July 6, 2009

KEMPEN GERAKAN MEMBACA DAERAH HULU LANGAT.


Perpustakaan Bandar Baru Bangi 11 Rejab bersamaan 4 Julai 2009

Kempen di atas dirasmikan acara penutupnya oleh YB Dr. Shafie bin Abu Bakar selaku Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Hulu Langat. Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang Cerita Rakyat, Tulisan Jawi, Mari Membaca Rumi dan Kuiz Sejarah Tempatan. Turut hadir ibu bapa dan guru-guru yang mengiringi anak-anak termasuk yang menyampaikan persembahan.

Dalam ucapannya, beliau bergembira dengan wujudnya program Kempen Membaca. Ini menyemarakkan lagi Bangi sebagai Bandar Ilmu. Beliau mengharapkan pada tahun hadapan akan dapat mempelbagaikan lagi program seperti ‘Peraduan Kemahiran IT’, Kembara Ilmu, penulisan esei dan puisi, pidato, debat, terjemahan dan rumusan dari buku dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment