December 6, 2009

Ramah Mesra Dengan Pelajar-Pelajar Selangor

Sungai Merab, 18 Zulkaedah = 5 Disember (Sabtu):

Malam ini ADUN menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Selangor yang diadakan di sebuah kem latihan di sini. Pertemuan bersempena Hari Raya Eidul Adha ini bertujuan untuk beramah mesra dan berkenalan. Turut hadir Puan Hajah Hasrina Bt. Wan Hassan , Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor. Pelajar Selangor yang hadir ialah dari pelbagai institusi pengajian tinggi dari seluruh negara. Mereka berkampung selama tiga hari, iaitu dari 4 hingga 6 Disember 2009. Jumlah yang hadir sebagaimana dimaklumkan penganjur kepada ADUN adalah lebih kurang 200 orang. ADUN Bangi mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana menjemput ADUN bersama kerana dapat berkenalan dan bermesra dengan pelajar-pelajar. Selain itu, ADUN Bangi juga dapat mengetahui hasrat, masalah dan harapan mereka. ADUN Bangi bersedia untuk bekerjasama demi untuk kepentingan pelajar dan mengharapkan pertemuan sedemikian akan diadakan lagi.

Meringankan Beban Yang Sakit
Bandar Bukit Mahkota, 18 Zulkaedah = 5 Disember (Sabtu):

~ADUN Bangi bertanya khabar dan perkembangan Adik Ainon Sufiya kepada Ibunya.~


Petang ini ADUN bersama Tuan Haji Rushdi, Ketua Lajnah Kebajikan dan rombongan melawat adik Ainon Sufiya bt. Kamaruzzaman (2 tahun), pesakit jantung berlubang yang akan menghadapi pembedahan dalam masa terdekat di IJN. Kami disambut keluarga Ainon dan sempat bertanya khabar dan masalah kesihatan Ainon setakat iini. Kami menghulurkan sejumlah wang RM1,000/= bagi membantu mengurangkan beban kewangan untuk menghadapi pembedahan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan kepada adik Ainon Sufiya.

~ADUN Bangi menyerahkan bantuan kewangan kepada Adik Ainon Sufiya~


Sebelum dari itu, pada 3 Disember (Khamis), ADUN dan rombongan juga telah melawat rumah En. Mustafa di Kajang Utama dengan menghulurkan derma sebanyak RM500/= bagi isterinya yang mengalami sakit di dalam perut sebagai bantuan kepada perbelanjaan rawatan baginya. Semoga Allah memberikan kesembuhan baginya.

No comments:

Post a Comment