Shah Alam, 2 Muharram 1431 = 19 Disember 2009 (Sabtu):
Jemputan daripada Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim aku anggap istimewa, kerana ini memberi peluang bagiku, sekurang-kurangnya berada sama di dalam satu majlis Syarahan Perdana Tuan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi seorang Allamah Besar Islam semasa yang juga selaku, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bagi mempastikan aku dapat bersembahyang maghrib berjamaah dijangka bersama Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, maka dengan berpakaian baju Melayu sepasang bersamping dan berkupiaqh putih mulai jam 6.00 petang aku bertolak ke Shah Alam dan tiba sebelum jam 7.00 petang. Melalui gerai-gerai jualan di medan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri aku naik ke masjid. Tiba ke atas, aku bersalam dan bertanya seseorang kemungkinan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, sudah tiba. Orang itu menjawab, "Belum", lantas aku ke tengah dan kehadapan bahagian masjid. Al-Hamdulillah bagai dijanji-janji bila aku ke hadapan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bersama pengiring-pengiring sedang berjalan tiba. Aku tidak melepas peluang terus ke depan dan bersalam dengan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ! Dengan pertolongan seseorang dapat diambil gambar dengan telefon bimbit semasa aku bersalam dan beberapa gambar lain. Aku turut bersalam termasuk dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Dr. Hasan Ali dan yang lain-lain. Tidak berapa lama azan dialunkan dan kami bersembahyang sunat. Al-Hamdulillah kami bersembahyang berjamaah Maghrib bersama Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan aku berada pada saf pertama di hadapan. Keadaan pada masa itu agak tenang. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kelihatan sedikit uzur dan mengimami sembahyang Maghrib secara duduk di atas kerusi. Pada rakaat pertama beliau membaca ayat dari Surah al-Baqarah (ayat 284-286), manakala bagi rakaat kedua beliau membaca ayat dari Ali Imran (ayat 26-29).
Selepas sembahyang sunat Maghrib ba'diyyah, keadaan menjadi kecoh. Ramai yang ke hadapan untuk mengambil gambar beliau. Makmum dan yang datang memenuhi masjid yang dijangka berjumlah antara empat hingga lima ribu bergerak ke hadapan, kerana mau melihat Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dari dekat. Kami yang berada pada saf hadapan bersama termasuk YB Dato` Seri Anwar Ibrahim dan YAB Dato' Seri Menteri Besar tertolak ke belakang. Mereka yang ke depan diminta berundur dan memberi sedikit ruang untuk permulaan majlis yang mana Sheikh Yusuf mulai berada di atas kerusi di hadapan dan ditemani oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar.
YAB Dato' Sri Abdul Khalid di dalam ucapan alu-aluannya bagi pihak negeri bersyukur kerana dapat menerima tamu istimewa Allamah dan Pemikir semasa sempena dengan awal tahun Hijrah. Buku-buku beliau popular menurut Menteri Besar, dibaca dan dijadikan rujukan. Kitab Fiqh ad-Daulah karangan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menjadi kitab pengajian mingguan setiap malam Jumaat di pengajian di Kediaman Menteri Besar. YAB gembira melihat masjid dimakmurkan dengan kegiatan pengajian dan ceramah agama. Menurut Tan Seri Abdul Khalid, Kehadiran Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke Malaysia, khususnya menjadi Tamu Kerajaan Negeri, oleh kerana wujudnya hubungan baik antara YB Dato' Seri Anwar dengan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.
Dalam Syarahan Perdananya Sheikh al-Qaradhawi yang menyampaikannya di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, menyatakan:
Kita memohon kepada Allah dengan kehadiran Tahun Hijrah yang baru 1431, menjadikannya Tahun yang baik bagi umat di Malaysia, juga khususnya bagi umat Islam di Baitul Maqdis yang sedang berjuang untuk membebaskan diri dari cengkaman Zionis. Hubungan saya dengan Malaysia, kata Sheikh al-Qaradhawi sejak lama dari tahun 1980an dalam mana saya telah menziarah ke sini pada masa Gerakan Islam ABIM begitu aktif dan saya telah menziarah beberapa bahagian Negara ini. Saya juga diberi penghormatan dengan Ijazah Kehormat UIAM berikutnya.
Berhubung dengan Hijrah ia adalah anugerah dan pertolongan dari Allah "Nasrun minallah" setelah jihad Rasulullah di Makkah selama tiga belas tahun. Semasa di Makkah ada antara pengikut Islam terkorban. Belaiu menyebut antaranya Sumayyah sebagai syahidah terawal. Termasuk yang diseksa 'Muammar'. Umat Islam dalam masa menghadapi sekatan ada yang terputus makanan dan terpaksa memakan rumput dan daun ! Beliau menceritakan tentang peranan Saidina Ali karramallahu wajhah, Saidina Abu Bakar r.a. dan Asma' bt. Abu Bakar r. anha di dalam berhijrah.
Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan pentingnya melakukan sesuatu secara berjemaah sebagaimana ibadat-ibadat seperti sembahyang, haji dan umrah secara berjamaah. Demikian menurutnya Islam ditegakkan secara jamaah termasuk membentuk masyarakat dan Negara Islam di Madinah adalah secara berjamaah. Contoh seperti mempersaudarakan kabilah Aus dan Khazraj sebagai golongan Ansar yang bekerjasama dengan golongan Muhajirin di Madinah. Perhubungan antara Muhajirin dan Ansar begitu rapat. Beliau mengambil contoh hubungan sahabat Abdul Rahman bin Auf dari kalangan Muhajirin dan Sa`ad bin al-Rabi` dari kalangan Ansar. Saad sanggup menawarkan sebahagian daripada hartanya kepada Abdul Rahman untuk dijadikan modal perniagaan, bahkan menawarkan untuk menceraikan satu daripada isterinya untuk dikahwini oleh Abdul Rahman, tetapi beliau menolak dan berterima kasih. Beliau memulakan perniagaan dengan modal yang ada padanya. Kedua-duanya menjadi peniaga-peniaga yang berjaya.
Menurut Sheikh al-Qaradhawi bagi kepentingan ibadat dan kemasyarakatan Islam mementingkan pembinaan masjid dan bagi kepentingan ekonomi Rasulullah memerintah membina pasar awam. Sebelumnya hanya ada sebuah pasar di Madinah yang dimiliki secara perabdi oleh orang Yahudi. Dengan pendirian Pasar Awam dapat memecahkan monopoli orang Yahudi dan masyarakat awam dapat berniaga dan meningkatkan ekonomi Negara Madinah. Di dalam hal ini Islam mengatur etika perniagaan, hutang piutang dan memperingatkan agar tidak melakukan penipuan. Sesungguhnya Rasulullah mengingatkan siapa yang menipu mereka bukan dari golongan kami. Islam juga menegakkan dari segi sosial yang mana semua masyarakat adalah sama, tidak ada kelebihan antara orang Arab dan ajam, kecuali dari segi taqwa dan Islam juga menegakkan perundangan. Beliau membicarakan tentang fitnah dengan mengambil contoh fitnah yang dilemparkan kepada Aishah r.a. yang amat menyakiti Rasulullah, tetapi dibersihkan oleh Allah. Tuduhan fitnah (zina) memerlukan empat saksi, sekiranya dusta yang membuat fitnah dihukum. Sheikh Yusuf al-Qardhawi menyampaikan Sharahan Perdananya selama dua jam (termasuk terjemahan). Majlis berakhir selepas sembahyang Isyak yang diimami oleh Imam Masjid Negeri.
Sekian.

No comments:
Post a Comment