Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 15 Ramadhan = 5 September (Sabtu)
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah sudi hadir berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Masjid Negeri dan menyampaikan bantuan kepada faqir miskin dan anak yatim yang hadir dari berbagai-bagai kawasan negeri Selangor. Majlis dianjur oleh Persatuan Peniaga Melayu Selangor. Turut hadir mengiringi baginda ialah Tan Sri Rozali Ismail Pengerusi Persatuan, Datuk Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai MAIS dan JAIS. Baginda Sultan terus bersama rakyat menunaikan fardu Maghrib, Isyak dan Tarawaih
No comments:
Post a Comment