April 30, 2019

KHAIRY JAMALUDDIN PEMIMPIN MALAYSIA AKAN DATANG


KHAIRY PEMIMPIN MALAYSIA AKAN DATANG
(Fikrah Bangi> 210),
BBB,  24 Sha`ban 1440H. = 30 April 2019M. (Selasa):
Khairy Jamaluddin tidak silap membuat keputusan bertanding jawatan Presiden Umno pada 30 Jun 2018. Cuma masa itu Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden yang belum dikaitkan dengan isu yang membawanya menyerahkan jawatan Presiden untuk dipangku oleh Mohammad Hasan yang dipilih sebagai Timbalan Presiden pada 19 Disember 2018.
Dapatlah difahami bahawa Khairy berhasrat mau menyelamatkan Umno akibat  dari skandal 1MBF dan GST yang menumbangkan Umno dan BN dari tampuk pemerintahan. Pada masa itu Zahid adalah sebagai Timbalan Presiden, maka selayaknya dia dipertanggungfjawab dengan jawatan Presiden. Khairy Bekas Ketua Umno tidak mempunyai apa-apa jawatan.
Khairy adalah dilihat  pemimpin Umno dan Malaysia pada masa hadapan. Ini tidak memperkecilkan Tok Mat yang memangku Jawatan Presiden dan telah membawa kepada kejayaan Umno di dalam tiga siri pilihanraya secara berturut-turut. Tok Mat tetap diperlukan memimpin sehingga kepada pilihanraya ke 15 kelak. Tetapi Umno dan BN diharap tidak mengkesampingkan Khairy dalam menghadapi PH sehingga pilihanraya ke 15 kelak.
Sebenarnya Umno memerlukan pemimpin muda, termasuklah Khairy, walaupun tidaklah tergolong sebagai pemuda lagi, bagi menggerakkan Umno, khususnya di dalam mencetuskan visi dan misi baru. Umno boleh bekerjasama dengan Pas, tetapi tidak seharusnya melabelkan dirinya sebagai satu parti yang bergantung pada sokongan satu kaum sahaja. Dengan realiti Malaysia sebagai negara yang mempunyai berbagai kaum haruslah mendapat dokongan dari berbagai kaum. Perkara ini amat penting jika Umno mau dilihat sebagai parti yang mesra semua kaum, sekurang-lkurang sebagaimana imejnya di dalam BN, tetapi Umno dan BN tidak seharusnya berimej lama. BN seharusnya mempunyai visi dan misi yang baharu yang segar dan dapat menarik sokongan berbagai kaum di samping berteraskan Melayu.
Khairy menggariskan pandangan dalam wawancaea oleh Tan Sri Johan Jaaffar semalam melalui saluran tv 501, bahawa dia berpendirian, Umno haruslah berada pada garis tengah, tidak terlampau kanan seperti Pas dan tidak pula ke kiri sebagaimana pejuang-pejuang kiri. Dalam kata lain ia mau mesra dan bekerjasama dengan semua.
Bagi merangka pendekatan baru bagi Umno dan BN, Umno perlu kepada pemikir-pemikir dan strategis-strategis muda yang mampu memberi imej dan kekuatan baru di dalam BN, Khairy adalah dilihat salah seorang yang mempunyai potensi yang diharapkan. Dalam masa generasi muda meninggalkan PH, kerana hilang kepercayaan, maka pada masa ini Umno dan BN perlu mengambil kesempatan menggembleng tenaga, antaranya dengan menjemput kalangan muda dari berbagai kaum untuk duduk semeja  bagi memikirkan pendekatan dan kaedah terbaik yang patut diambil oleh Umno dan BN. Pemimpin Umno kini yang dipimpin oleh Tok Mat telah mendapat kepercayaan kembali dari masyarakat. Dalam masa kepercayaan didapati hendaklah direbut peluang mendapat kerjasama dari golongan muda dengan pemimpin yang sedia ada bagi mengukuhkan Umno bersama BN.
Pada masa ini adalah dilihat sesuai diadakan konvensyen BN dengan anjuran Umno dengan komponan BN yang lain. Khairy Jamaluddin diharap dapat sama bekerja  bersama kepimpinan yang ada bagi mencari jalan mengukuhkan Umno dan dalam masa yang sama memperkasakan BN.
Sekian.

April 29, 2019

ISU, KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN


ISU, KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN
(Fikrah Bangi 209),
BBB, 23 Sha`ban 1440H. = 29 April 2019M. (Isnin).
Mesyuarat adalah mekanisme penyatuan idea dan pendapat yang boleh membawa kepada tindakan seperti menubuhkan persatuan penduduk, menubuhkan khaiirat kematian, menubuhkan koperasi, mendirikan masjid dan sebagainya. Melalui mesyuarat dirumuskan pendapat untuk dijadiikan tindakan bagi mencapai apa yang dihasratkan. Sesuatu keputusan apa lagi yang memerlukan masa perlaksanaan  yang berterusan memerlukan tenaga kerja.  Sebab itu sebagai salah satu agenda ialah penubuhan jawatankuasa bagi melaksanakan resolusi.  Jawatankuasa  terdiri dari pengerusi  timbalan pengerusi setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan sejumlah jawatankuasa.. Melalui jawatankuasa ini mesyuarat akan terus diadakan biasanya bersifat bulanan. Dalam masa tersebut kerja-kerja dijalankan. Misalnya mendaftarkan penubuhan. Kegiatan-kegiatan diadakan  yang bersesuaian dengan persaatuan penduduk misalnya menjalankan kegiatan gotong royong pembersihan kawasan, mengadakan sambutan-sambutan seperti hari-hariraya, memohon dari pihak berkuasa misalnya mendirikan sekolah jika sekolah belum ada, meminta diadakan balai polis bagi menjamin keselamatan kawasan dan sebagainya. Melalui persatuan misalnya menuintut dari pihak berkuasa menyediakan tapak perkuburan, mewujudkan unit khairat kematian, Bagi mengukuhkan ekonomi penduduk, persatuan penduduk melalui mesyuarat mencadangkan agar ditubuhkan koperasi penduduk, maka mesyuarat khas diadakan bagi melantik jawatankuasa koperasi yang kemudian berusaha mendaftarkan koperasi berkenaan dengan pendaftar pertubuhan yang melayakkannya bergerak. Di samping itu kerja mendaftar ahli-ahli dilakukan Kemudian saham-saham keahlian dilancarkan. Dari kegiatan berkenaan modal dapat dihimpunkan. Ianya menjadi modal kepada koperasi yang menjalankan kegiatan seperti membeli aset-aset bagi koperasi seperti  membeli rumah-rumah kedai bagi disewakan. Di samping mendapat modal dari ahli, koperasi misalnya menyediakan kemudaha pinjaman bagi ahli-ahli dan sebagainya. Melalui koperasi penduduk dapat memiliki harta setempat yang jika tidak melalui koperasi penduduk secara individu tidak  dapat memiliki harta setempat.
Dalam sesuatu kawasan baru yang penduduknya bertambah, tentu memikirkan bahawa kariah tidak sempurna tanpa ada masjid. Penduduk merasa tidak sempurna bila mau mendirikan solat Juma`at terpaksa pergi menumpang solat di tempat-tempat yang lain, di luar dari kawasan kariah. Keperluan kepada masjid seharusnya ada di dalam perancangan pihak yang membuka kawasan penempatan atau paling tidak ialah menyediakan tapak bagi masjid.
Pada kebiasaannya penduduk bagi suatu kawasan perumahan sebelum ada masjid beruaha mendirikan surau di kawasan-kawasan masing-masing hingga di dalam sesuatu kawasan itu terdapat surau-surau. Tetapi wujudnya surau-surau tidak dapat  didirikan solat Juma`at. Jika pada peringkat permulaan masjid tidak dapat didirikan dengan segera, kerana terpaksa melalui berbagai procedure bagi membolehkan sesebuah masjid didirikan, maka salah satu cara ialah dengan memohon dari pihak berkuasa keizinan bagi menaikkan taraf surau yang agak besar bagi mendirikan Juma`at, kaedah ini banyak digunakan misalnya di Bandar Baru Bangi. Daripada sini penduduk berusaha bagi mendapatkan masjid. Masjid sama ada didirikan oleh pihak berkuasa dengan peruntukan kerajaan. Bila masjid diadakan, kadang-kadang tidak dapat menampung jumlah penduduk yang bertambah. Lantaran itu surau, bahkan lebih dari satu surau mendapat keizinan mendirikan Juma`at.
Dalam pada itu jika  difikirkan perlu didirikan lebih dari satu masjid dan ada tapak yang disediakan, maka jika kerajaan tidakl dapat mendirikan masjid, kerana sudah didirikan, maka penduduk melalui permesyuaratan surau-surau berusaha mendirikan masjid. Jawatankuasa perlu ditubuhkan. Urusan keizinan dari pihak berkuasa dilakukan, termasuk keizinan memungut derma. Kaedah ini memakan masa yang lama, tetapi melalui permuafakatan dan bermesyuarat secara berterusan dilakukan- antaranya hampir seratus kali mesyuarat, maka akhirnya berkat melalui permuafakatan dan permesyuaratan akhirnya masjid sempurna digunakan.
Mekanisme mesyuarat dan permuafakatan merealisasikan sesuatu tujuan.
Sekian.

April 28, 2019

PRESTASI MENURUN - SINDROM MALAYSIA BARU !


PRESTASI MENURUN - SINDROM MALAYSIA BARU !
(Fikrah Bangi: 208),
BBB. 22 Sha`ban 1440H. =  28 April 2019M. (Ahad).
Dapatan Merdeka Centre yang dilaporkan oleh kebanyakan  akhbar semalam, bahawa  prestasi PH terus merosot dalam mana populariti Dr. Mahathir pada peringkat perrmulaan kemenangan PH sebanyak 83% dan kini menurun kepada 46% dan lebih teruk PH yang pada peringkat permulaan kemenangan  79% menurun kepada 39% kini, amat mengejutkan.
Star melihat kebimbangan rakyat tentang ekonomi dan pendapatan rakyat yang terus tertekan menjadi faktor utama kehilangan kepercayaan. Di sana banyak lagi faktor . Antara yang menjadi imej ketara PH ialah ``Tidak Tunaikan Janji.` Banyak kalangan yang mengharapkan pekerjaan antaranya ramai mahasiswa yang menganggur selepas berhutang. Lepasan perubatan masih menunggu posting. Kalangan yang telah tamat kursus perguruan antara mereka masih menunggu posting dan terpaksa membuat berbagai-bagai pekerjaan bagi menampung penghidupan. Ini tidak termasuk mereka yang tidak mempunyai kelulusan yang terus menganggur.
Ada dua sindrom yang ketara demi memperlihatkan bahawa zaman PH memerintah adalah dipanggil zaman  `Malaysia Baru`, maka `Demi Baharu`  dilihat ada tindakan yang semacam  kurang wajar, tidak matang dan menikam balik PH. Misalnya `Menghitamkan` apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu miskipun adalah baik. Pada peringkat permulaan kemenangan PH projek-projek penting seperti projek  ECRL, Bandar Malaysia dan beberapa yang lain dihitamkan, tapi semacam meludah ke langit, kedua-dua projek penting di atas disedari berfaedah, maka diteruskan termasuk penerusan tol, manakala Pan-Borneo terpaksa diteruskan kerana projek berkenaan sedang dijalankan.
Kemiskinan idea kadang-kadang lebih teruk dari kemiskinan material. Kemiskinan idea jika tidak dilakukan, maka ianya tidak maju, tetapi jika bertindak dengan idea yang dengkal, maka ianya memperlihatkan mutu dan tahap berfikir yang miskin. Satu yang memperlihatkan kemiskinan idea ialah oleh kerana untuk memperlihatkan `MALAYSIA Baru`, maka dirubahkan banyak perkara, hanya dari segi nama sahaja dan tidak substancenya. Menurut Utusan Malaysia (UM, 21.4.2019: 15) lebih dari 16 institusi dan projek yang telah  dikenali selama ini sengaja dijenamakan semula. Sebagai contoh.
KLIA yang dibuka sejak tahun 2,000 itu sudah established mau ditukarkan kepada SIA (Sepang International Airport). Apa perlu ditukar nama yang sudah terkenal itu ?  Sesungguhnya SIA (Kerja sia-sia).  Bayangkan berapa banyak kos yang terpaksa ditanggung bagi perubahan yang sia-sia ini yang sebenarnya mencerminkan kemiskinan  idea. Berapa pula usaha terpaksa dilakukan bagi mempopularkan nama baru itu ?
Perubahan-perubahan yang lain, antaranya ialah:
Klinik Malaysia  menjadi Klinik Komuniti
Pusat Transformasi Luar Bandar  = Pusat Klomuniti Desa
BRIM = Bantuan Sara Hidup
Kasut Putih (Anak Sekolah) = Kasut Hitam
TVET = (Terbaru dan sedang dicari nama baru !)
Dan banyak lagi yang bakal menerima perubahan. Apakah tak ada kerja lain yang lebih mencerminkan kematangan fikiran ? Lontarkan ideabaru yang segar dan besar yang nyata memanfaatkan.
Ini adalah sebahagian dari contoh bagi mnenunjukkan apa yang dikatakan selama ini bahawa  tidak cekapnya pemerintahan (Pendapat Daim Zainuddin). Sudah beberapa kali cadangan dilontarkan agar disusun kembali kabinet pemerintahan dengan memasukkan  profesional dan mereka yang berpengalaman, biarpun bukan dari ahli politik, tetapi cadangan demikian tidak diberi perhatian.
Jika segala kelemahan sedemikian dan yang lain tidak dibaiki, maka kelak prestasi pemerintah akan terus merudum ! Dan rakyat akan menghukum.
Sekian.

April 27, 2019

MESYUARAT MERUMUSKAN KEPENTINGAN DAN ARAH TUJU


MESYUARAT MERUMUSKANAN KEPENTINGAN DAN ARAH TUJU
(Fikrah Bangi: 207),
BBB:  21 Sha`ban 1440H. = 27 April 2019M. (Sabtu):
Mesyuarat adalah penting bagi satu jamaah, kumpulan, bahkan pemerintahan. Telah dibicarakan bahawa seorang tokoh, walau bagaimana bijaksana dan berpengalaman tidak mampu mengendalikan  sesuatu pentadbiran yang mempunyai jamaah dan kumpulan, melainkan melalui permaufakatan. Pentadbiran mungkin melibatkan ahli kariah, atau kumpulan politik dan sebagainya.
Pergerakan ke arah bermesyuarat mungkin dicetuskan oleh sesuatu tujuan yang baik bagi kepentingan jamaah. Misalnya dalam satu kawasan yang baru dihuni – kawasan perumahan baru, disedari misalnya banyak permasalahan yang perlu  dibaiki dan perlu dibuat aduan kepada pihak pentadbiran di bandar bagi tempat yang dihuni. Permasalahan tidak dapat dilakukan secara individu, sebaliknya perlu bertindak secara berkelompok. Lantas masyarakat melihat tokoh yang berpengaruh yang ada hubungan  dengan masyarakat dan pihak pentadbiran, maka ianya ditunjuk dan diharap dapat mengambil inisiatif mengadakan pertemuan antara penduduk. Dari tujuan yang baik terbentuk satu jawatankuasa tidak rasmi yang mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah penduduk. Maka diadakan pertemuan antara penduduk yang berjumlah puluhan orang yang mnenjadi peneroka yang memulakan perpindahan ke kawasan perumahan baru berkenaan. Hasil dari pertemuan telah mewujudkan `Jawatankuasa Kebajikan Penduduk`. Dari pertemuan dapat memilih seorang Ketua yang dikenali dengan `Pengerusi Kebajikan Penduduk` dengan sama dilantik ialah Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang Jawatankuasa.
Pengerusi yang dilantik memang dilihat oleh penduduk orang yang berwibawa, berkelulusan dan berkedudukan Pentadbir bagi institusi yang kebanyakan penduduk bekerja di institusi berkenaan. Dia bukan saja seorang pentadbir yang cekap, berpengaruh, tetapi mempunyai kedudukan di Majlis Perbandaran yang dia juga dilantik menjadi ahli di dalam Lembaga Perbandaran.
Apakah yang diharapkan dari Pengerusi dan jawatankuasa yang dilantik. Mekanisme yang penting bagi Pengerusi ialah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan mandat dan harapan penduduk kepada Badan Kebajikan Penduduk berkenaan. Dapat dilihat pimpinan yang dilantik adalah orang yang paling berwibawa dan sesuai. Mekanisme bagi membincangkan keperluan penduduk ialah melalui mesyuarat. Pengerusi hendaklah mempunyai visi dan misi bagi kepentingan penduduk. Dia adalah pemimpin bagi persatuan Kebajikan, Pemimpin dalam mesyuarat dan diharap darinya dengan bantuan jawatankuasa persatuan dapat mencetuskan gagasan dan cadangan bagi kepentingan penduduk.
Misalnya sebagai satu kawasan yang baru dihuni dan tidak ada persatuan atau badan yang lain sebelum darinya, maka Pengerusi dan jawatankuasa dapat menggariskan keperluan-keperluan yang patut dicadang dan dilaksanakan. Misalnya Pengerusi melihat:
1)      Banyak perumahan yang mereka huni mengalami kerosakan dan perlu secara kelompok membuat aduan kepada pihak pemaju memperbaikinya.
2)      Jalan-jalan perumahan perlu diturap.
3)      Perlu didirikan kedai dan pasar awam untuk memudahkan penduduk mendapat keperluan harian
4)      Penduduk memerlukan sebuah surau bagi memungkinkan mereka beribadat secara jamaah dan menjalankan berbagai kegiatan kebajikan
5)      Untuk jangka panjang bangunan sekolah  Rendah dan menengah perlu segera didirikan.
Hasil dari mesyuarat dapat dilihat cadangan-cadangan yang bernas dan dijadikan tugas yang patut dilaksanakan. Mesyuarat terus diadakan dari masa ke masa bagi melaksanakan tugas dan berbagai-bagai perkara yang berhubung dengan penduduk. Pengerusi dilihat berwibawa dan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
Dengan berkat mesyuarat dan berpesatuan kebajikan, maka Persatuan Kebajikan berkenaan melalui mesyuarat diangkat menjadi `Persatuan Penduduk` yang peranannya lebih besar dan mencabar.
Pokoknya dari keperluan setempat bersifat kebajikan, akhirnya Persatuan Kebajikan berkembang menjadi Persatuan Penduduk yang berwibawa yang banyak membawa kemajuan kepada penduduk. Hasil dari mesyuarat-mesyuarat melahirkan tokoh pimpinan yang banyak berjasa kepada penduduk.
Sekian.

April 26, 2019

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI : PERLU DIBERI KEFAHAMAN


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI: PERLU DIBERI KEFAHAMAN
(Fikrah Bangi: 206):
BBB,  20 Sha`ban 1440H. = 26 April 2019M. (Juma`at).
Sebelum ini rakyat tidak begitu terdedah dengan isu-isu perlembagaan dan perundangan sebagaimana kini. Rakyat berdepan dengan tuntutan Sabah dan Sarawak agar hak kedua-dua negeri tersebut sebagaimana di dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dihormati dan dilaksanakan – Hak sama rata dengan Semenanjung Malaysia. Perkara ini dibahaskan di Parlimen April 2019, meskipun gagal mendapat majoriti dua pertiga (kurang 10 undi) , tetapi ianya menyedarkan rakyat tentang isu yang selama ini terpemdam. Isu yang releven ini pasti akan dibangkit lagi dalam Parlimen pada masa akan datang.
Rakyat juga didedah dengan perjalanan undang-undang berhubung dengan tuduhan rasuah yang berlansung kes demi kes. Perkara seperti ini belum pernah berlaku seperti ini. Rakyat didedah dengan isu rasuah dan perjalanan undang-undang. Baik secara langsung atau tidak langsung mereka terdedah dengan isu perundangan.
Mutakhir timbul isu perlembagaan negeri berhubung dengan perlantikan Exco kerajaan Negeri Johor yang dikatakan tidak mendapat green light dari Perdana Menteri (Star, 25.4.2019: 1).
Apa yang mengejutkan apabila perkara ini ditanya kepada Dr. Mahathir, beliau menyatakan,
``Perlembagaan Johor Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk.`` (UM 25.4.2019: 4).
Kenyataan ini amat mengejutkan dan timbul persoalan, ``Apakah selama ini kedua-dua negeri ini berlangsung tanpa perlembagaan ? Pada hal kita ketahui negeri mempunyai kuasa  sendiri, misalnya mengenai tanah, hasil bumi negeri, air,  Hal Ehwal Islam dan lain-lain lagi. Bagaimanakah dengan undang-undang yang sentiasa digubal di dalam DUN-DUN kedua-dua negeri tersebut ?
Apa yang mengelirukan di atas terjawab, apabila Pakar Sejarah Datuk Dr. Ramlah Adam mengingatkan, ``Dr. M perlu berhati-hati keluar menyataan.`` (UM, 26.4.2019: 4). Beliau merujuk kepada Fasal 71 Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan terhadap Perlembagaan Negeri.
Manakala Abdul Aziz Bari, seorang pakar undang-undang berhubung dengan perlembagaan, menyifatkan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir sekadar pendapat peribadi dan tidak penting. Ia bukan keputusan mahkamah.`     ` (UM, 26.4.2019: 4).
Pandangan bahawa perlu dihormati Perlembagaan negeri, pernah diucapkan dalam media letronik oleh Dr. Sham Rahayu yang juga Pakar  Perlembagaan Negara.
Kita berpedapat selain dari negeri Johor pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar Negeri itu, patut memberi respond terhadap pandangan Perdana Menteri terhadap Perlembagaan negeri itu, agar rakyat tidak dikelirukan dengan pandangan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri. Sikap berdiam diri tidak patut diambil oleh pimpinan di negeri itu, kerana akan membuka ruang kepada berbagai spekulasi yang negatif.
Lebih dari itu respon berani dari kalangan ahli akademik dan pakar-pakar perundangan patut dipuji. Sekurang-kurangnya dapat memberi kefahaman terhadap rakyat mengenai aspek-aspek perundangan yang penting yang patut diketahui.
Polimik dan perbincangan tentang undang-undang mengenai isu-isu penting perlu terus dibincangkan dari masa ke masa bagi kefahaman rakyat.
Sekian.

April 25, 2019

MESYUARAT MEKANISME PENTING BAGI PEMIMPIN


MESYUARAT MEKANISME PENTING BAGI PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 205),
BBB:  19 Sha`ban 1440H. = 25 April 2019M. (Khamis).
Seorang pemimpin unggul adalah seorang yang bijaksana dan seharusnya berilmu dan terkedepan dari segi pemikiran dan kebolehan bertindak. Pemimpim seperti ini dilihat menonjol di dalam masayarakat di mana dia berada, maka dengan keilmuan dan kebolehannya diterima dan kehedapankan oleh masyarakat. Tetapi pemimpin berkebolehan ada kalanyta terpendam. Ianya tertonjol oleh kerana isu-isu tertentu yang dengan keilmuan dan kebijaksanaannya ia dapat menyelesaikan permasalahan, maka ianya ditonjol dan dikedepankan oleh masyarakat.
Darihal kepimpinan, walau berilmu dan berkeolehan, khususnya dari segi pemerintahan, maka ianya tidak dapat dilakukan secara individu. Apa lagi sebagus mana seseorang itu, tidak sunyi dari kekhilapan. Memerintah memerlulan kumpulan, kerja berpasukan. Di dalam politik kerja berpasukan ini dikenali dengan parti. Parti perlu ada kepimpinan dan perlu ada jawatankuasa bagi peringkat tertinggi membawalah kepada cawangan-cawangan. Pemimpin tertinggi sebagaimana telah dibincangkan perlu berwibawa (unggul) berilmu dan berkemampuan memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam kepimpinan yang dilihat sebagai bermutu sesuai sebagai pemimpin. Sebagaimana disebut pemimpin tidak sunyi dari kesilapan. Kepentingan kelompok adalah:
·         Membantu kepimpinan melaksanakan  tugas
·         Memberi pandangan mengenai perkara-perkara yang dipimpin.
·         Meringankan beban kepimpinan yang ditanggung.
·         Membuat keputusan secara kolektif
·         Menasihat dan memperbaiki kekhilapan, sebaiknya sebelum dilakukan.
Antara mekanisme penting di dalam kepimpinan,bagi menjaga wibawa pemimpin yang jika membuat keputusan dan bertindak tidak dilihat sebagai silap ialah  melalui `Mesyuarat. Di dalam organisasi, baik dari peringkat jawatankuasa kecil, membawa kepada peringkat daerah, negeri dan pusat ada mekanisme bagi mendapat keputusan ialah melalui mesyuarat.
Di dalam Islam konsep mesyuarat amat ditekankan. Firman Alla bermaksud:
`` Segala perkara di kalangan mereka adalah diputuskan melalui mesyuaray (Shura: 38).
 Dan ayat bermaksud: ``Hendaklah dilakukan mesyuarat di kalangan mereka bagi mengambil keputusan berhubung dengan sesuatu perkara.  (Ali Imran: 159).
Pentingnya mesyuarat sehingga ia diadakan di dalam berbagai organisasi dari peringkat cawangan, kawasan, negeri, bahkan hingga ke pusat, bahkanParlimen bagi mengambil keputusan secara tepat. Pemimpin seharusnya teliti di dalam percakapan apa lagi berhubung dengan polisi, ia tidak diucapkan, melainkan berdasarkan apa yang diputus. Pemimpin juga tidak mengeluarkan pendapat yang dilihat tidak betul dan tidak wajar, kerana ianya jika tidak betul akan dipersoallkan.
Sebagai contoh yang baik pada pagi ini (25.4.2019) keluar berita pada muka hadapan Utusan Malaysia,  Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan empat ahli akademik yang membentangkan hasil kajian mereka kepada Raja-Raja Melayu sebagai `Profesor Kangkong` sebagai cakap-cakap yang tidak teliti dari seorang pemimpin yang menimbulkan kemarahan kalangan ahli akdemik dan juga rakyat jelata. Sikap ini mencerminkan keangkohan seorang yang baru berkuasa. Ungkapan tidak teliti ini tentulah bukan diambil dari keputusan mesyuarat. Ianya dapat diibaratkan kata pepatah,
`Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.``
Sekian.

April 24, 2019

MEKANISME KEPIMPINAN: UJIAN MENYERLAHKAN


MEKANISME KEPIMPINAN: UJIAN MENYERLAHKAN
(Fikrah Bangi: 204),
BBB, 18 Sha`ban 1440H. = 24 April 2019M. (Rabu).
Telah kita bincangkan bahawa unggul utama kepimpinan, bahkan apa juga bidang adalah keilmuan. Tanpa ilmu tiada kesedaran dan tiada kegiatan,  statik dan tidak maju. Ilmu adalah aset utama bagi kepimpinan., Tetapi berilmu saja tanpa karisma kepimpinan dia tidak menjadi pemimpin. Dia mungkin jadi guru atau pensyarah dan sebagainya.
Karisme adalah anugerah semula jadi yang ada pada seseorang individu yang di dalam suasana tertentu menyerlahkan watak kepimpinan seseorang individu. Sebagai contoh Anwar Ibrahim semasa menjadi mahasiswa di Universiti Malaya terdedah pada perjuangan kemahasiswaan  yang berjuang misalnya bagi menegakkan Islam di kalangan pelajar-pelajar dan perjuangan memartabatkan bahasa Kebangsaan antara isunya ialah mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai mekanisme perjuangannya beliau melibatkan diri di dalam PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia) yang pada akhir 1960an beliau adalah menjadi Presiden. Karisme kepimpinannya menyerlah ditambah dengan kepetahannya berpidato dan menarik perhatian khalayak. Bila keluar dari UM beliau menggunakan platform perjuangannya dengan menubuhkan Angkatan Belia Islam (ABIM) awal 1970an yang sudah tentulah cita-cita perjuangannya – Pada masa iti, bagi menegakkan Islam, iaitu melalui dua pendekatan, pendekatan pendidikan dengan tertubuh rangkaian pendidikan di bawah Yayasan Anda dan melalui perjuangan politik. Pada puncak perjuangan beliau membuat keputusan memilih bidang politik – masuk Umno (ramai dari pengiukutnya tidak setuju. Demikianlah Anwar Ibrahim dengan karisme meningkat dalam politik hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri, kemudian ditangkap atas tuduhan terhadapnya. Dalam tahanan berlaku peristiwa beliau dipukul `Mata Lebam` (29.9.1998). Anwar yang mempunyai pengikut yang ramai, mendapat simpati tinggi dan pembelaan rakyat. Bagi membelanya tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat pada  4 April 1999 yang menjadi platform bagi perjuangan Anwar, Wan Azizah dan ahli PKR keseluruhannya.
Ada kepimpinan yang tidak disedari mempunyai karisme kepimpinan, melainkan selepas melalui episod-episod ujian politik tertentu. Misalnya Mohamad bin Hasan, sudah lama terlibat di dalam politik sehingga menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sejak tiga penggal yang lepas. Tapi selama ini dia dianggap sebagai pemimpin peringkat negeri dan tidak lebih dari beberapa Menteri Besar Negeri Sembilan yang lepas dan menteri-menteri besar di negeri-negeri yang lain.. Peristiwa yang mencetus dan menyerlahkan kepimpinan Tok Mat ialah berikutan dari penarikan diri NajibTun Razak dari pimpinan Umno dan membawa kepada terlantiknya Zahid Hamidi Menjadi Presiden dengan Tok Mat menjadi Timbalan Presiden (30 Jun 2018). Berikut dari  permasalahan yang dihadapi Zahid, maka Tok Mat memangku Jawatan Presiden Umno di samping beliau juga adalah Timbalan Presiden. Oleh kerana Tok Mat sebelum ini kurang diexpos, ada ketidakyakinan terhadap pimpinannya yang selama ini terhad kepada Negeri Sembilan.
Kepimpinan Tok Mat adalah terserlah melalui kejayaannya memimpin Umno menghadapi pilihanraya kecil mengalah PH berturut-turutm iaitu di:
 Cameron Highlands (28 Januari 2019).
Semenyih  (02 Mac 2019) dan
Rantau  13.4.2019
Dengan kemenangan ini menyerlahkan kepimpinan Tok Mat. Keyakinan terhadapnya sebagai pemimpin meningkat
Namun kenaikan kepimpinan akan terus diuji dengan isu-isu yang terus berlaku dan sejauhmanakah pemimpin berkenaan dapat mengekalkan prestasi kepimpinan dan kejayaan yang kedua-dua kepimpinan yang menjadi contoh mempunyai peluang untuk lebih meningkat pada masa depan.
Mereka seharusnya terus kreatif dan inovatif dalam kepimpinan.
Sekian.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

April 23, 2019

MENCARI UNGGUL PEMIMPIN


MENCARI  UNGGUL PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 203),
BBB, 17 Sha`ban 1440H. = 23 April 2019M. (Selasa).
Pergolakan politik baik di negeri Johor yang membawa kepada pertukaran Menteri Besarnya, maupun di Perak yang ada usaha membawa kepada perubahan tapi tak jadi (Star, 23.4.2019L 1), maupun pergolakan pada peringkat parti pada hakikatnya adalah proses mencari yang terlebih baik dari segi kepimpinan. Ia bergantung pada potensi pimpinan yang ada pada seseorang yang dapat menarik kepercayaan yang lain ke arah menyokongnya.
Seorang pemimpin dia seharusnya dia sekurang-kurangnya sedikit terkedepan dari yang dipimpinnya, tanpa penonjolan kebolehan, maka ia tidak berpotensi untuk menjadi pemimpin. Terkedepan ini bergantung kepada banyak segi yang kombinasi darinya menyerlahkan kebolehan dan kepimpinan.  Faktor yang dominan di dalam kepimpinan yang diterima umum ialah `Berilmu`. Dengan berilmu banyak permasalahan dapat diselesaikan. Dengan berilmu menunjukkan kematangan di dalam sesuatu keputusan dan tindakan yang diambil. Kepimpinan tidak saja bergantung pada ilmu semata-mata, tetapi pemimpin hendaklah seorang  yang inovatif dan kreatif. Dia dapat mencetuskan sesuatu yang baru, segar dan menarik minat yang lain terhadap idea inovatif dan kreatifnya.. Dengan ilmu, inovasi dan kreativiti yang berterusan menonjolkan kepimpinan seseorang pemimpin dan dia tidak mampu dicabar oleh yang lain tentang kemampuan pimpinannya.
Sebaliknya jika seseorang itu dilantik bukan didasarkan pada keilmuan – tersilap, dan tidak ada daya inovasi dan kreativiti, maka dia dilihat bukan berkelayakan sebagai pemimpin dan jika dia sering terserlah dengan kelemahan, maka akan timbul ketidakpuasan di dalam kelompok yang dipimpin, Dalam masa yang sama dilihat ada atau ramai lagi yang lebih berkelayakan darinya, maka lambat laun akan timbul tidakpuas hati dan dia akan  dikesampingkan atau disingkir. Sesungguhnya situasi seperti ini berlaku di dalam kelompok pimpinan. Ini kita lihat berlaku di dalam kelompok pimpinan negeri, bahkan di dalam parti.
Cuma di dalam pimpinan di dalam parti ada mekanisme yang membenar untuk disaring secara teratur Di dalam kelompok bagi kepimpinan parti biasanya ada lebih dari seorang, bahkan ada beberapa orang yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin. Maka antara yang layak dan kurang layak bukan diangkat atau disingker begitu sahaja. Ia adalah melalui mekanisme pemilihan yang dinamakan kaedah secara demokrasi. Kelompok mencalonkan yang dianggap paling layak dan kelompok yang lain mencalonkan yang lain yang bagi mereka melihat yang dicalonkan itu paling layak. Maka berlakulah proses pencalonan, kempen dan pertandingan dari peringkat ke peringkat bagi mengumpul jumlah sokongan tertinggi yang dimuktamadkan sebagai pilihan terbaik. Ini misalnya dapat dilihat kepada proses pimpinan PKR pada akhir 2018 ke awal 2019 yang lepas yang mnemilih kepimpinan parti itu yang ada kini.
Walau bagaimana kemenangan yang diberi ahli tidak mutlak. Pemimpin sebenarnya berterusan mau dilihat yang dipimpin  terus menunjukkan kewibawaan di dalam kepimpinan, bersifat inovatif dan kreatif. Sebarang kemunduran dan kelemahan yang terserlah, maka ianya akan dinilai kembali di dalam prosese pemilihan pimpinan yang akan dilakukan dari  masa ke masa.  Ini adalah dinamika dari segi kepimpinan.
Proses kepimpinan ini terus dinilai. Akibat dari penilaian yang sedemikian kita menyaksikan ada pemimpin yang dilantik terpaksa diturunkan kerana tidak berkelayakan, semnentara yang lain dalam proses penilaian dan ada gugatan dari penilaian ini yang menungkin saeseorang pemimpin kekal atau disingkirkan.
Wibawa kepimpinan terus menjadi pilihan. Hanya yang layak menjadi pemimpin.
Sekian.

