Inilah kali kedua bagi tahun kedua sambutan Tahun Baru India diadakan di tempat yang sama, iaitu di Pekan Bangi. Acara diadakan mulai jam 3.00 petang di Dewan Orang Ramai Pekan tersebut bermula dengan pertandingan Memanjat Tiang Licin. Bagi pertandingan ini ditegakkan sebatang kayu yang besar dan tinggi. Yang menjadi tanda tanya, "Bagaimana sebatang kayu yang besar dan panjang dapat dibawa kedalam pekarangan Dewan Orang Ramai dan dapat ditegakkan secara kukuh?". Soalan ini ADNS Bangi kemukakan kepada Saudara Ari, Ketua Komuniti India di sini.
Menurutnya kayu ini didapati dari hutan Bukit Unggul dan dibawa ke sini dengan lori. Oleh kerana kayu terlampau panjang dan mengganggu jalan. Mereka ditahan polis sebelum dapat bawa kayu ini di sini. Kayu yang dibersih di lumuri dengan minyak pelican.
Terdapat hanya tiga pasukan yang bertanding yang dirasmikan ADNS Bangi, iaitu
Pasukan Team Man - Johan
Pasukan Bangi Mafia - Naib Johan
Pasukan Surian Boys - Ketiga
Cara permainan adalah bersifat lasak.Peserta pasukan memanjat di atas satu sama lain (7 orang) ke puncak dan menandakan tempat tertinggi mereka dapat capai. Oleh kerana tiang licin ada yang tak sempat memanjat dan menyusun kedudukan dan menggelunsur ke bawah. ADNS Bangi menyatakan kebimbangan berlaku hentakan yang kuat dari atas ketika jatuh dan membahayakan terutama yang di bawah yang menjadi pasak bagi pasukan yang memanjat. Jika berlaku kecederaan boleh membawa masalah. Memang ada yang hampir pengsan. Agak wajar bagi mereka yang mengambil bahagian dibuat perjanjian dan akuan sebarang kecederaan adalah tanggungan sendiri dan tidak boleh dibawa kepada tuntutan perundangan. Tapi bersyukur tidak berlaku kemalangan. ADUN menyampaikan hadiah kejohanan RM700.
Sempena sambutan ini pada sebelah malamnya diadakan Majlis Menghargai Warga Mas dan mereka yang susah dari kalangan masyarakat India. Pada malam ini Saudara Y.B. Manikavasagam A/L Sundram Ahli Parlimen Kapar turut hadir. Beliau menjadi fokus berita akhbar-akhbar pada hari ini kerana dua buah kereta di pekarangan rumahnya disimbah dengan cat merah oleh tonto, kerana kenyataannya berhubung dengan kecurian pasir. Beliau diberi peluang berucap di dalam bahasa Tamil selepas ADNS Bangi berucap. Kami menyampaikan sumbangan kepada Warga Mas dan mereka yang susah. Majlis berakhir selepas jamuan makan malam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment