Dewan Negeri Selangor, 02 Zulhijah = 09 November (Selasa):
Pagi ini bagi kali kedua, soalan Adun Bangi dijawab. Jawapan kali ini disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri, Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim (Ijok), Menteri Besar Selangor, Soalan:
Kerajaan Pusat telah melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE)
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ``Greater Kuala Lumpur` ?
b) Apakah kesannya kepada ekonomi Negeri Selangor ?
c) Apakah wujud sebarang rundingan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk berkerjasama mengenai (MBE)
Jawapan Y.A.B.Menteri Besar:
a) ``Greater
b) Kesannya dapat dilihat dari kepentingan Lembah Kelang kepada MBE - `Greater Kuala Lumpur`` Keistimewaan Lembah Kelang oleh kerana:
1) Negeri Selangor mempunyai kemudahan jalanraya yang sempurna. Yang menyambungkannya ke mana pihak. Selangor juga mempunyai kemudahan lapangan terbang, pelabuhan, kereta api dan LRT yang memudahkan sebarang komunikasi.
2) Lembah Kelang mempunyai banyak premis dan kemudahan pejabat
3) Lembah Kelang mempunyai mereka yang Berpengetahuan dalam Service Industries
4) Di Lembah Kelang mempunyai kemudahan membuat penyelidikan
5) Lembah Kelang pusat keilmuan dan pengajian tinggi
6) Menyediakan kemudahan rawatan dan perubatan
7) Mempunyai kemudahan berbagai-bagai Bank
8) Mempunyai system ekonomi – termasuk system Ekonomi Islam atau Conventional
9) Di sini juga berlaku kegiatan budaya dan kreativiti seni
10) Berbagai-bagai kemudahan yang lain
Kemudahan-kemudahan di atas memberi manfaat kepada ``Greater Kuala Lumpur`` yang kemudahan sedemikian kurang terdapat di tempat lain.
Pulangan dari modal menjana keuntungan berlipat ganda. Jika RM1.00 ditanam modal, maka pulangan menjadi RM5.00. Dengan penduduk yang aktif sejumlah 650,000 menjadikan kegiatan/ keusahawanan/perniagaan lebih maju.
c) Hasil dari teguran Tuanku menyedarkan pihak Pusat dan langkah rundingan dengan negeri diambil. Langkah ini menguntungkan semua pihak.
Dalam Greater Kuala Lumpur kemudiannya dimasukkan Pembangunan Sungai Kelang ke dalam Projek ``Greater Kuala Lumpur``.
Kawasan Greater Kuala Lumpur merangkumi kawasan Sepang, membawa ke Hulu Langat, Kelang, bahkan sampai ke Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Dari Projek ``Greater Kula Lumpur`` akan membuka ruang dan peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi lebih pesat dan Lembah Kelang lebih maju.
Sekian.
No comments:
Post a Comment