September 9, 2009

Isteri Menteri Besar Turun Padang ke Bangi

Surau al-Kauthar 15 Ramathan = 5 September (Sabtu):

Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Bt. Tunut dalam rangka menjelajah ke Seluruh Selangor melalui `Majlis Ramah Mesra` telah turun ke Bangi pada tarikh di atas bertempat di Surau al-Kauthar. Majlis ini dianjurkan oleh Bakawanis dengan kerjasama Muslimat PAS Serdang dan Surau al-Kauthar. Hadir bersama menyambut kehadiran Puan Seri ADUN Bangi dan Isteri Puan Hajjah Mu`minah bt. Yusoff, Pengerusi Surau Haji Abdul Aziz B. Latiff, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Serdang, Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP Pas Serdang dan Puan Hamzatul Azura bt. Hamzah selaku Pengarah Program. ADUN Bangi berucap mengalu-alukan kehadiran Puan Sri dan berterima kasih memanjangkan program ke DUN Bangi.


Dalam ucapannya Puan Seri menyatakan tujuan program diadakan ialah bagi:

  • Melaksanakan tanggungjawab Kerajaan Negeri terhadap golongan ibu tunggal di DUN Bangi.
  • Mendekatkan rakyat dengan pemerintahan Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Selangor
  • Melahirkan sifat Islam yang menekankan kebajikan dan kesejagatan.

Puan Seri di dalam majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu telah menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dari DUN Bangi berjumlah 50 orang.

Beliau juga memberi respon terhadap hasrat muslimat DUN Bangi yang ingin menyertai Program Laman Dapur dengan menawarkan peruntukan dan bantuan yang boleh didapati dari agensi-agensi terlibat.

No comments:

Post a Comment