July 7, 2009

PERASMIAN KARNIVAL KESENIAN ISLAM




Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi 12 Rejab bersamaan 5 Julai 2009

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, ADUN Seri Setia mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. YB Nik Nazmi melahirkan kekagumannya di atas kejayaan karnival dan sambutan orang ramai. Beliau percaya hasrat ADUN Bangi mahu menjadikan Bangi sebagai ‘Bandar Ilmu’ dapat dicapai.
Turut berucap, ADUN Bangi Dr. Shafie bin Abu Bakar dan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.Mereka menekankan perlu ada sebuah dewan sebaguna dan Galeri Buku di Bandar Baru Bangi.

Karnival buku yang diberi jolokan Karnival Kesenian dan Keilmuan Islam ’09 dan telah berlangsug sejak 1 Julai – 15 Juali 2009. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan carnival berkenaan

No comments:

Post a Comment