November 1, 2010

Temuduga Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor Bermula Hari Ini

Shah Alam, 24 Zulkaedah = 1 November (Isnin):


Temuduga bagi pinjaman di atas bagi Sesi Kedua Tahun 2010 bermula hari ini dan berterusan hingga akhir November (29) ini. Pemohon-pemohon yang layak dipanggil untuk ditemuduga menurut tarikh yang ditentukan. Temuduga berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam mulai dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor merupakan kemudahan pinjaman pelajaran yang disediakan melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). TKWBNS menawarkan dua jenis pinjaman pelajaran, iaitu:


  1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman di atas merupakan pinjaman pelajaran tanpa faedah bagi tujuan membantu anak-anak Negeri Selangor untuk meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan. Permohonan pinjaman pelajaran ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tawaran di mana-mana IPTA/IPTS, sama ada pada peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil (Politeknik sahaja). Pinjaman Pelajaran ini juga diperkenalkan bagi memenuhi permintaan tenaga manusia di peringkat professional dan spara professional, terutama dalam bidang sains dan teknologi.


  1. Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Negeri Selangor (dahulunya dikenali sebagai ``Fast Track``) merupakan pinjaman pelajaran tanpa faedah bagi membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kemudahan pinjaman pelajaran ini adalah khusus untuk mana-mana pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta tidak berjaya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di IPTA/IPTS. Ianya merupakan peluang kedua kepada para pelajar yang gagal untuk mengikuti latihan/kursus dalam bidang kemahiran dan teknikal bagi mewujudkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan perindustrian masa kini.


Syarat-Syarat Permohonan

a) pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

iii. Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

b) Berjaya dalam Sesi Temuduga Pinjaman Pelajaran yang diadakan

c) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) dari semasa ke semasa (sekiranya ada).


Jumlah Pinjaman bagi IPTA/IPTS (Setahun)

Ijazah Perubatan RM7,000

Ijazah (Pelbagai) RM6,500
Diploma (Pelbagai) RM4,900

Sijil RM4,000


Sekian.

No comments: