February 19, 2011

Gerak Gempur Pilihanraya Bermula:Ceramah & Melepaskan Kontingen Pemuda Ke Kota Sarang Semut, Kedah Berikrar Setia















Bandar Baru Bangi, 15 Rabiul Awwal = 18 Februari (Jumaat):

Walaupun BN kelihatan teragak-agak dan belum berani mengambil risiko mengumumkan tarikh pilihanraya di Negeri Sarawak, bahkan kemungkinan peringkat Federal, kata orang dengan `bergoyangnya pokok` menandakan angin meniup dan menunjukkan pertandanya ada. Secara waspada dan siapsiaga, kita perlu dan memintas sasaran agar kita tidak terperangkap dan ketinggalan, sebaliknya mempersiap strategi mendepani segala kemungkinan yang akan terjadi.

Demikianlah Pas Serdang bersama Pakatan mengambil `inisiatif & ihtiat` mempersiapkan diri dengan persediaan awal jentera dan gerakerja pilihanraya. Pada hari ini saja kelihatan tiga kegiatan berlaku.

Pertama Ceramah tentang Politik Semasa yang diadakan di Dewan Orang Ramai Di Bukit Mewah jam 9.30 malam. Mereka yang mengambil bahagain dalam ceramah ialah Al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat, YB. Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan ADUN Bangi. Mereka menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang tipu helah BN yang memasukkan pengundi-pengundi luar ke kawasan-kawasan yang mereka lemah bagi mencari kemenangan sebagaimana berlaku di Shah Alam, di Seri Serdang, mereka diingat dan berwaspada tentang tektik kotor BN mau merampas Selangor. Mereka juga akan lakukan di Kelantan. Mereka menggunakan tektik kotor sebagaimana mereka lakukan pada pilihanraya 2004 di Terengganu. Mereka juga menerangkan tentang kenaikan harga-harga barang yang tidak terkawal, terutama selepas berkali-kali kenaikan harga minyak. Memang tepatlah gelaran BN ialah (Barang Naik), Isu yang dimainkan oleh BN terhadap YB Teo Nie Ching berhubung dengan surau dan masjid. Mereka juga membicarakan tentang gejala rasuah yang berterusan, pembaziran kewangan, campurtangan isteri Perdana Menteri di dalam pentadbiran dan berlagak sebagai isteri Ben Ali di Tunisia. Jika keadaan berterusan tidak mustahil angin perubahan di Asia Barat agak bertiup membawa perubahan di Malaysia, terutama melalui pilihanraya ke 13.

Pada malam ini juga ADUN Bangi bergegas ke bahagian luar Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Di sini lebih 100 pemuda dari Serdang berkumpul bagi menyertai Konvoi Pemuda ke Perhimpunan Gerakerja Pilihanraya peringkat pusat yang akan diadakan esok di Kompleks Pas Negeri Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Star. Esok dijangka tidak kurang dari 30,000 pemuda Pas berhimpun di sini bagi menerima amanat dan menyatakan tekad menjadi jentera gerak gempur pilihanraya ke 13. Medan ujian awal ialah di Merlimau dan diikuti di Kerdau, Pahang.
Jamaah Pemuda Serdang bertolak dengan dua buah bas dan lima buah kereta. Sebelumnya ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar disertai Ustaz Syafie Ngah datang melepaskan mereka. Dalam ucapan ringkas ADUN berharap kontingen dari Serdang akan dapat menimba maklumat dan meningkatkan semangat jihad hasil dari perhimpunan di Kedah Esok. Beliau berharap pemuda bersama pimpinan pada semua peringkat berikrar mempertahan, bahkan meningkat kemenangan pada pilihanraya ke 13 kelak. Mereka berlepas selepas doa dan baiah.

Sementara petang tadi ADUN Bangi bersama Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching bersama turun menziarah penduduk dari rumah ke rumah di Taman Seri Melor dan Seri Intan.

`Islam menuntut jamaah sentiasa bersiap siaga, menunjukkan kehebatan dan kekuatan, digeruni musuh sebelum bertempur di medan jihad.`

Sekian.

No comments:

Post a Comment