Seri Kembangan,14 Ramadhan = 04 September (Jumaat):
Rombongan Lajnah Kebajikan Kabinet Mini DUN Bangi bertolak dari Pejabat PAS Bandar Baru Bangi ke Klinik di atas dan tiba jam 3.00 petang. YB Cik Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang turut berada di sana. Setelah berkenalan dengan pihak pentadbir klinik, ADUN dan Ahli Parlimen mengagihkan cenderahati sempena Ramadhan dan sambutan Idil Fitri kepada semua pesakit yang datang berurusan pada hari itu (termasuk Klinik gigi, tingkat satu). Mereka terdiri dari berbagai kaum. Pengagihan juga dilakukan terhadap pegawai, staf dan semua tenaga pekerja di klinik tersebut. Jumlah kesemua melebihi 150 orang. Terima kasih kepada pihak pentadbir Klinik Seri Kembangan yang mengizinkan ADUN bersama Ahli Parlimen membuat kunjungan kebajikan ke Klinik.
No comments:
Post a Comment