Sekali lagi awal tahun Hijrah dan Masihi berkunjung secara berturut dan berdekatan. Lusa
(Jumaat 18 Disember) bermula awal Hijrah 1431 dan dua minggu berikutnya bermula tahun 2010 Masihi. Bagi sebahagian dari kita mungkin tidak kisah dengan perubahan, pergi dan datangnya tahun Hijrah atau Masihi tidak ada perbezaan, tidak ada sensitiviti di kalangan mereka, tidak ada perancangan dan tidak ada matlamat, visi atau misi. Mereka hidup begitu dan berterusan dan tiada perubahan. Bagi setengah pekerja mungkin telah lama merancang akhir tahun untuk diguna bagi menghabiskan cuti berbaki untuk melancong ke luar negeri atau ke destinasi dalam negeri. Mereka yang berpendirian dan berkemampuan seperti ini melihat akhir tahun sebagai masa untuk berehat dari kerja-kerja setahun. Sekurang-kurangnya ada kesedaran dan perancangan bagi mereka. Tetapi ada yang bukan saja melihat, tetapi mengalami, akhir tahun ialah masa menutup lembaran akhir perjalanan setahun. Sebelum penutupan, perlulah dibuat perhitungan atau muhasabah setahun perjalanan selama ini adakah diisi dengan kegiatan-kegiatan kebajikan dan menguntungkan atau sebaliknya. Muhasabah menjadi panduan bagi melangkah ke tahun baru. Sebarang kebaikan diterus dan dipertingkatkan dan kelemahan diperbaiki. Muhasabah berlaku bukan setakat pada individu, tetapi juga bagi institusi, organisasi, bahkan negeri dan Negara. Pendek kata akhir tahun dan menjelang awal tahun sama ada bagi individu, institusi atau organisasi merupakan masa yang paling sibuk bagi membaiki dan melengkapkan kekurangan dan bagi menyediakan taqwim perjalanan setahun hadapan.
Sebenarnya kerja yang lebih serius dan bermatlamat besar perlu kepada falsafah, bertujuan, perancangan, berstrategi dan pendekatan yang teratur dan rapi. Contoh terbaik, tidak lain daripada Hijratul Rasul s.a.w. yang mempunyai semua kriteria di atas yang usaha ke arah melaksanakannya sebagai jihad suci. Berlakunya Hijratul Rasul adalah dari pendekatan yang bermatlamat menegakkan Islam dan merevolusikan perubahan dari kepercayaan yang bersifat syirik kepada pegangan yang berfalsafahkan tauhid, bertujuan mengubah kebatilan kepada kebenaran. Bagi menjayakannya tidak mudah dilakukan. Ianya perlu kepada Jihad dan perjuangan dan kejayaan tidak dicapai dengan mudah tanpa menghadapi mehnah dan rintangan. Rasulullah saw berdakwah selama 13 tahun di Makkah, tetapi segelintir yang mengikuti. Baginda mengatur strategi dengan berpindah ke Taif dan Habsyah, tetapi ternyata kurang mendapat sambutan.
Kegagalan tidak mengecewakan Rasulullah saw, sejak tahun ke 10 di Makkah, Baginda mengatur pertemuan dengan utusan dari Najran, tahun ke 11 bertemu dengan perutusan dari Bani Khazraj dari Madinah, tahun ke 12 berlaku Bai'ah al-Aqabah al- Ula dan berikutnya pada tahun ke 13 berlaku al-`Aqabah al-Thaniah yang kedua-duanya merupakan perteguhan janji dari perutusan penduduk Madinah menyokong Rasulullah. Setelah strategi, pendekatan dan perancangan diatur rapi membuka ruang dan peluang kepada Rasulullah berhijrah ke Madinah. Di Madinah sendiri juga ada pendekatan, perancangan dan strategi disusun oleh Rasulullah seperti mengadakan perjanjian (Sahifah Madinah), mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar, mengatur pentadbiran, meluaskan pengajaran, membina ekonomi, memperkuatkan pertahanan dan terpaksa menghadapi peperangan dari musuh yang mahu memusnahkan Islam dan Negara Islam yang disifatkan sebagai Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur (Saba`: 15) dan dari Madinah berkembangnya Islam ke seluruh alam.
Tahun Hijrah 1431 berkunjung tiba diikuti tahun Masihi. Hendaknya bagi kita semangat Hijrah mengungguli dan mengatasi keghairahan menyambut tahun Masihi. Diharap kita mempunyai kesedaran dan meningkatkan komitmen bagi mendaulatkan Islam. Kita mempunyai falsafah yang ampuh bagi menegakkan kalimah tauhid, kita mempunyai mekanisme perjuangan dan terserlah ruang bagi mencapai kemenangan. Masalahnya mungkin ada kelunturan semangat jihad di kalangan kita, sudah ada kealpaan, tatkala kita berada diambang kejayaan, malas dan tidak berdaya kreatif di dalam merangka pendekatan. Jadikan Hijrah model jihad dan perjuangan, perkukuhkan jamaah dan terus bergerak dan berjihad menegakkan Islam. Hijrah model Jihad menegakkan Islam. Siru 'ala barakati'l-Lah. Allahu akbar!!!.

No comments:
Post a Comment