Pasar Malam Langat Jaya: 14 Rajab = 7 Julai:
Menerima aduan bahawa tapak pasar malam di Langat Jaya dinaikkan bayaran, ADUN Bangi turun membuat kepastian dan bertanya kepada peniaga-peniaga pasar malam berhubung dengan kenaikan itu. Hari ini (Selasa) merupakan hari pertama jawatankuasa pentadbir baru mengambil alih urusan pentadbiran Pasar Malam tersebut. Menurut aduan yang diterima bayaran bagi satu tapak sebanyak RM 6.00. Ini berbeza dan lebih mahal dari cukai sebelumnya iaitu sebanyak RM5.00. Rata-rata tidak mengetahui dengan apa yang dinamakan kenaikan itu. Setelah rujukan dibuat kepada pihak pengurusan, tambahan RM1.00 untuk kawal lalu lintas dan
keselamatan dengan mengambil khidmat dari pihak RELA. Jika peniaga-peniaga merasakan tidak perlu, maka kawalan tidak diadakan dan bayaran tetap RM5.00.
Semoga tiada pihak mengambil kesempatan cuba menangguk di air keruh. Kerjasama juga adalah diharapkan kepada pihak peniaga agar bersama menjaga kebersihan dan ketenteraman tapak pasar malam. Pihak ADUN akan terus berusaha mengimbangi kepentingan peniaga dan penduduk disekitar tapak pasar malam tersebut.
No comments:
Post a Comment