April 22, 2019

BERSIH KUBUR SEBELUM RAMADHAN


BERSIH KUBUR SEBELUM RAMADHAN
(Fikrah Bangi: 202),
BBB, 15 Sha`ban 1440H. = 22 April 2019M. (Isnin).
Sama ada ia adalah menurut kehendak agama atau adat, bersih kubur adalah amalan yang baik, kerana jika sekian lama ianya tidak dibersih tentulah ianya dipenuhi semak. Kubur adalah tempat disemadikan orang yang dikasihi oleh waris, sewajarnya ianya diziarahi dan dibersih. Demikianlah menjadi adat yang murni setiap tahun penduduk melalui masjid dan surau mengadakan gotong royong membersih kubur.
 Pada permulaan Bandar Baru Bangi dibuka (1977) penduduk yang kematian keluarga menumpang ke bumi si mati di Kuburan Sungai Tangkas lama, di tepi jalan  di pinggir bukit di ketepian anak Sungai Langat tidak jauh dari Kampus UKM ke Kajang. Selepas sekian lama menumpang di tanah perkuburan di sini dan kawasan yang sempit dan hampir penuh itu, pihak kerajaan memperuntukkan sebidang tanah seluas 32 ekar di tanah bukit kini bersebelahan dengan  Germa Institute, juga berdekatan dengan Taman Universiti juga di Sungai Tangkas. Perkuburan ini mula digunakan pada tahun 2000 (Pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang). Pada masa itu agak jauh, tapi kini kelilingnya sudah di kelilingi taman-taman perumahan dan institusi-institusi..
Tanah perkuburan ini diletak di bawah pengurusan Masjid Al-Hasanah yang masjid ini mula digunakan pada tahun 2000 tersebut. Kemudian apabila Masjid Al-Umm mula  digunakan secara rasmi  (Oktober 2018) pengurusan Tanah Perkuburan baru Sungai Tangkas ini disertai sama oleh Masjid Al-Umm.
Pagi ini Ahad (21 April 2019), pihak Masjid Al-Hasanah dan Masjid Al-Umm menganjurkan Gotong Royong bagi membersihkan kubur di Sungai tangkas sebagaimana diadakan sebelumnya secara tahunan, semperna menjelang Ramadhan. Gotong royong bermula dari jam 8.30 pagi dihadiri jamaah dan penduduk, khususnya yang mempunyai waris meninggal di situ. Jumlah mereka lebihkurang 200 orang.
Antara yang hadir ialah Nazir Masjid Al-Hasanah saudara Sufyan dan Setiausaha En. Khalil, Nazir Masjid Al-Umm Dr. Shafie Abu Bakar, Setiausaha Sdr Feisal  dan Penolong Setiausaha saudara Fadhli dan jamaah dari kedua-dua buah masjid, surau-surau dan orang ramai, khususnya waris-waris bagi arwah yang telah meninggal. Turut serta ialah Bekas ADUN Bangi Ustaz Shafie Ngah, sukarelawan dari Hospital Zaharah, termasuk persediaan sebarang kecemasan. Peserta-peserta sebagaimana diperingatkan di dalam pemberitahuan di masjid-masjid dan surau-surau agar membawa peralatan yang sesuai bagi gotong royong.
Kerja-kerja yang dilakukan dari pagi ialah membersih kuburan dari tumbuhan liar (oleh waris), memotong pokok-pokok liar dan mencantas dahan-dahan pokok yang membesar, merumput dan menanam pokok-pokok hiasan. Membersih ruang tapak kubur yang akan digunaka dan membersih bahu jalan dan tepian sempada kubur. Tumpuan khusus ialah membersih dalaman dan luaran surau  - juga tempat urusan jenazah yang agak kotor dan terbiar. Pihak MPKj dihubungi untuk mengangkat longgokan sampah yang dihimpunkan. Kerja-kerja berterusan sehungga jam 11.00 apabila peserta rehat dan minum dan makan (nasi lemak) yang dibawa oleh pihak penganjur dan yang volunteer.
Dalam perbincangan semasa rehat antara Nazir-Nazir, Bekas ADUN  dan sama dijemput penggali kubur, bahawa kuburan yang pada masa ini meliputi empat  ruang yang diguna adalah berjumlah kurang dari 2,000 kubur telah digunaka (satu ruang 500 dan ada yang masih belum penuh). Pihak penggali kubur (En. Bongek dibantu anaknya) diminta patuhi  ruang yang ditentukan untuk minimumkan penggunaan tanah bagi kuburan akan datang. Menurut En. Bongek ukuran bagi kubur ialah 7 x 3 kaki persegi, tetapi jarak antara kubur ialah tiga kaki (lima kubur sekali digali bagi persediaan awal), tapi menurutnya, jarak tiga kak diambil untuk mengelak dari terlempau dekat dengan kubur yang baru dikebumikan. Dalam perbincangan , adalah diharap waris bagi si mati tidak meninggikan lingkungan kubur lebih dari 3 inci dan sekali-kali jangan membuat tingkat. Ada yang buat tiga tingkat. Waris juga tidak dibenarkan membuat tempat duduk di tepi kubur apalagi tidak wajar didirikan pondok, kecuali oleh pihak pengurusan. Menurut Nazir Masjid Al-Hasanah, ``Kita terlepas dari mendapat peruntukan bagi pembaikan yang diperuntuk oleh pihak  Pejabat Daerah, kita cuba mendapatkan sebahagiuan dari peruntuka RM200,000 pada tahun hadapan, khususnya bagi membaiki surau yang telah rosak.
Walau bagaimana urusan perkuburan dan yang berhubung dengannya akan dibincangkan di dalam pertemuan antara nazir-nazir masjid dan di dalam meyuarat nazir-nazir yang dianjur oleh PAID dari masa ke semasa.
Sekian.
Catatan:
Ada kesila[an di dalam makalah semalam 21.4.2019.  Bandar Melayu dimaksudkan ialah Kampung Baru, Kuala Lumpur, bukannya Bandar Malaysia. Walau bagaimana kita menunggu kejayaan perlaksanaannya. Rancangan membangunkan Kampung Baru sudah berkali-kali dirancang dan hingga kini belum menjadi kenyataan. Kesilapan adalah dikesalkan. Maaf.

April 21, 2019

LEBIH BAIK PENERUSAN DARI PEMUTUSAN : JANGAN MALU !


LEBIH BAIK PENERUSAN DARI PEMUTUSAN: JANGAN MALU !
(Fikrah Bangi: 201),
BBB,  17 Sha`ban 1440H. = 21 April 2019M. (Ahad):
Kita bergembira melihat Projek Bandar Malaysia yang terganggu pembinaannya, diteruskan pembinaannya sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam.  Menurut Sinar hari ini PH tidak perlu malu meneruskan projek yang dibangun oleh BN sebelumnya (Sinar, 21.4.2019: 6). Sebenarnya sikap gentleman sepatutnya ditunjukkan sejak dari ambilalih pemerintahan dari BN. Seharusnya ungkapan adalah ``PH akan meneruskan segala projek yang dilakukan oleh BN dan menambahbaik apa yang perlu.`` Masalahnya pada peringkat permulaam pengambilalihan pemerintahan bahawa PH mau adakan perubahan drastik, sesuai dengan `Zaman Baru dan Malaysia Baru !`  Usaha menghitamkan segala apa yang dilakukan sebelumnya dilakukan. Maka terdengarlah pada peringkat permulaan. Tiada konsep Ketuanan Melayu,  Disyorkan JAKIM dihapuskan ! MARA dimultirasialkan, UITM untuk saemua kaum, demikian FELDA dan berbagai-bagai pendapat yang diutarakan. Maka dengan spontan mendapat reaksi penentangan, terutama dari orang Melayu. Sindrom ini menakutkan mereka hingga kini.
Namun selepas realiti tersingkap, tidak mungkin apa yang dilakukan untuk diputuskan kelangsungannya. Sedikit demi sedikit kewarasan dan kesedaran timbul dan pada hakikatnya banyak apa yang dilakukan sebelumnya terpaksa diteruskan. Sudah tentulah kerana ada kebaikannya. Tanah Lapangan Terbang Lama di Sungai Besi itu pernah dituduh pada zaman kerajaan BN sebagai dijual kepada Kerajaan Cina ! Hari ini ditukar bagi menarik sokongan Melayu, bahawa ia akan dijadikan Bandar Melayu Moden ! (BH, 21.4.2019: 1). Benarkah ? Alangkah bagusnya jika benar-benar menjadi realiti. Kita tunggu untuk penyaksian.
Sebenarnya PH tidak perlu  malu sebagaimana kata Sinar hari ini untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh BN dahulu. PH sebenarnya telah meneruskan Pan Borneo Highway Projek terbesar BN yang menjadi kebanggaan BN, rakyat Sabah dan Sarawak dan projek ini sedang berjalan. PH juga meneruskan Projek ECRL yang dirangka oleh BN dan kerana kebaikannya terpaksa diteruskan dengan pengubahbaikan untuk mengurangkan kos. Pokoknya ia adalah projek BN.
PH menggunakan isu GST bagi menjatuhkan BN dan berjanji menghapuskan GST, tetapi pola dan konsep cukai seperti dilakukan oleh BN itu tidak dapat dihapuskan, jika tidak negara tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi ! Cukai itu sebenarnya ditiru dengan perubahan nama SST. Khabarnya mekanisme sama, dan dikatakan beban yang ditanggung pengguna tidak begitu sangat berbeza. Tapi persoalan SST ini sengaja tidak dibicarakan secara telus untuk diketahui rakyat hakikat sebenarnya. Begitu juga janji PH mau hapuskan Tol !, tapi dari segi rasionalnya tidak dapat dihapuskan seluruhnya. Lantaran itu PH bermain dengan rhetorik dari segi penghapusan yang dijanjikan di dalam manifesto PH. Tol terpaksa diteruskan sebagaimana dilakukan oleh BN, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat atau sebelum pilihanraya ke 15 !
Sebenarnya tugas pemerintah yang mengambil alih pemerintahan perlu meneruskan apa yang baik sebagaiomana yang tersebut di atas dan memperbaiki apa yang tidak baik. Secara jujur ia sepatutnya tidak menghitamkan apa yang tidak hitam. Misalnya persoalan mengenai kerugian Tabung Haji dipersoalkan. Apakah benar apa yang diperkatakan atau ada sindrom menghitamkan apa yang lepas. Masyarakat ingin mengetahui hakikat sebenarnya – Rujuk, ``Betulkah Tabung Haji semakin teruk ? (MM, 21.4.2019: 7).
Jika sebenarnya sesuatu institusi itu bermasalah seperti FELDA, kewajipan bagi kerajaan baru hendaklah memperbaikinya dan tidak semata-mata mengecam. Kita memuji PH mengembalikan pinjaman sara hidup peneroka FELDA sebanyak RM1,500 sebulan sebagaimana pada zaman kerajaan BN. (Sinar, 21.4.2019: 1).
Jika kebanyakan projek adalah meneruskan projek BN, apakah projek utama yang mau dilakukan oleh PH. Apakah makna Kerajaan Baru, Zaman Baru dan Malaysia Baru ?
Sekian

April 20, 2019

AMANAHRAYA MENAKUTKAN ORANG RAMAI ?


AMANAHRAYA MENAKUTKAN ORNG RAMAI ?
(Fikrah Bangi:  200),
BBB, 14 Sha`ban 1440H. = 20 April 2019M. (Sabtu).
Selama ini adalah menjadi sindrom  ketakutan orang ramai untuk berurus mengenai harta pesaka dengan Amanahraya. Bahkan selalu diungkapkan, ``Elak harta pesaka dari sampai kepada Amanahraya.`` Selesaikan sama ada pada masa masih hidup atau diwasiatkan atau diselesaikan menurut fara`idh dan jangan sampai kepada Amanahraya.``
Jika harta smpai ke Amanahraya untuk diselesaikan, maka antara risikonya
1)      Sukar membuat urusan:
2)      Pengurusan mengambil masa yang panjang
3)      Sebahagian daripada harta akan susut diambil oleh Amanahraya sehingga 15%.
4)      Buat pembahagian dari awal masa hidup dan wasiat
5)      Pembahagian menurut fara`idh.
Untuk kefahaman para jama`ah Masjid Al-Umm, pihak Jawatankuasa memang sejak bulan Februari 2019 menjemput Pakar Harta Pesaka,, iaitu pensyarah  bidang  Wirathah dari Jabatan Syari`ah UKM menyampaikan kuliah bulanman mulai dari bulan Februari 2019. Pensyarah yang dimaksudkan ialah Dr. Mohd. Zamro bin Muda.
Beliau telah mengajar mengenai hukum hakam dan pembahagian harta pesaka menurut fara`idh. Dari penyampaianya menunjukkan beliau seorang yang mahir di dalam bidang fara`idh. Beliau bukan saja mengajar, tetapi menjadi Pakar Rujuk mengenai wirathah, dirujuk oleh  pengamal undang-undang, jabatan-jabatan agama negeri dan oleh mereka yang berurusan dengan harta pesaka.. Kuliah masih berterusan, insya Allah para jama`ah Masjid Al-Umm akan lebih faham mengenai wirathah.
Secara kebetula pihak Amanahraya datang ke Pejabat Masjid Al-Umm untuk berbincang, kiranya ada peluang pihak Amanahraya mau menerangkan peranan Amanahraya di dalam mengendalikan harta-harta orang Islam. Untuk mendapat kefahaman terutama mengenai ketakutan orang ramai untuk berurus dengan Amanahraya, maka pihak Masjid menyediakan satu slot waktu pada hari Juma`at malam pada 19 April. Kita difahamkan pihak Amanahraya sudah mempunyai Pejabat Caangannya di Bandar Baru Bangi di Seksyen 8, bagi masayarkat di Bandar Baru berurus. Walau bagaimana seorang saja pegawai – sepatutnya dua, yang datang pada malam itu, iaitu  Ustaz Hilmi bin Abdul Hadi. Beliau adalah graduan dari Universiti Al-Azhar..
Penerangan yang diberi tidak begitu berbeza dari apa yag dikuliahkan oleh Dr. Mohd Zamro. Misalnya pra-syarat sebelum dilakukan pembahagian harta pesaka hendaklah selesai empat syarat:
1)      Selesaikan perbelanjaan pengurusan jenazah dengan menggunakan harta  si mati
2)      Selesaikan segala hutang si mati
3)      Selesaikan bahagian harta sepencarian dengan si isteri/suami si mati
4)      Selesaikan wasiat si mati kepada bukan ahli waris – tidak melebihi satu pertiga
Selepas itu barulah boleh dibahagikan menurut fara`idh. Walau bagaimana menurut Ustaz Hilmi, banyak harta pesaka tidak berselesaian dan tidak dituntut oleh waris. Menurutnya jumlah harta tak diselesaikan:
1)       2006  sebanyak RM38 bilion
2)      2012         ,,          RM42 bilion
3)      2016        ,,           RM60 bilion
4)      2018        ,            RM 69 bilion.
Begitu banyak harta umat Islam yang beku dan tidak berkembang. Kita berpendapat ini aset umat Islam yang perlu diurus dengan baik dan profesional. Ia dapat dijadikan harat Umat Islam seperti Tabung Haji. Ianya perlu dikenalpasti pemilik dan dapat mengambil faedah darinya, disamping dijadikan satu lagi institusi kewangan umat Islam.
Adalah dicadangkan iaitu
1)      Diadakan kongres harta pesaka Umat Islam
2)      Wujudkan kumpulan harta wirathah umat Islam ditadbir para profesional.
3)      Urus harta umat Islam mesra pelanggan, tanpa potongan, cukup pengurusan dari dividen
4)      Keuntungan sama didapati oleh waris yang tidak mau keluarkan dari harta wirathah
5)       Modal boleh dikembangkan sekianya ada keuntungan.
Kerajaan perlu bertindak untuk kepentingan ekonomi umat. Jangan biarkan harta umat Islam terus beku.
Sekian.

