Dewan Negeri Selangor, 04 Zulhijah = 11 November (Khamis):
Kerajaan Negeri Selangor akan mendirikan rumah ``Mampu Milik`` di Bandar Baru Bangi. Rumah ``Mampu Milik`` ini menjadi Pilot Projek dan contoh bagi didirikan di tempat lain. Maklumat ini disampaikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan di Dewan Negeri Selangor hari ini.
Menurutnya `Pecah Tanah` oleh Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor sepatutnya dilakukan di Bangi awal November ini, tetapi oleh kerana pihak Kerajaan Negeri masih belum berpuashati dengan bentuk yang bakal menjadi model perumahan ``Mampu Milik``, itu, maka ianya ditangguh buat sementara bagi memperbaiki bentuk bagi model perumahan ``Mampu Milik`` berkenaan.
Rumah ``Mampu Milik`` awal akan didirikan di lokasi strategic di kawasan menuju ke UKM. Jumlah yang akan didirikan sebanyak 76 buah. Harga bagi satu unit dalam lingkungan RM70,000. Hanya pemohon berkelayakan dan diluluskan oleh pihak negeri akan diberi peluang membeli dan memiliki.
Sekian.
No comments:
Post a Comment