Masjid Mat Saman, Sg. Ramal Luar, 13 Zulhijah = 20 November (Sabtu):
Selepas menghadiri acara Qurban di Taman Seri Kenari, Adun menghadiri acara berkhatan beramai-ramai di Masjid Jami` Mat saman di sini anjuran JKKK dan AJK Masjid. Seramai 28 orang anak-anak menyertai acara berkhatan pada hari ini. Ketika Adun sampai jam 10.00 pasukan pertama sedang menjalani acara berkhatan. Menurut Ketua Kampong Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir yang hadir bersama di majlis. Pada peringkat awal, kami ragu dari segi sambutan, kerana ada tawaran lain secara percuma, tetapi mestilah dibuat di Hospital Kerajaan. Menurut Ketua kampong lagi,
``Kami di sini mengenakan separuh bayaran, separuh lagi ditanggung oleh masjid``. Menurutnya,
``Bayaran yang dikenakan kepada ibu bapa yang anaknya berkhatan hanyalah RM50/= sahaja.``
Kami menempah Dr. Pakar dari Kg. Baru, Kuala Lumpur yang diketua Dr. Shahrizal Bin Azman dengan dibantu oleh Dr. Shafie Bin Zakaria.
Menurut Pengarah Program berkhatan, En. Azman, ``Urusan dengan Hospital Pakar Kg. Baru melalui perkiraan Pn. Nor`ain AJK Biro Kebajikan JKKK yang bekerja di Hospital Pakar Kg. Baru.`` Menurut Sdr. Azman lagi, ``Teknik berkhatan yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah lazer yang tidak sakit dan tak perlu berbalut dan boleh sembuh dalam beberapa hari sahaja.``
Tambahnya, ``Di luar dugaan, jangkaan kurang peserta menjadi sebaliknya, ianya meningkat kepada jumlah 28 orang. `` Acara berkhatan dilakukan di dalam bilik, bahagian hadapan masjid.
Ketibaan Adun diperkenalkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian berkhatan. Kemudian dibawa ke dalam bilik di mana acara berkhatan sedang dijalankan. Adun membelai dan menyapu kepala anak-anak yang sedang berkhatan. Untuk menggembirakan anak-anak Adun menyampaikan sampul wang bagi setiap daripada anak-anak yang berkhatan. Tidak ada yang menangis atau menjerit kesakitan. Semuanya tenang, termasuk ibu bapa yang menunggu giliran.
Pada kesempatan kehadiran Adun ke Masjid Jami` Mat Saman ini juga Adun diberi taklimat oleh Nazir Masjid, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh berhubung dengan pelan terbaru yang mengintegrasi antara Bangunan Lama dan Baru Masjid Mat Saman. Bila disatu dan siap kelak, ianya kelihatan lebih menarik.
Adun juga diberi taklimat oleh Sdr. Azman, tentang cadangan Masjid untuk memiliki mesin incinerator kecil bagi melupuskan kertas-kertas Qur`an yang lusuh dan bahan-bahan dokumen yang perlukan pelupusan. Pihak jabatan dan agensi tertentu akan turut menggunakan incinerator berkenaan yang menjadi salah satu punca pendapatan bagi Masjid
Sekian.

No comments:
Post a Comment