November 19, 2010

Ihtifal Sekolah-Sekolah Agama Akhir Tahun Persekolahan 2010

BBB, 07 Zulhijah = 14 November (Ahad):


Hari ini Adun Bangi yang juga di atas kapasiti selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam Dan Adat-Adat Melayu menerima empat jemputan dari beberapa Sekolah Agama bagi menghadiri Ihtifal Sekolah masing-masing:

  1. Ihtifal Sekolah Rendah Islam Seri Nurul Hidayah, Kg. Seri Aman, Puchong

Sekolah ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramli Bin Othman dan Guru Besar Ustaz Mohd Soffiean Bin Ismail. Ihtifal kali ini adalah kali Ke 16 dan disambut secara besar-besaran. Majlis dipenuhi oleh ibu bapa, tetamu, guru-guru dan murid-murid. Ketibaan Adun disambut Pengerusi dan Guru Besar dengan tabik hormat oleh unit amal dan diiring secara berkompang ke Majlis.


Tuan Haji Ramli selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa di atas sokongan yang diberi dan mengharapkan pandangan yang membina dari mereka dengan tujuan mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Manakala Guru Besar Ustaz Mohd Soffiean memaklumkan tema Ihtifal pada kali ini ialah ``Pendidikan Menjana Intelek Insan``. Tradisi intelek di Sekolah ini terus mencerminkan kecemerlangan dengan 3 orang pelajar mencapai 5A bagi tahun 2009 pada peringkat UPSR, 2 orang mencapai mumtaz pada peringkat PSRA dan seorang mencapai markah 95.8% pada peringkat UPKK, manakala 35 pelajar menerima Anugerah Pelajar Istiqamah.


Adun Bangi selaku Pembantu Exco Agama dan Adat Melayu mengucap tahniah kepada pihak Sekolah, PIBG, Guru-Guru dan Pelajar-Pelajar yang memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Sesungguhnya ruang bagi pelajar-pelajar berjaya untuk menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih atas senantiasa terbuka. Adun percaya ramai dari pelajar-pelajar Sekolah ini telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi ke berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di dalam dan luar Negara. Pihak Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi galakan kepada pelajar-pelajar meningkatkan pengajian di dalam berbagai-bagai bidang, khususnya di dalam bidang agama.


Adun memaklumkan, bahawa Dewan Negeri Selangor yang dalam tempoh bersidang sekarang memberi peruntukan keagamaan tertinggi dari segi bajet 2011. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap bidang pelajaran, khususnya bidang keagamaan. Selepas berucap Adun diberi penghormatan menyampaikan anugerah dan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.


  1. Majlis Khatam Al-Qur`an & Hari Kecemerlangan Pelajar 2010 Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam

Dari Puchong kami bertolak ke Sungai Ramal Dalam meghadiri Majlis di atas yang diadakan di Dewan Sekolah tersebut. Adun disambut oleh En. Kamsari Bin Hj. Noor YDP PIBG Sekolah tersebut, Ustaz Mohd Fathullah Bin Mohd Johari, Guru Besar dan AJK serta guru-guru. Oleh kerana ketibaan Adun agak lewat dan acara majlis telah berjalan, Adun terus diminta berucap. Adun berterima kasih di atas jemputan dan mengucap tahniah kepada pihak Sekolah yang berjaya mengadakan Majlis Khatam Qur`an & Hari Kecemerlangan. Terima kasih kepada ibu bapa yang setia menunggu dan prihatin terhadap pelajaran anak-anak. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang – 5 orang pelajar Darjah 6 2010 yang mencapai Mumtaz dan 27 orang mencapai Jayyid Jiddan. Adun berharap pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran kelak menjadi duta Sekolah dan mengharapkan mereka akan terus berjaya pada masa hadapan dunia dan akhirat.


Pada akhirnya Adun diberi penghormatan menyampaikan hadiah dan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan pelajar-pelajar Akhlak Terpuji dengan disertai ibu bapa masing-masing. Tahniah kepada semua.


  1. Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Dan Khatam Al-Qur`an 2010 Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putera

Bertolak daripada Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam kami menuju ke Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putera, kami tiba dan majlis hampir berakhir. Adun dijemput berucap dan berterima kasih kepada PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md. Sarip, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Bin Jamian, Guru-Guru, Ibu Bapa dan murid-murid yang setia menunggu. Turut hadir Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj. Adun memuji Sekolah yang baru dibuka sejak dua tahun yang lepas terus maju dan mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang dan berakhlak mulia. Didikan yang diterima anak-anak insya Allah menyejuk hati dan mata ibu bapa dan kita mengharapkan mereka berjaya di dunia dan akhirat.


Pelajar Mumtaz pada tahun 2010 adalah 2 orang, manakala Jayyid Jiddan adalah 11 orang. Kita berharap anak-anak yang akan keluar akan terus menunjukkan kejayaan di dalam bidang akademik, syakhsiah dan ko-kurikulum. Adun diberi penghormatan menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang.

  1. Majlis Khatam Qur`an & Ihtifal Kafa Integrasi Istiqamah

Adun berjanji untuk menghadiri Majlis di Sekolah di atas yang terletak di dalam kawasan Surau Istiqamah, Seksyen 16. Keinginan hadir oleh kerana ini adalah pertama kali majlis diadakan di bangunan baru Sekolah tersebut. Walau macam mana oleh kerana majlis terakhir dihadiri Adun di Sekolah Rendah Agama Seri Putera jam 1.00 tengahari dan Majlis Khatam Qur`an & Ihtifal Kafa Integrasi Istiqamah berakhir lebih awal – sekitar jam 11.00 pagi, maka Adun memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis di atas.


Terima kasih. Sekian.

No comments:

Post a Comment