November 5, 2010

Mengendalikan Makanan Dan Keselamatan Makanan

Subang Jaya, 25 Zulkaedah = 2 November (Selasa):


Di atas ialah satu daripada dua kertas kerja dari MPSJ – Sempena Seminar Halal Pengusaha Restoran MPSJ 2010 - Rumusan dan Intisari.

Pengendalian Makanan

• Guna penyepit
• Guna penyenduk
• Guna pembalut makanan yang bersih

Penyediaan Makanan

• Di tempat luas dan jauh dari tempat yang boleh mencemarkan makanan terbabit
• Di paras melebihi 0.5m dari permukaan tanah/lantai
• Tempat penyediaan, penyimpanan dan bekas mengisi makanan mestilah bersih
• Kenderaan atau alat yang digunakan untuk penyediaan makanan mestilah bersih
• Ramuan atau makanan mentah yang digunakan hendaklah yang dibenarkan dan dlabelkan.

Perlindungan Dan Penyimpanan Makanan

• Kemudahan penyimpanan makanan mencukupi
• Kemudahan penyimpanan makanan bebas daripada lipas, lalat dan tikus
• Ada kawalan suhu penyimpanan. Suhu beku 18 hingga 0 celcius
Suhu beku 0 hingga 4 celcius
Suhu memanaskan makanan 62 celcius

Mempamerkan Makanan


• Makanan yang telah dimasak atau dimakan terus daripada bahan makanan mentah (untuk mengelakkan pencemaran silang (cross contamination).

Kemudahan Mencuci

• Sinki mencukupi
• Sinki mempunyai perangkap sisa gris (grease trap)
• Air kumbahan tidak boleh disalurkan ke longkang dan saliran awam.

Peralatan Dan Perkakas

• Mesti dalam keadaan yang baik dan bersih seperti:
Rak, cabinet, almari, papan pemotong, mesin pemotong, pinggan mangkok dll.
Sumber Air

• Dari bekalan paip terus dan bekalan air awam
• Tidak boleh guna air dari pili atau sumber lain dari dalam tandas atau bilik air

Pengendali Makanan Yang Baik

• Suntikan Anti Typhoid daripada hospital atau klinik yang diiktiraf.
Sah selama 3 tahun daripada tarikh suntikan.

Kursus Asas Pengendali Makanan

• Daripada pusat latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kebersihan Fizikal

• Tiada luka atau pecah kulit di tangan, jari dan kuku
• Kuku sentiasa pendek.

Memakai Topi, Apron Dan Kasut

• Mesti sentiasa bersih
• Mesti diganti setiap hari.

Amalan Sihat


• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
Sebelum mengendalikan makanan
Selepas keluar dari tandas
• Semasa mengendalikan makanan jangan:
- Meludah
- Bersin
- Buang hingus
- Korek telinga
- Merokok/mengunyah tembakau

Premis Makanan Yang Bersih

Bebas Dari Haiwan dan Serangga Pembawa Penyakit

• Tiada lalat
• Tidak menyimpan haiwan peliharaan (pets) seperti anjing, kucing dsb
• Menjalankan aktiviti pengawalan infastasi pengawalan serangga dan haiwan pembawa penyakit past.

Kebersihan Ruang Dapur
• Lantai sentiasa bersih dan kering
• Dinding sentiasa bersih
• Permukaan tempat persediaan makanan sentiasa bersih, kering dan sesuai
• Cerobong asap sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik
• Perangkap sisa gris (grease trap) diselenggara dengan baik

Kebersihan Ruang/Dewan Makan

• Lantai sentiasa bersih dan kering
• Dinding sentiasa bersih
• Permukaan meja makan sentiasa bersih
• Siling, lampu, kipas dll. sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik.

Bilik Stor

• Sediakan rak-rak sekurang-kurang 20sm dari paras lantai
• Sentiasa bersih dan bebas dari infestasi haiwan dan serangga pembawa penyakit
• Susun barang-barang makanan di atas rak dengan kemas
• Asing bahan makanan dan bahan kimia.

Elakkan Pencemaran Dan Halangan Awam

• Tidak membuang sampah sarap atau sisa-sisa makanan ke dalam longkang atau tempat awam.
• Menyediakan dan menyelenggara perangkap sisa gris (grease trap) dengan baik
• Air limbah (sewage water) dilupuskan ke dalam system pembentungan tangki septic
• Pastikan kaki lima atau lorong belakang premis sentiasa bersih
• Tiada sebarang halangan di kaki lima, lorong awam di hadapan/belakang/tepi premis.

Pengalihudaraan Dan Pencahayaan
• Mesti baik dan mencukupi

Lantai, Dinding Dan Ruang Makan

• Lantai bermozek/vinyl tiles/permaidani
• Dinding - Jubin bergilap/berkaca – sekurang-kurangnya lima kaki tinggi
Kertas dinding, cat minyak, kayu lapik.
• Dinding dalam keadaan baik dan tidak berlumur/kotor.
• Ada perangkap sisa gris (grease trap).

Lantai Dan Dinding Tandas

• Lantai bermozek/quarry tiles
• Dinding – Jubin bergilap/berkaca
Sekurang-kurang 5 kaki tinggi.
• Dinding dalam keadaan baik dan tidak berlumur/kotor
• Basin cuci tangan/tangki air sentiasa dalam keadaan baik

Alat Pepasangan

• Sentiasa dalam keadaan yang baik
Seperti sabun, pengering tangan, tuala gulung, kertas tisu, bahan pewangi, tong sampah dan beg plastic.

Sistem Kategori Premis Makanan

Apa Yang Dinilai ?

Pengendalian dan Kebersihan Makanan 40 markah
Kebersihan premis 30 markah
Lain-lain 30 markah

Penutupan Premis Makanan
Penyebab Utama

• Premis tidak bersih dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan
• Cara penyediaan makanan yang tidak selamat
• Makanan tercemar
• Markah kurang 50%

Mengarahkan Tutup Premis Makanan

• Pengarah, Pegawai Kesihatan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang diberi kuasa.

Akta-Akta Dan Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai

• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
• Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
• Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
• UUK Perlesenan Establisyment Makanan (MPSJ) 2007
• UUK Pengendali Makanan (MPSJ) 2007
• UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSJ) 2007.

Sekian.

1 comment:

  1. di sini ada senarai untuk ambil kursus dan suntikan typhoid http://www.kursuspengendalianmakanan.com

    ReplyDelete