April 19, 2019

TILAWAH AL-QUR`AN: VISI TENGKU


TILAWAH AL-QUR`AN: VISI TENGKU
(Fikrah Bangi: 199),
BBB:13 Sha`ban 1440H. = 19 April 2019M. (Juma`at).
Kebiasaan selepas solat Isya` pada malam Juma`at dan pulang dari masjid Al-Umm (dulu Surau al-Umm), Penulis pulang untuk mengikuti Forum Perdana yang memang popular dan  rancangan popular TV satu yang diikuti ramai peminat di dalam, bahkan dari luar negara. Tetapi pada malam tadi dan sejak beberapa malam yang lepas, slot selepas Isya` untuk beberapa hari pada bulan Sha`ban ini diisi dengan Majlis Tilkawah Al-Qur`an pada peringkat antarabagsa. Ia adalah program yang juga diikuti ramai yang diadakan menjelang Ramadhan selepas majlis peringkat nasional diadakan sebelumnya.
Mengikuti Majlis Tilawah pada peringkat antarabangsa ini, ternyata mutunya sudah meningkat jauh dari sebelum ini. Kalau dulu diketahui jika program peringkat antarabangsa adalah jauh lebih rendah mutunya dari peringkat kebangsaan. Setengah wakil dari negeri luar ini membaca semacam `burung` dan tidak menarik langsung. Secara kebetulan sejak Majlis Tilawah peringkat Nasional hingga ke peringkat antarabangsa ini Penulis mengikuti, jika tidak semua, sebahagian daripadanya, maka didapati mutu pembacaan pada peringkat antarabangsa ini jauh meningkat dengan setara pembacaan antara mereka.
Dalam hal ini, kita teringat kepada Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama, orang yang mula-mula  mencetus idea mengadakan tilawah yang pada peringkat permulaan dikenali dengan `Musabaqah` itu. Hingga kini sudah lebih dari 50 tahun diadakan musabaqah dan hasilnya hingga kini, Pembacaan Al-Qur`an terus popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan selepas dibuka pertandingan pada peringkat antarabangsa meningkatkan juga mutu bacaan Al-Qur`an pada peringkat antarabangsa. Malaysia terkenal di kalangan negara-negara Islam sebagai penganjur musabaqah pada peringkat nasional dan antarabangsa yang banyak pula diikuti oleh negara-negara Islam yang lain di dunia. Secata tidak langsung Malaysia berjaya mengadakan hubungan baik dengan berbagai-bagai mehara di dunia Islam. Malaysia dikenali dan dihormati oleh negara-negera Islam didunia.
Hasil dari pertandiingan Malaysia telah melahirkan tokoh-tokoh qari terkenal, seperti Ustaz Ismail Hashim, Haji Mat Pergau dan ramai lagi, manakala qari`ah seperti Faridah Mohd. Saman, Hajah Rugayah Sulung dan Hajah Rahmah dan ramai lagi. Qari-qari dari luar negara turut menjadi tokoh seperti dari Iran, Indonesia, Thailad dan beberapa negara yang lain.. Majlis tilawah kini disertai dengan pertandingan hafal Al-Qur`an. Kini lahir ma`had-ma`had tahfiz baik oleh pihak kerajaan, maupun pada peringkat swasta yang menekankan pengajian Al-Qur`an dan hafalan. Bahkan pengajian sedemikian diadakan di universiti-universiti seperti mengadakan Jabatan Pengajian Al-Qur`an dan Al-Sunnah dan nama-nama lain. Pihak kerajaan juga mengadakan  Pusat Pengajian Al-Qur`an di Kuala Kubu Baharu yang melahirkan ramai hafiz dan mereka yang mendalam di dalam pembacaan dan pengajian Al-Qur`an. Ada negeri-negeri yang menubuhkan semacam Institut atau ma`had Pengajian Al-Qur`an. Kita kagum kini lahir satu bidang pengajian Tarannum bagi membaca Al-Qur`an secara berlagu dan popular dipelajari mereka yang meminatinya. Kini pengajian Al-Qur`an, lagu-lagu dan hafalan menjadi popular dan menjadi bidang yang diminati,. Antaranya mengkombinasikannya dengan sains. Lantaran itu ramai lahir saintis yang hafiz atau doktor yang hafiz dan sebagainya.
Setelah lebih dari setengah abad Malaysia memimpin dari segi tilawah Al-Qur`an yang melahirkan berbagai-bagai pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an, sudah tiba  masanya selepas setengah abad menganjur Tilawah Al-Qur`an, Malaysia seharusnya menubuhkan Akademi atau Universiti Pengajian Al-Qur`an pada peringkat antarabangsa dengan kerjasama dengan negara-negara luar.
Pengajian Al-Qur`an pada peringkat antarabangsa ini boleh didirikan satu yang baru atau meningkatkan institusi yang sedia ada seperti di Kuala Kubu dan sebagainya. Pengajian hendaklah disusun sedemikian rupa – kobinasii berbagai ilmu. Pensyarah-pensyarah terbaik diisi dan pelajar-pelajar diterima dari peringkat antarabangsa.
Malaysia telah mengadakan tilawah dan musabaqah sejak setengah abad yang lepas, maka amatlah wajar Malaysia menjadi pemimpin keilmuan Al-Qur`an pada peringkat antarabangsa sesuai dengan Malaysia diakui sebagai Negara Islam Contoh pada peringkat antarabangsa.
Sekian.

April 18, 2019

ENAM BULAN UNTUK TINDAKAN BERKESAN


ENAM BULAN UNTUK TINDAKAN BERKESAN
(Fikrah Bangi:  198),
BBB, 12 Sha`ban 1440H. = 18 April 2019M. (Khamis):
Amaran Tun Daim Zainuddin Penasihat Ekonomi Negara, bahawa PH Pemerintah Negara sekarang diberi tempoh enam bulan untuk menunjukkan tindakan berkesan selepas ditolak rakyat dalam tiga PRK berturut-turut, jika tidak rakyat berhak tukar kerajaan memberi kejutan bagi pemerintah PH. Dua hari berturut-turut ( hari ini dan semalam) The Star memberi ulasan  dan analisa terhadap amaran yang dilontarkan oleh Tun Daim Zainuddin.
Menurut akhbar The Star mencatat rumusan,  bahawa PH seharusnya memberi penekanan kepada tiga perkara, iaitu terus dengan reformasi (slogan PKR), menukarkan polisi-polisi yang lemah dan jangan lupa menunaikan janji yang telah dibuat. Demikian kata Laurence Todd Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan. Todd juga mengingatkan bahawa tumpuan harus diberi terhadap kenaikan harga barang dan  taraf hidup yang terus mencengkam kehidupan rakyat. Menurutnya, memberi kenaikan pendapatan adalah lebih penting dan lebih berkesan dari usaha untuk menyekat kenaikan harga barangan.
Dr. Barjoyai Bardai Pakar Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Raxzak berpendapat bahawa, kerajaan PH mungkin tidak dapat menunaikan semua janji yang dibuat, tetapi kerajaan PH perlu menunjukkan arah yang  jelas bagaimana usaha bagi mengatasi masalah ekonomi negara dilakukan. Menurutnya plan ekonomi yang diambil kerajaan, katanya `masih tidak jelas`.
Sementara itu setelah 10 bulan memerintah, antara kejayaan yang telah dilakukan oleh PH. Antaranya
·         Menghapuskan services tax (GST)
·         Memperkenalkan service tax baru (SST)
·         Memperbaharui dan menyusun kembali BRIM
·         Memperkenalkan pengangkutan awam dengan pass berharga RM100
·         Memperkenalkan konsep Rumah Mampu Milik.
Belum dilakukan:
·         Memberi keutamaan kepada belia dari segi membeli atau menyewa rumah mampu milik
·         Ambilalih maintenance terhadap rumah cost rendah
·         Insentif membantu barangan keperluan kepada mereka yang susah
·         Jagaan anak-anak bagi ibu bekerja oleh private company.
·         Mengukuhkan Ringgit Negara oleh Bank Negara.
Dipersoalkan
·         Mau bina satu milion rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal
·         Mewujudkan rumah mampu milik secara sewa beli, khususnya bagi kalangan belia.
·         Insentif kepada swasta menyediakan rumah mampu milik khususnya di kalangan anak muda.
·         Jaminan kepada petani, nelayan dan buruh untuk  mendapat pendapatan dalam musim  tiada pendapatan
·         Mengurangkan pekerja asing dari jumlah 6 milion kepada empat milion.
Apa yang diharap dari PH bukan setakat apa yang diperkatakan di atas, lebih dari itu persoalan-persoalan lain yang penting ialah  prestasi wakil rakyat PH, kemampuan ahli kabinet, imej negara, reformasi Parlimen, keutuhan budaya, dasar komunikasi negara,  kedudukan bahasa Kebangsaan, imej orang Melayu, imej Islam, ketinggalan bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak, peluang pelajaran (pinjaman), tol, Felda, Tabung Haji dan berbagai-bagai lagi perlu diperbaiki, diselesaikan permasalahan dan diukur prestasi.
Secara keseluruhan dapat dikatakan, bahawa sejak sepuluh bulan kerajaan PH memeintah masih gagal menunaikan janji. Inilah yang membawa kepada Tun Daim  membuat cabaran.  Walau bagaimana tidak harus bagi satu-satu pihak menuding jari mana-mana pihak lain tentang kegagalan. Ianya adalah cabaran bagi PH untuk bekerja lebih keras. Kita menunggu apakah yang bakal dilakukan oleh PH dalam tempoh enam bulan yang diberikan yang relatifnya amat pendek.
Sekian.

