July 22, 2009

SUKAN PASTI : JIKA DIGABUNG PASTI LEBIH MERIAH





Bulan Julai adalah bulan sukan. Pelbagai pihak cuba mengadakan aktiviti sukan bagi memberi ruang Ramadhan yang bakal tiba. 3 PASTI di Bangi mengadakan acara sukan tahunan. Pasti As-Syakirin Kajang Utama bergabung bersama Pasti Jasmin bersukan di Padang Awam Taman Jasmin. Pasti Ar-Raudah pula bersukan ditempat mereka sendiri di Seksyen 5. YB. Dr. Shafie perlu merasmikan dua program yang sama dalam julat masa yang sama tetapi berlainan tempat. Barangkali cadangan dari YB. Dr. Shafie agar pasti-pasti bergabung dan mengadakan acara sukan di tempat yang lebih besar seperti di stadium perlu difikirkan kepada pengurusan pasti agar program sukan yang dijalankan lebih tersusun dan lebih meriah. Pelbagai manfaat akan diperolehi melalui PAKATAN.

1 comment:

  1. Saya memang kesian sungguh dengan YB kita nih. Sejak YB mula-mula menang dulu, kemudian kalah, kemudian menang semula. Dok lari sana, lari sini. Bila saya tengok dia siram bunga kat depan pejabat dia tu pun saya kesian. Nampak macam dah tak larat dah.

    Tengok Ustaz Azizi tu pun kesian jugak.

    Itulah dia bila kita mendokong agama, bukan mendokong harta & kuasa.

    Semoga Allah berkati usaha YB dan semua pendokong agama Islam yang suci ini. Semoga Allah menangkan kita semua.

    Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete