Setiap tibanya 12 Rabiul Awwal, sambutan Maulid Ar-Rasul diadakan di berbagai peringkat dan di berbagai tempat. Demikianlah dengan kehadiran 12 Rabiul Awwal 1432 menjadi tradisi murni berbagai peringkat dan tempat diadakan sambutan. ADUN Bangi sendiri menerima jemputan untuk menghadiri sambutan Maulid Ar-Rasul di beberapa tempat di DUN Bangi dan Kawasan Serdang pada masa yang lebih kurang sama dan terpaksa membuat pilihan menghadiri sambutan pada peringkat negeri, sedangkan sambutan selain dari peringkat negeri akan terus diadakan sepanjang bulan Rabiul Awwal.
Sambutan pada peringkat Negeri diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam seawal 7.00 pagi peserta dari berbagai daerah, jabatan, masjid, surau, agensi, Sekolah, pengajian tinggi dan swasta tiba dilokasi. Perarakan diketuai YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dengan disertai Pemimpin-Pemimpin Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan, Swasta, Kampong-Kampong, Masjid- Surau, Sekolah-Sekolah, Badan-Badan Pertubuhan dan berbagai penyertaan. Perarakan yang memakan masa lebih kurang sejam itu berakhir di Bangunan Stadium Melawati dengan dipenuhi peserta lebih kurang 25,000 orang.
Majlis Sambutan disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah al-Hajj yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak dapat hadir, sebagaimana dimaklumkan kepada majlis, kerana Baginda berada di luar Negara. Menteri Besar dalam kata-kata aluannya di dalam buku Aturcara:
``Rasulullah sebagai Penghulu Segala Nabi yang membawa banyak perubahan dalam kehidupan umat Islam dan mampu mengubah budaya jahiliah yang tidak bertamadun itu kepada tamadun baharu Islam. Bahkan risalah baginda bukan sahaja mampu menyelamatkan umat Islam, tetapi juga mampu menyelamatkan umat manusia di dunia seluruhnya. Lantas semua bentuk fikiran dan ideology barat atau perjuangan yang tidak merujuk syariat Allah atau Sunnah Rasulnya hendaklah kembali merujuk Al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W sebagai bukti kebenaran cinta umatnya kepada Baginda.``
Manakala Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato` Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi selaku Pengerusi Sambutan menyeru:
``Marilah kita semua mencontohi sifat-sifat Rasulullah S.A.W. dengan sepenuhnya sebagai asas kejayaan hidup kita di dunia dan juga akhirat.``
Pengarah JAIS pula tidak mau umat Islam bersifat sebagaimana Abu Lahab yang bergembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad dengan menyembelih 100 ekor unta, tetapi apabila bila Rasulullah menyerunya kepada Islam beliau menolaknya.
Puncak sambutan ialah penyampaian hadiah oleh Tengku Panglima Diraja Selangor kepada tokoh-tokoh berjasa sempena Maulid ar-Rasul 1432 antaranya:
Kategori Siti Khadijah:
Kategri Saidina Ali
Che` Siti Nadirah bt. Shafie
Kategori Omar Ibn Abdul Aziz
Kategori Imam Al-Ghazali:
Kategori Khalid bin Al-Walid
En. Mohd. Nasir bin Hj. Abdul Ghani
Hadiah-hadiah juga turut disampaikan kepada pemenang-pemenang berbagai kategori pertandingan seperti perbarisan, sepanduk dan berbagai hadiah lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment