Dewan Negeri Selangor, 04 Zulhijah = 11 November (Khamis):
Usaha menghimpun mahasiswa untuk dialog dan memberi penerangan tentang negeri Selangor diadakan sempena Raya Idul Fitri pada 22 Syawal 1431= 01Oktober 2010 di Annex, Dewan Negeri Selangor:
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar
a) Difahamkan mengenai kehadiran mengecewakan, Mengapa ?
b) Adakah sebarang sekatan oleh pentadbir-pentadbir pengajian tinggi ?
c) Adakah objektif pertemuan dicapai ?
Soalan Lisan dari Adun Bangi di atas dijawab oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan Y.B. Dr. Halimah Mohd Ali.
a) Kehadiran seramai 84 orang dari sejumlah 112 orang yang berjanji mau hadir. Hanya beberapa buah institusi pengajian tinggi sahaja yang menghantar pelajar. Teramai dari UNISEL. Pada keseluruhan, kehadiran memuaskan.
b) Memang ada. Antaranya mensyaratkan membuat permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu untuk mendapat keizinan hadir. Pelajar takut mendapat tindakan dari universiti sekiranya hadir
c) Dapat mencapai objektif, sekurang-kurangnya merapatkan hubungan dan dapat menyampaikan kepada mereka tentang polisi dan perjalanan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor.
Bagi soalan tambahan Adun Bangi mencadangkan pertemuan diteruskan pada masa akan datang dengan jemputan dibuat kepada universiti-universiti, Kolej Universiti yang berada di Selangor. Kalaupun IPTA mengambil tindakan menyekat, maka IPTS diharap dapat hadir. Pendekatan hendaklah bersifat berbagai. Misalnya melalui kegiatan ilmiah, sukan dan sosial.
Sekian.
No comments:
Post a Comment