September 29, 2009

Rubrik `Pemikiran Bangi`

Mulai saat ini, kita tampilkan sebuah rubrik yang kita namakan `Pemikiran Bangi`. Ruangan ini membezakan dengan kandungan selama ini yang lebih bersifat `Laporan Kegiatan` dan sekali sekala disulami penulisan kreatif . `Pemikiran Bangi` lebih bersifat pendapat, pandangan, kritikan dan ulasan yang bersifat intelektual dan ilmiah berhubung dengan isu semasa dan topik yang difikirkan sesuai.


`Pemikiran Bangi` bukan sesuatu yang baru, tetapi ianya sebahagian dari gagasan `Bangi Bandar Ilmu (BBI)`. Bagi merealisasikan BBI berbagai aktiviti keilmuan diadakan seperti seminar, forum. diskusi, Wadi ilmu, merakyatkan ilmu, penerbitan, ceramah dan pengajaran. Penggunaan blog adalah menjadi salah satu media bagi BBI.


Pemikiran Bangi, mungkin pendapat individu atau kumpulan. Yang diharapkan melaluinya dapat mengemukakan pendapat yang segar dan bermutu sama ada secara perseorangan dan kolektif yang terpancar dari BBI. Usaha mengenengahkan `Pemikiran Bangi` akan terus dilakukan sehingga ianya identik dengan BBI. Ianya menjadi rujukan pemikiran dan pendapat bagi sesuatu isu’


2 comments:

  1. Saya setuju dengan gagasan pemikiran yang cuba diterapkan kepada masyarakat bangi ini, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana pemikiran ini hendak disampaikan kepada rakyat.
    24 Sep yang lalu saya singgah ke satu restoran untuk menjamu selera. Tiba-tiba taukehnya merungut kepada saya mengenai ketidakadilan masjid Al Hasanah yang dahulunya banyak memberi peluang kepada beliau, tetapi sejak kerajaan baru ini beliau langsung tidak dapat projek supply makanan. Kelunya juga ialah beliau penyokong kuat Dr Shafie.
    Saya kira antara yang harus diterapkan ialah;
    1. Habuan perjuangan Islam bukan di dunia.
    2. Keadilan perlu diperaktikkan dan perlu terlihat oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  2. PAS BERIS PAK ABU MELANCARKAN TABUNG DERMA MANGSA RIBUT DI KG. KAMI. HULURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI, AKAUN BANK ISLAM BERNOMBOR : 13-035-02-013532-5. http://malaysiaberih.blogspot.com/2009/09/ribut-melanda-beris-pak-abu20-buah.html ~umarfareez

    ReplyDelete