April 17, 2019

ECRL MENCERIAKAN SEMUA


ECRL MENCERIAKAN SEMUA
(Fikrah Bangi: 197),
BBB, 11 Sha`ban 1440H. = 17April 2019M. (Rabu):
Satu yang menggembirakan di tengah tekanan  kenaikan harga barang dan kesempitan hidup kalangan bawahan, ialah berita penerusan Projek Laluan Rel ke Pantai Timur. Kedudukan tentang penarikan balik projek ini terlerai bila pengumuman dibuat tentang penerusan projek. Dengan demikian dapat mengelak dari pampasan yang terpaksa dibayar hampir satu pertiga kos, kalau projek tidak jadi. Yang menggembirakan bahawa  melalui rundingan yang diketuai oleh Tun Daim Zainuddin kos projek yang asalnya RM65.5 bilion itu dapat dikurangkan kepada RM44 bilion. Projek ini merapatkan kembali hubungan dengan Cina yang agak renggang bila dikatakan projek ditarik. Lebih menggembirakan apabila dikatakan, bahawa antara kos yang akan dibayar ialah melalui penukaran minyak kelapa sawit sebagai sebagahagian dari biaya pembinaan. Ini tentulah memberi harapan kepada pekerja-pekerja kelapa sawit yang memberi kesan kenaikan harga komoditi itu apabila pemasarannya dapat dialirkan ke Cina selepas mendapat tentangan dari negara-negara Barat.
Penerusan Projek ECRL selepas membuat revisi yang mengurangkan kos. Antaranya mengubah laluan dari Gombak ke Negeri Sembilan melalui Jelebu dan Kuala Klawang. Ini dapat mengelak dari mengorbankan khazanah hutan negara dan bukit quars di Banjaran Titiwangsa dari dikorban dan dirosakkan. Juga menyelamatkan hutan-hutan yang berharga di situ. Dengan mrngubah laluan dari Gombak ke Jelebu dan Kuala Klawang, memberi peluang kawasan yang kurang membangun ini untuk dimajukan. Penaikan taraf bandar dan kawasan kependudukan di Negeri Sembilan yang asalnya tidak masuk di dalam jajaran laluan ECRL memberi peluang sama Negeri Sembilan menikmati pembangunan. Jika sebelum hanya Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan menjadi laluan akan bertambah peluang kepada sebuah negeri lagi, iaitu negeri Sembilan.
Bagi menyelamatkan kos terpaksa dikurangkan station hentian. Tetapi penambahan kelak dapat dilakukan bila kemampuan meningkat dan tambahan diperlukan. Apa yang diharapkan bahawa projek ini akan dapat menggunakan bahan-bahan tempatan dan menggunakan pekerja-pekerja tempatan. Maka dengan itu faedah bukan saja didapati oleh Cina, tetapi sama melempahkan kemakmuran kepada rakyat jelata.
Bagi sebahagian negeri-negeri, iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah di bawah pembangkang, jangan menganggap ini adalah projek kerajaan PH, semata-mata tetapi ia sebenarnya asalnya pojek BN. Sebelum kalah Datuk Seri Najib membina legasinya sebagai arkitek Pembangunan hubungan jalan seperti MRT dari Kajang ke Sungai Buluh, Lebuhraya Pan Borneo dan ECRL, > Penerusan ECRL tidak menghapuskan legasi Najib sebagai Pembangun Perhubungan Jalan. Bagi negeri-negeri hendaklah merangka pendekatan terbaik bagaimana dapat digunakan hubungan jalan rel ini dapat membangunkan negeri-negeri masing-masing. Negeri-negeri tidak seharusnya bersifat menerima semata-mata, tetapi peluang bagi meningkat sektor ekonomi, pertanian, pelancungan, pendidikan dan apa jua peluang hendaklah digunakan agar negeri-negeri di Pantai Timur tidak jauh ketinggalan dari segi kemajuan.

Penulis dapat bayangkan, apabila Projek laluan Rel Pantai Timur itu dap[at disiapkan pada tahun 2026 nanti, jika panjang umur dengan mudah dapat bertolak dari rumah di Bandar Baru Bangi dan dalam beberapa jam dapat tiba di tepi tangga di kampung halaman di Dungun. Jika urusan perlu segera dapat pulang kembali ke Bangi pada hari yang sama dalam keadaan yang selamat.
Adalah diharapkan juga dengan siapnya Laluan Rel ke Pantai Timur ini apabila tiba Hariraya dan hari-hari kebesaran dan tutup sekolah nanti tidak berlaku jem sepanjang jalan kereta biasa dan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya.
Projek ECRL dilihat begitu banyak manfaat yang dapat digunakan oleh orang ramai sebagai perjalanan termurah dan  digemari ramai – Insya Allah.
Sekian

April 16, 2019

ARUS BALIK DAN TSUNAMI POLITIK MELAYU ? ANALISA RINGKAS


ARUS BALIK DAN TSUNAMI POLITIK MELAYU ? ANALISA RINGKAS
(Fikrah Bangi: 196),
BBB, 10 Sha`ban 1440H. = 16 April 2019M. (Selasa).
Dua kenyataan keras dikeluarkan oleh tokoh penting berikutan keputusan PRK Rantau pada 13 April lepas. Tun Daim Zainuddin memberi amaran untuk melihat dalam tempoh 6 bulan adakah kerajaan PH mampu membuktikan kejayaan mentadbir negara. (Sinar,  15.4.2019: 1). Manakala satu lagi amaran juga keras kepada kerajaan PH, oleh Profesor Ke Ping, bahawa berlaku tsunami Melayu sejak PRK Cameron Highlands pada 28 Januari 2019 membawalah kepada PRK Semenyih 2 Mac 2019 hinggalah kepada PRK Rantau 13.4.2019. Mulai dari awal tahun 2019 memperlihatkan bahawa `Tsunami Melayu` berlaku yang menenggelamkan PH pada ketiga-tiga PRK secara berturut-turut.
Apa yang dikatakan oleh Tun Daim Zainuddin adalah kebenaran. Sebelum daripada amaran terbarunya, beliau telah membuat teguran tentang pentadbiran PH yang dikendalikan secara tidak berpengalaman dan lemah. Beliau menyebut tentang janji-janji PH yang tidak ditunaikan dan kelemahan dari segi ekonomi sehingga ditubuhkan  Ahli Majlis Tindakan Ekonomi (UM 12.2.2019: 3). Tetapi nampaknya tidak dapat meringankan beban rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang  dan kesempitan hidup yang mereka hadapi seperti mahasiswa, petani, nelayan, pekerja sawit, penoreh getah dan buruh yang mereka terpaksa mengikat perut. Dalam konteks ini Tun Daim mengeluarkan amaran kerasnya, agar apa yang dihadapi rakyat dapat di atasi.
Berhubung dengan pendapat Profesor Ke Ping, kita kurang bersetuju dengan kemenangan BN di ketiga-tiga PRK secara berturut-turut mulai dari awal tahun 2019 itu sebagai `Tsunami Melayu`. Ketiga-tiga PRK berkenaan tidaklah sampai kepada peringkat `Tsunami` sebagai keputusan pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 yang memang boleh dinamakan `Tsunami Rakyat`.
Kita masih melihat ianya masih  sebagai `Arus Balik` yang makin deras, jika tidak disekat boleh mengakibatkan `Tsunami`. Namun begitu kita setuju dengan pendapat Prof. Ke Ping, bahawa Melayu menyedari bahawa `Melayu Semakin dihancurkan !` (UM, 15 April 2019: 16). Ini dapat disedari Melayu, sebaik kemenangan PH, pemudanya dengan angkuhnya menafikan `Ketuanan Melayu.. Raja-rajanya dihina oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial. Tindakan tegas terhadap mereka wajar diambil, tetapi dikatakan, ``Undang-Undang Hina Raja Tidak Kuat.`` (UM, 16.4.2019: 6). Sementara itu tanpa diperkatakan secara langsung, usaha merendah dan mengkesampingkan bahasa Melayu sedang berlaku di media-media letronak dan dalam acara-acara rasmi yang sewajarnya digunakan bahasa Kebangsaan, tetapi tidak dilakukan. Ruang-ruang yang membicarakan rakyat jelata sepatutnya disampaikan di dalam bahasa Melayu, tetapi dilakukan sebaliknya. Kita merasakan secara tidak tersurat, bahawa bahasa Melayu  dihina secara teratur dan berstrategik.
Berkata YB Xavier Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (sahabat Penulis di dalam Dewan Negeri Selangor dulu), bahawa beliau hairan bahawa pihak kerajaan PH telah mendedahkan penyelewengan Felda, Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Kes IMDB dan lain-lain lagi, rakyat khususnya Melayu sepatutnya  menyokong PH. Perlu diingatkan kepada Xavier, disebalik kes-kes berkenaan Melayu amat merasa malu dan terhina, bahawa yang pecah amanah adalah Melayu, yang menggelapkan Tabung-Tabung Amanah dan berbagai-bagai lagi kesalahan yang diseret ke mahkamah adalah Melayu. Implikasinya bahawa yang tidak jujur Melayu, yang menipu Melayu, yang mencuri adalah Melayu, yang tidak bermoral adalah Melayu dan berbagai-bagai kehinaan terhadap Melayu. Inilah apa yang dikatakan oleh Prof. Ke Ping bahawa Melayu semakin dihancurkan. Melayu tidak tahan lagi dimalukan dengan berbagai elemen yang disebutkan dari awal di atas. Sebab itu mereka mengambil tindakan bercanggah dari tindakan yang mereka lakukan pada 9 Mei 2018 yang lepas. Kesan moral dan tercalarnya identiti Melayu ini tidak mudah dihilang, sebagaimana mudahnya dihilangkan kesan tampak dari segi ekonomi.
Imej, moral, psikologi, identiti dan jati diri Melayu inilah sebagaimana dikatakan oleh Prof  Ke Ping sedang dihancurkan ! Kasihan Melayu.
Sekian.