July 4, 2009

RUMAH KLUSTER DI BUKIT MAHKOTA MUSNAH DIJILAT API




Sebuah rumah kluster kepunyaan En. Yusof Ishak musnah dijilat api. Rumah di Bandar Bukit Mahkota itu mula didiami oleh beliau dan isteri bersama lima orang lagi anak-anak mereka sejak empat haun lalu. Menurut beliau kebakaran dipercayai akibat dari lintas pintas bermula dari tingkat atas rumah tersebut. Kebakaran mula disedari oleh jiran beliau yang secara kebetulan tidak bekerja pada jam 11 pagi bila ternampak asap tebal keluar dari tingkat atas rumah tersebut. Pasukan bomba dari Bangi telah dihubungi dan kebakaran dapat dikawal sepenuh jam 2 petang. Pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Selangor yang menyewa berhadapan rumah tersebut turut membantu memadamkan kebakaran.

Kerugian ditafsirkan berjumlah 300 ribu ringgit. En. Yusof walaupun bersedih atas musibah yang menimpa tetap bersyukur kerana ketika kejadian semua anak-anaknya berada disekolah. Buat sementara waktu beliau kini menetap dihadapan rumah yang masih kosong ihsan dari pemaju.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar bersama ahli majlis zon 24 Haji Mazwan telah hadir menziarahi mangsa kebakaran sebaik menerima lapuran dari Sdr. Nizar dan Sdr. Engku dari PAS Bukit Mahkota. Beliau menyampaikan ucapan takziah dan menghulur sedikit bantuan kecemasan.

2 comments:

  1. Takziah diucapkan kepada En Yusof, Bersabarlah.. semoga Allah mengampuni dsa Encik sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Rasanya ada kesilapan laporan tidak sama dengan tajuk. Tajuk melaporkan Bukit Mahkota, tetapi dalam laporan mengatakan Seri Putra. Ini dua kawasan berbeza.

    ReplyDelete