Berbagai pendekatan dilakukan bagi menyambut Maulid Ar-Rasul sempena kedatangan 12 Rabiul Awwal.
`Bulan Salawat Desa Surada`.
Sambutan berlangsung dari 15-2.2011 hingga 26 Februari 2011. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sambutan ialah Qiyamullail, Kuliah Subuh, Salawat dan Pelepasan Muslimat Yang Mengikuti Program Lawatan Ke Rumah Warga Mas dan Anak-Anak Yatim, Ziarah Rumah Ke Rumah Di Taman Desa Surada, Forum Maulid Ar-Rasul S.A.W. Vs. Valentine`s Day, Tazkirah, Bacaan Yasin, Tahlil, Salawat Dan Jamuan (Malam Jumaat), Perarakan Serta Salawat Beramai-Ramai Sekitar Desa Surada, Persembahan Murid Pasti, Permataku, Al-Hikmah & Tadika ABC, Persembahan Burdah, Acara Cepat Sifir, Program Diskusi Tanyalah Ustaz, Senamrobik, Aktiviti Sukan, Aktiviti Memasak Untuk Kenduri Aqiqah, Barzanji dan Bersalawat, Majlis Pembukaan dan Acara Penutup, Penyampaian Hadiah dan Cenderahati. Demikianlah banyaknya acara dan meriahnya sambutan serta kreatifnya AJK yang menyusun program dan kegiatan.
ADUN Hadir pada malam ini adalah bagi menyertai Majlis dan Pembukaan. ADUN mengucap syukur kepada Allah dan mengucap `Barakallahu Lakum` kepada AJK Surau Al-Mujahidin, Surada yang berjaya menyusun dan mengadakan program yang begitu unik dan menarik bagi Sambutan Maulid Ar-Rasul 1432/2011. Kata ADUN,
``Program yang diadakan ini merupakan satu wadah bagi setiap muslim untuk bersama-sama mengingat kembali perjuangan Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan dan memperkembangkan Islam ke seluruh alam. Program Bulan Salawat ini ternyata menjadi satu medan dakwah dalam menyatupadukan hubungan silaturrahim di antara sesama muslim dan juga bersama-sama mempraktikkan Sunnah Rasulullah S.A.W. sama ada pada diri, keluarga dan masyarakat. Semoga usaha murni ini diberkati Allah.``
ADUN melahirkan rasa syukur berkat dari kesedaran Islam dan ramai dari keluarga menyedari kepentingan pendidikan Islam, maka ramai dari kalangan anak muda kita dihantar belajar ke pengajian-pengajian tinggi Islam dalam dan luar negara. Hasilnya melahirkan ramai tokoh ilmuan muda Islam yang berwibawa. Sebagai contoh pada malam ini hadirin mengikuti Forum yang ahli panelnya dari kalangan ulama muda. Iaitu Ustaz Syed Norhisyam yang sering keluar di kaca tv dengan program-program keagamaan dan juga Ustaz Harryanto yang gaya pengucapan seperti Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus. Sama-sama kita ikuti Forum yang akan disampaikan yang dimoderator oleh Saudara Rusli.
Sebelum itu Saudara Shukor Atan selaku Pengerusi Surau, mengalu-ngalukan hadirin dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Bulan Salawat yang menurutnya terilham dari kegiatan di Kelantan yang mengadakan Bulan Salat dan sebagainya.
Bulan Salawat Desa Surada akan ditutup dengan rasminya oleh Penasihat Surau Al-Mujahidin, iaitu Dato` Dr. Sidek Fadhil.
Sekian.
No comments:
Post a Comment