July 8, 2009

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KAJANG UTAMA


Pemuda PAS Cawangan Kajang Utama dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Kajang Utama telah mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Piala ADUN Bangi pada 5 Julai 2009 di gelanggang sepak takraw Kajang Utama. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak seribu ringgit itu berjaya menarik penyertaan 32 pasukan bertanding. Lebih dari sepuluh penyertaan terpaksa ditolak kerana penganjur mensasarkan hanya 32 pasukan sahaja yang bertanding dalam kejohanan sehari itu.
ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang merasmikan kejohanan itu berharap kejohanan itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan tempat lain pula menjadi tuan rumah. Selain yuran penyertaan yang murah iaitu empat puluh ringgit untuk sepasukan pihak penganjur juga mensyaratkan semua pemain wajib menutup aurat ketika bermain.
Pasukan dari Sungai Sekamat berjaya menjuarai pertandingan ini manakala pihak tuan rumah hanya berjaya mengondol gelaran naib johan.

No comments:

Post a Comment