Ibarat seluang melaut, pagi ini aku pulang ke lubuk. Jemputan dari Penganjur Syarahan Agung Sasterawan Negara dan Seniman Negara 2009 anjuran bersama antara KALAM (Persatuan Penulis Kuala Lumpur), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka bertempat di Dewan Seminar DBP, aku respon untuk menghadirinya. Kehadiranku di sana, sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu untuk bertemu dengan tokoh-tokoh dan teman-teman sasterawan dan seniman. Bidang seni dan sastera suatu masa dulu amat rapat dengan hati nuraniku, tetapi kini agak terpisah oleh keterlibatan dan kesibukkanku dalam bidang politik.
Sememangnya pada pagi ini aku dapat menemui sasterawan-sasterawan besar seperti Sasterawan Negara (SN) Dato' Dr. Anwar Ridhwan Sasterawan Negara yang baru dinobatkan pada tahun ini, juga seperti SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, SN Dato' A. Samad Said. Manakala Seniman Negara yang hadir ialah YBhg. Datuk Syed Ahmad Jamal, Pelukis terkenal, YBhg. Datuk Dr. Ahmad Khan Nawab Khan, Pemuzik terkenal dan YBhg. Datuk Rahman B Tokoh Bangsawan dan ramai lagi sasterawan, seniman dan peminat-peminat.
Syarahan Agung Sasterawan dan Seniman Negara adalah bertemakan "Reformasi Bahasa, Sastera dan Budaya Daripada Kaca Mata Sasterawan Negara dan Seniman Negara". Untuk itu beberapa kertas kerja disiapkan. Kertas kerja bahagian Kesusasteraan berjudul:
"Di Zaman Pasca Kolonial, Apakah Malaysia Masih Dijajah Bahasa dan Budayanya" oleh YBhg. Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, manakala kertas berjudul, "Memperkasa Kepustakaan Melayu, Langkah Reformasi Atau Gerak Revolusi disediakan oleh SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Syarahan Agung Bagi Seniman Negara pula disediakan oleh Seniman YBhg. Datuk Syed Ahmad Jamal dengan judul:
"Bahasa Budaya/Bahasa Seni". Kertas kedua dari Seniman Negara, ialah berjudul, "Industri Muzik Tanah Air: Perkembangan, Masalah, Hala Tuju Dan Penilaian" disediakan oleh Seniman Negara Datuk Dr. Ahmad Khan Nawab Khan.
Sebelum memaparkan pendapat-pendapat dari kertas kerja, umumnya memperlihatkan suasana sastera tanahair semakin malap dan semakin terpinggir dari arus perdana kemajuan Negara. DBP dilihat makin luntur dan tidak berdaya serta lemah dari kegiatan-kegiatan, manakala para aktivis bahasa, sastera dan budaya makin sepi. Badan-badan yang dulu begitu terkenal memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya lumpuh seperti GAPENA, PENA dan persatuan-persatuan penulis negeri semuanya tidak berdaya. Peluang kedua diberi selepas kemenangan menggunakan bahasa Melayu di dalam pelajaran Sains dan Metamatik tidak diambil kesempatan bagi memperkasakan bahasa Melayu di dalam semua matapelajaran dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, lantaran itu dalam Syarahan Agung pada hari ini lebih banyak didengar tentang keluhan dan kekecewaan.
Profesor Muhammad Haji Salleh , kesal bagaimana buku-buku terutama yang diterbit oleh DBP tidak sampai kepada masyarakat, sukar didapati. Dewan harus menampilkan imej yang dihormati, kesungguhan dan keterlibatan di dalam memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya, jika mahu dihormati. Kelembapan DBP menyebabkan lembabnya perkembangan bahasa, sastera dan budaya kini. Beliau mahu buku dibawa kepada masyarakat seperti melalui kiosk bagi mempermudahkan masyarakat mendapatkannya.
