Batu 10, Cheras, 17 Ramadhan = 7 September (Isnin)
ADUN dikehendaki hadir ke Masjid Kuning (Nama popular bagi masjid ini, kerana didominasi warna kuning, khususnya kubah masjid) sebelum waktu Isyak. Nampaknya kami dapat memenuhi permintaan dan berada di masjid ini jam 8.15 dengan jamaah turut hadir lebih awal. Sebaik tiba ke dalam masjid, acara terus bermula dengan ucapan ringkas dari ADUN selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu.
ADUN menyatakan bahawa selepas penyampaian wathiqah kepada nazir-nazir masjid pada peringkat Hulu Langat pada 2 September = 12 Ramadhan, inilah penyampaian wathiqah terawal di Hulu Langat kepada AJK masjid yang dipilih. ADUN mengucapkan tahniah dan syabas. ADUN mengingatkan bahawa penyampaian wathiqah adalah simbolik bagi penyampaian amanah. Terimalah dengan syukur dan reda. Kemajuan masjid banyak bergantung kepada kesungguhan AJK dan bekerja secara berjamaah. Diharap masjid makmur dan maju terutama dari segi berjamaah, kegiatan ilmu dan kemasyarakatan. Berkhidmat di masjid adalah peluang untuk membuat kebajikan dan insya Allah akan diberi pahala oleh Allah kepada AJK yang berkhidmat di Rumah Allah.
Kerjasama ahli kariah adalah diharapkan bagi sama-sama memajukan masjid. ADUN bersama Nazir Masjid Tuan Haji Razali Hassan menyampaikan wathiqah kepada AJK masjid yang dilantik dan turut menyampaikan bantuan kepada anak-anakl yatim dan mereka yang miskin. ADUN sempat bersalat Isya` berjamaah. Sebaik selesai sembahyang Isyak dan sunat segera mohon bergerak ke Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn.

No comments:
Post a Comment