali cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu perpecahan BN ekoran keluarnya Datuk Chua Jie Meng dari MCA dan Datuk Subramaniam dari MIC.

No comments:

Post a Comment