Pengajian Tahfiz, iaitu satu institusi pengajian agama Islam yang menekankan kepada hafalan al-Qur`an dan pengajian-pengajian lain yang berhubung dengannya, makin menjadi pengajian popular di kalangan penganjur dan penuntut pengajian berkenaan. Penulis sendiri berkesempatan mendekati dan memahami pengajian berkenaan hasil dari lawatan dan jemputan ke institusi berkenaan. Pada akhir 2008 penulis berkesempatan melawat ke Ma`had Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) di Jugra, Kuala Langat dan Darul Qur`an, Kuala Kubu. Kedua-dua lawatan ini dibuat ialah bagi mencari contoh bagi hasrat mendirikan sebuah Ma`had Tahfiz di Bangi.
Selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu penulis juga dijemput ke majlis-majlis yang berhubung dengan tahfiz. Misalnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Institusi Tahfiz al-Qur`an Negeri Selangor (PITAS) pada akhir Februari 2009 di Masjid Negeri, Shah Alam, Perasmian Karnival Huffaz Selangor 2009 pada awal Ogos 2009 bertempat di Stadium Kuala Selangor dan terakhir merasmikan Ehya` Ramadhan & Pemantapan Hafazan Ma`had Tahfiz az-Zahrah di Hulu Langat. Ma`had Tahfiz az-Zahrah terletak di atas tanah di pinggir bukit seluas 5 ekar dengan lokasi yang cantik ini adalah waqaf dari seorang dermawan, iaitu Puan Norlayani Othman pada tahun 2000. Ma`had ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar puteri (kini 60 pelajar). Ini tercermin dari nama ma`had – Az-Zahrah (Bunga) melambangkan puteri.
Dari pemerhatian penulis ma`had tahfiz lebih dikembangkan oleh pihak swasta dan bersifat rakyat. Terbukti di Selangor terdapat ratusan ma`had tahfiz. Sebahagian dari ma`had-ma`had tersebut, iaitu berjumlah 77 buah dengan pelajar lebihkurang 5,000 orang bergabung di dalam sebuah persatuan yang diberi nama Persatuan Institusi Tahfiz al-Qur`an Negeri Selangor (PITAS). Persatuan ini ditubuhkan pada 13 November 2003 yang kini dipimpin oleh Ustaz Hj. Sahril Bin Haji Sabtu dan berpejabat di Ampang. Tujuan ma`had-ma`had bergabung di bawah satu persatuan tentulah bagi menjaga kepentin
gan dan memperbaiki ma`had-ma`had tahfiz agar pengajian tahfiz menjadi pengajian alternative terpenting yang mampu mendidik generasi dengan pendidikan al-Qur`an. Setakat ini ma`had-ma`had tahfiz ini walaupun dikehendaki mendaftar dengan kerajaan negeri, tetapi penulis difahamkan, mereka adalah berdikari dan tidak mendapat bantuan dari pihak kerajaan. Oleh kerana pengajian ini agak popular, pihak kerajaan sendiri turut mengadakan system pengajian yang sedemikian. Contoh kerajaan Persekutuan mengadakan pengajian sedemikian bermula di Masjid Negara, kemudian dipindahkan menjadi institusi tersendiri yang dikenali dengan `Darul Qur`an` di Kuala Kubu, manakala kerajaan negeri Selangor turut men
gadakan ma`had tahfiz yang dikenali dengan Ma`had Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MTTIB) dan dijangka sebuah lagi ma`had tahfiz didirikan di Kelang. Terdapat juga tuntutan agar ma`had-ma`had sedemikain didirikan di daerah-daerah yang lain.
Pengajian tahfiz adalah salah satu pendidikan alternative yang baik, tetapi banyak halangan bagi menjadikannya sebagai pendidikan yang terbaik. Berdasarkan penelitian berbagai-berbagai pendekatan pengajian dan kurikulum yang diamalkan.
Bagi memperbaiki dan mempertingkatkan Pengajian Tahfiz perlukan kepada penyelarasan, bukan setakat pendaftaran, tetapi penyediaan kurikulum dan kaedah pengajaran yang mantap. Tidak dapat dinafikan dengan hafazan al-Qur`an pelajar mencapai kejayaan bagi dirinya dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, tetapi jika kemampuan hafalan diintegrasikan dengan keilmuan-keilmuan agama dan ilmu-ilmu yang lain yang diolah berdasarkan al-Qur`an melayakkan seseorang pelajar keluar sebagai umpamnya doctor hafiz, engineer hafiz, usahawan hafiz dan sebagainya, maka pengajian tahfiz menjadi pengajian alternative yang menarik. Bagi menjayakan misi ini memerlukan guru-guru yang berkelayakan dan berkemampuan. Bagi menjadikan pengajian tahfiz sebagai pengajian yang unggul memerlukan peruntukan kewangan. Peruntukan diperlukan bagi menyediakan tempat pengajian dan infrastruktur berhubungan, kewangan diperlukan untuk pentadbiran dan gaji kakitangan. Kita memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi oleh tahfiz-tahfiz. Mereka menubuhkan persatuan untuk bersama mengatasi masalah dan memikirkan secara bersama pendekatan terbaik bagi memaju dan meningkatkan tahfiz sebagai pengajian alternative terbaik. Tetapi tidakkah sewajarnya pihak pemerintah seharusnya sama bertanggungjawab memajukan pengajian tahfiz berkenaan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Tuan Penulis,
ReplyDeletesetakat ini di Bangi, apakah nama Sekolah Tahfiz yang menyediakan pengajian Tahfiz dan juga pengajian Akademik seperti di sekolah biasa?
Terima Kasih.
salam,
ReplyDeletegambar yang terakhir tu gambar maahad tahfiz jugak ke? di mana lokasinya?