Runtuhkan Benteng Perkauman ! Sekadar Tebu Di Bibir, Jadam DiTelan !
Bangi, 10 Ramadhan - Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara kali ke 52, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat meruntuhkan benteng perkauman, bersatu mempertahankan kemerdekaan dan bersama memakmurkan negara. Ucapan sempena sambutan kemerdekaan sedemikian memang sesuai dengan sambutan kemerdekaan dan amat dialu-alukan.. Kita melihat seruan ini adalah pancaran dari slogan `Satu
Namun apa yang dilihat, di sebalik seruan yang dibuat oleh Perdana Menteri kekecohan dan perpecahan makin parah berlaku. Ironinya di dalam BN yang memerintah. Perpecahan ketara berlaku di dalam MCA berikutan pemecatan Datuk Seri Dr. Chua Ah Lek dari Timbalan Presiden akibat dari skendal seks yang dihadapi, bukan baru, tetapi dua tahun lepas, mengapa baru sekarang diambil tindakan. Penyokong-penyokongnya bangkit memprotes dan ada yang menuntut Datuk Seri Ong Tee Keat digantung dari jawatan Presiden kerana ada hubungan dengan isu PKFZ dan tuduhan menerima wang sejumlah RM10 juta. Kini kedua-dua pihak dalam proses memanggil Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) bagi mengesahkan tindakan dan kedudukan serta menguasai majoriti. Tindakan kedua belah pihak mengheret pengikut-pengikut ke pertembungan sengit akan lebih membawa perpecahan kepada MCA.
MIC sendiri tidak kurang dari masalah. Parti yang hilang kepercayaan orang-orang
Parti PPP juga menghadapi krisis kepimpinan antara M.Kayveas dan George, manakala UMNO sendiri kehilangan sokongan sejak pilihanraya ke 12 dan kini berhempas pulas bagi mengembalikan keyakinan rakyat, khususnya orang Melayu. Mereka sanggup mengambil tindakan tidak demokratik di Perak dan mengapiapikan isu perkauman, contoh isu kuil, arak dan babi, namun ternyata rakyat tetapi meneolak BN. Sebagai bukti UMNO-BN kalah semua tujuh kerusi pilihanraya kecil di Semenanjung selepas pilihanraya ke 12. Dalam kata lain, semakin slogan `Satu
No comments:
Post a Comment