Dalam perbincangan SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan juga menyatakan kekesalan, disebabkan oleh tiadanya perancangan penerbitan buku-buku ilmiah. Setakat ini penerbitan buku berbagai-bagai jenis di Malaysia hanya berjumlah 8,000 buah setahun dari jumlah sepatutnya 26,000. Ini mencerminkan kelemahan masyarakat dari segi pembacaan. Perlu tambah dan permudahkan dari segi penerbitan dan pemasaran juga peratusan dalal bagi pengedar dan penjual. Tawaran dalal antara 30 – 35% oleh DBP tidak menarik. Mengapa tidak ditawarkan sehingga 40 – 50% sebagaimana ditawarkan oleh penerbit swasta. Beliau menyebut kegagalan kerjasama bahasa serantau MABBIM di dalam meningkatkan kerjasama bahasa, sastera dan budaya. Juga gagal dari segi membuka pasaran buku antara Negara. Kita bukan saja perlu reformasi bahasa, sastera dan budaya, tetapi memerlukan revolusi.

Datuk Syed Ahmad Jamal Seniman Negara, membuka pembentangannya secara bergurau dengan berkata,
"Pelukis biasanya orang yang tidak pandai bercakap, oleh kerana itu dia melukis bagi menyampaikan perutusan minda dan jiwanya."
Menurutnya, "Siapa yang berfikir dia berseni!"
"Keindahan itu mesti ada sedikit kekurangan bagi memberi sedikit ruang imaginasi tentang kesempunaan!" Tambahnya, "Bulan purnama 14 haribulan, kurang satu! Sepatutnya penuh adalah 15". "Demikian kesempurnaan bagi budaya Melayu."
Kata Syed Ahmad lagi, "Sebuah bekas tembikar sengaja disopek sedikit bagi menyempurnakannya!".
Keindahan dapat dihayati dari sebuah pondok petani beratap rumbia yang bocor, apabila matahari memancar dan cahayanya masuk menembusi ruang bocor dan menampakkan habuk-habuk berterbangan melalui cahaya matahari, adalah juga keindahan!"
Menurutnya, "Tulisan jawi amat penting kerana ia mengandungi seni rohani dan rupa jiwa bangsa."
"Hikayat Hang Tuah memperkenalkan budaya, nilai dan estetika bangsa." Tambahnya, "Hikayat klasik perlu diperkenalkan di dalam pengajian bagi memahami minda dan jiwa bangsa,"
Menurut Syed Ahmad Jamal, "Sesebuah karya sastera dapat ditransformasikan kepada seni lukis dan sebaliknya." Tambahnya di dalam mentransformasi ini di dalam pengalamannya menurutnya, "Menghasilkan senilukis puisi Sidang Roh amat mencabar tetapi menarik."
Banyak lukisan-lukisan Syed Ahmad ditransformasi dari puisi. Dalam percakapannya beliau selalu merujuk kepada sebuah karya kajiannya, iaitu Rupa Dan Jiwa. Demikian pembentangan Syed Ahmad yang agak melompat-lompat tetapi menarik. Ia bagai permata pengalaman jatuh ke persada karyawan!

Menakala kertas Seniman Negara Datuk Dr. Ahmad Khan Nawab Khan tentang industri muzik, Ahmad Nawab mengeluh dan bimbang kesucian seni muzik bangsa akan kehilangan kemurnian dan identiti dengan serangan tsunami teknologi dan budaya terkini. Beliau berharap generasi muda dalam berinovasi serta menerokai bidang muzik tidak melupai ciri dan nilai tradisi. Beliau bersyukur kerana lagu-lagu ciptaannya diterima sebagai jenama lagu Malaysia bertaraf dunia. Setakat ini lagu-lagu ciptaannya dilagukan di dalam 17 bahasa didunia. Selari dengan wujudnya anugerah Seniman Negara beliau mahu bakat-bakat generasi baru perlu dengan sedar mempertingkatkan seni muzik bangsa, mempertahankannya dari dirosak oleh seni muzik pop luar yang tidak tentu arah. Seniman perlu kreatif dan mempertinggikan seni muzik bangsa.
No comments:
Post a Comment