July 11, 2009

POKOK TUMBANG AHLI MAJLIS KECEWA

Satu kejadian dahan sekah menimpa sebuah kenderaan Proton di sebatang jalan utama Kajang Utama. Kejadian berlaku jam lewat petang semalam bagaimanapun tidak mengorbankan sebarang jiwa. Ahli Majlis MPKj Zon 22, Hj. Shafie Ngah yang bergegas ketempat kejadian selepas menerima aduan dari salah seorang jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk, En. Abu terus menghubungi pihak MPKj bagi tujuan mengalih dahan pokok yang menghalang lalulintas. Bagaimanapun tindakan yang diambil oleh pihak MPKj begitu lambat. Pihak Bomba dan Pertahanan Awam yang dihubungi kemudian sampai lebih awal melakukan kerja-kerja pembersihan.

Hj. Shafie Ngah yang kecewa dengan kejadian itu berharap pihak MPKj mempunyai alasan kukuh menerangkan kegagalan pihak MPKj memberi respon segera dan tidak berulang lagi

No comments:

Post a Comment