JAIS, Shah Alam, 16 Zulkaedah = 3 Disember (Khamis):
Mulai awal Januari 2010, maskahwin dinaikkan dari RM80/= kepada RM300/=. Demikian maklumat disampaikan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga dalam Mesyuarat Stanco pada hari ini di sini.
Sementara itu bayaran hantaran tidak disyaratkan, tetapi jika hantaran melebihi RM300/= boleh dikira sebagai bayaran maskahwin.
Selain dari bayaran di atas, bayaran kepada Jurunikah ialah RM 100/= dan bagi setiap saksi (dua saksi) ialah RM20/=..
Dalam bahagian Laporan Ringkas Undang-Undang Keluarga bahawa pihak JAIS telah mengeluarkan Kad Pintar berteknologi tinggi bagi pasangan berkahwin mulai 1 Disember 2009. Bayaran RM40/= dikenakan bagi dua keping kad.
Di bawah dinyatakan Statistik Nikah, Cerai dan Rujuk.
(Jan. – Julai 2009) :
Akademi Imam Negeri Selangor (AIMS) Perlu Pelajar
JAIS, 16 Zulkaedah = 4 Disember (Khamis):
AIM yang telah ditubuhkan bagi melatih imam-imam Negeri Selangor memerlukan 200 pelajar bagi tahun 2010. Pengajaran dilakukan di Masjid Negeri, manakala asrama bagi pelajar bertempat di Bukit Jelutung. Pengangkutan disediakan.
Syarat-syarat bagi menyertai program ini ialah:
Lelaki
Berumur 17 – 25 tahun (keutamaan anak Selangor).
Telah menghafal al-Qur`an sekurang-kurangnya 15 juzu`
Mempunyai keistimewaan bacaan, seni suara dan tarannum
Menerima dan mematuhi syarat ditetapkan oleh AIMS
Sangat berminat mengikuti program
Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Mempunyai perwatakan dan akhlak yang baik
Mampu mengikuti pelajaran-pelajaran yang diajar
Bagi yang berminat sila buat permohonan dan dapatkan boring dari mssaas.gov.my
Tarikh temuduga pada 18 Disember 2009.
Sekian.

| DAERAH | NIKAH | CERAI | RUJUK | ADUAN |
| KLANG | 1652 | 476 | 94 | 596 |
| KUALA LANGAT | 535 | 118 | 13 | |
| HULU LANGAT | 1444 | 749 | 96 | |
| KUALA SELANGOR | 690 | 114 | 18 | 37 |
| HULU SELANGOR | 264 | 52 | 10 | 87 |
| GOMBAK BARAT | 510 | 286 | 46 | 101 |
| GOMBAK TIMUR | 332 | 243 | 41 | |
| SABAK BERNAM | 679 | 97 | 19 | 37 |
| PETALING JAYA | 907 | 355 | 45 | |
| SEPANG | 329 | 94 | 22 | |
| SHAH ALAM | 1382 | 412 | 48 | |
| JUMLAH | 8724 | 2996 | 452 | 858 |
Akademi Imam Negeri Selangor (AIMS) Perlu Pelajar
JAIS, 16 Zulkaedah = 4 Disember (Khamis):
AIM yang telah ditubuhkan bagi melatih imam-imam Negeri Selangor memerlukan 200 pelajar bagi tahun 2010. Pengajaran dilakukan di Masjid Negeri, manakala asrama bagi pelajar bertempat di Bukit Jelutung. Pengangkutan disediakan.
Syarat-syarat bagi menyertai program ini ialah:
Lelaki
Berumur 17 – 25 tahun (keutamaan anak Selangor).
Telah menghafal al-Qur`an sekurang-kurangnya 15 juzu`
Mempunyai keistimewaan bacaan, seni suara dan tarannum
Menerima dan mematuhi syarat ditetapkan oleh AIMS
Sangat berminat mengikuti program
Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Mempunyai perwatakan dan akhlak yang baik
Mampu mengikuti pelajaran-pelajaran yang diajar
Bagi yang berminat sila buat permohonan dan dapatkan boring dari mssaas.gov.my
Tarikh temuduga pada 18 Disember 2009.
Sekian.

0 comments:
Post a Comment