July 11, 2009

BILA TOK IMAM,BILAL DAN TOK SIAK MAIN BOWLING

Seri Kembangan: 14 Rejab = 7 Julai:
Dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara pentadbir-pentadbir masjid dan menarik kalangan muda ke masjid satu pertandingan bowling antara pentadbir-pentadbir masjid dan anak-anak muda di Hulu Langat telah diadakan di South City Plaza, Seri Kembangan pada malam 7 Julai tersebut. Sebanyak 24 pasukan mewakili masjid-masjid Hulu Langat mengambil bahagain. ADUN Bangi yang turut sama mengambil bahagian mengucapkan syabas kepada jawatankuasa yang berjaya menganjurkan pertandingan dan melibatkan diri dengan kegiatan sukan dan kemasyarakatan. Johan pertandingan dimenangi oleh Masjid Kajang, Naib Johan masjid dari Penjara Kajang dan tempat ketiga Masjid Mat Saman, Sungai Ramal Luar. ADUN Bangi menyampaikan hadiah-hadiah.

No comments:

Post a Comment